Friday, November 17, 2006

salam... kiter org pompuan ni biasernyer kater hidup ni tak adil coz org laki dpt lebih drp kiter kan! tp, btol ker?

cuber korang bacer ni, than decide, siaper yang lebih bruntung sebenarnyer?


Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan... jadi 'kilang '
manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh... 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib
sembahyang tetapi Allah anggap di waktu itu sembahyang terbaik darinya. Cuti bersalin juga
sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan
Allah. Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. . sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga
habis nyawanya.

Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan
dosanya, lahir saja bayi seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi
kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah.

Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid Allah izinkan terus masuk
Syurga. Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat
pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung. Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan
terperanjat dengan pahala extra yang banyak diaterima diatas segala kebaikan suaminya yang tak
disedari. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syuga
tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.

Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang
isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa
anak isteri yang tak dididik dia akan tanggungditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain.

Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.
Dan juga tidak derhaka kepada suaminya...


p/s: moralnyer, ISLAM itu adil, yang ditanggung lelaki adalah lebih teruk dan lebih perit daripada kiter, org pompuan ni...

p/s: bersyukurla kiter dilahirkan sebagai org pompuan, kerana sesungguhnyer, kiter disayangi ALLAH.

Sunday, November 12, 2006

salam...

here's a story for u guys,

Satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung...
Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga... Kenapa??
Kerana
CINTA itu buta.. Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga...
Kenapa?? Kerana...
KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA!!
Di dalam telaga
CINTA hilang... Kenapa??
Kerana...
CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga,
sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap...
Sedangkan
KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu..
Kenapa??
Kerana...
KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia... kan ??


p/s: biler masing2 dah ikut haluan sendiri, hope we'll keep in touch forever!

Thursday, November 9, 2006

salam... this is sumthin' to share with the LADIES. so, korang yang bukan bergelar wanita, takyah la baca... tp kalu nak bacer sangat, bacer la! enjoy it!

*Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkan kata-kata kebaikan.

*Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai.

*Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing,berbagilah makanan dengan mereka yang kelaparan.

*
Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.


*Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian.


Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain, perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali,dan diampuni. Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda. Apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa. Jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terhulur.


Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri dan satu lagi untuk menolong orang lain.

*Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya, bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya.

*Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia.Karena di matanyalah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.

*Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajahnya.Tetapi kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya,yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta yang dia berikan.

Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu


p/s:
spm dah dekat... dah ready?

Monday, November 6, 2006

salam... dengar ni! ustazah nuzul nak kasi ceramh... [hehe]

Pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yangbernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.
Malaikat  Jibril  bertanya : "Hai Huraisy! Engkau
hendak ke mana dan siapa yang kau cari?
Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima
orang.

Pertama,
orang yang meninggalkan sembahyang.

Kedua,
orang yang tidak mahu keluarkan zakat.

Ketiga,
orang yang derhaka kepada ibubapanya.

Keempat,
orang yang bercakap tentang dunia di dalam
masjid
.

Kelima,
orang yang suka minum arak."


p/s: kiamat dah nak dekat kan, mai la sesama kiter
nasihat-menasihati

Sunday, November 5, 2006

salam... takdek aper2 nak tulis, just a few things to share. enjoy it! hope u can learn sumthin' new...

PERTAMA.
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan
lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KEDUA.
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana
kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting
pabila usia semakin tua.

KETIGA.
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah
sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu

KEEMPAT.
Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.

KELIMA.
Pabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya.

KEENAM.
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.

KELAPAN.
Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki
apa-apa.

KETUJUH.
Percayailah cinta pandang pertama.

KESEMBILAN.
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun
anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah
satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

KESEPULUH.
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah
menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

KESEBELAS.
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.

KEDUABELAS.
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

KETIGABELAS.
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari,
lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"

KEEMPATBELAS.
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan
pengorbanan dan risiko yang besar.

KELIMABELAS.
Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.

KEENAMBELAS.
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.

KETUJUHBELAS.
Berpeganglah kepada tiga R:

Rasa hormat pada diri sendiri;
Rasa hormat kepada orang lain;
Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda

KELAPANBELAS.
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah
persahabatan yang besar.

KESEMBILANBELAS.
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah
untuk perbetulkan kesalahan itu.

KEDUAPULUH.
Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada
suara yang mereka dengar.

KEDUAPULUH SATU
Adaketikanya anda perlu bersendirian.


p/s: huahua... td baru jer sudah tlg kakak ipar aku buat hantaran kahwin kakak aku... hehe, cantek la jugek...