Monday, January 26, 2009

"Belajar elok-elok..."

ASSALAMUALAIKUM...

huhu...dah dekat dua bulan tak update. kenapa? sebab kat rumah takde bekalan internet. bila ayem balik baru ader. tu pun wireless. kalau dia takde, bye-bye lah kat internet.

anyway, time cuti ni menyedarkan aku satu perkara. mungkin kalau korang baca nanti korang akan cakap yang perkara sekecil tu pun baru nak sedar. tak kisah lah. yang penting itu satu pemahaman aku.

yang aku nak cakapkan ialah, baru sekarang aku faham phrase "belajar elok-elok...". aku yakin kita-kita yang tengah belajar ni mesti da muak dengar pesanan tu dari parents dan sanak saudara yang lain. muak yang aku maksudkan bukan tak hiraukan, cuma satu perkara yang terbiasa kita dengar. sampaikan kalau diorang tak cakap pun, kita dah tahu.

aku faham pesanan tu yang mana aku sendiri yang memberikan pesanan tu kepada anak buah aku. sebab sekarang aku faham, hanya dengan pembelajaran kita mampu mengubah hidup kita sekarang.

masa cuti ni, abang ri accident. takde yang cedera tapi kereta yang cedera teruk. huhu... dengan saman dan bil kereta, agak membebankan abang ri. masa tu jika aku berkemampuan mahu saja aku bantu menghulurkan sedikit wang tunai.

pada waktu inilah aku faham akan hakikat itu. justeru aku berpesan kepada anak buah sulung aku, "belajar elok-elok..." sebab aku tahu, hanya dengan itu, dia mampu mengubah dan membela nasib ibu bapa nya.

dan macam tu jugalah kita. dalam berpesan kepada anak buah aku tu, aku berpesan kepada diri sendiri. takkan nak pesan kepada orang lain tapi diri sendiri entah ke mana. aku sendiri mesti belajar rajin-rajin. untuk tujuan yang sama, mengubah dan membela nasib ibu bapa aku. dan bagi aku sendiri, bukan saja nasib ibu bapa aku, tapi juga adik beradik aku, anak-anak buah aku dan mana-mana yang mampu aku bantu.

semoga harapan aku bukan sekadar harapan. insyaALLAH...



p/s: coming back to my sense...

---x---