Friday, May 30, 2008

AS EASY AS

ASSALAMUALAIKUM...

bulan mei sudah hampir ke penghujung. satu sejarah dalam hidup ku. bulan mei yang paling menyakitkan, paling sunyi, dan paling menguji kekuatan hati ku.

aku sedar, aku hampir kecundang. mungkin juga sudah kecundang. "aku tau, ko da makin kuat skarang". itu kata teman ku. terkedu seketika. benarkah?

berkali2 aku berfikir.
"isn't it great if everything is just as easy as the story goes? and as easy as the way they sang in their songs. no need to burden your heart. just go with the flow"

aku tahu, ramai akan berkata jika itu berlaku maka hidup ini tiada cabaran. tanpa cabaran tak mungkin kita boleh belajar menjadi lebih kuat. benar. semua itu benar. aku tak nafikan.

SEDIH...; rasa sedih itu perlu untuk mengingatkan kita kepada yang MAHA ESA...

tapi bila masalah makin menyesakkan fikiran, tambah pula jika masalah itu berkaitan dengan soal hati, sukar mencari kekuatan itu. di waktu itu, aku hanya mengharapkan yang hidup aku semudah jalan cerita.

di saat itu juga, baru aku memahami perasaan mereka yang bertindak mencederakan diri sendiri sehinggakan membunuh diri. memang sakit. hanya dengan tindakan itu, sakit di hati boleh diumpamakan, mungkin juga lebih teruk.

aku masih waras. jangan khuatir. cuma aku putus asa dalam mencari kekuatan itu. biar pun aku mampu berdiri hari ini, esok2 pasti ia akan datang lagi. dan selagi cerita hidup aku berjalan, selama itulah aku mencari bahagian yang hilang itu. cuba untuk melengkapkan apa yang tiada.

tapi buat masa ini, can't it be as easy as the story goes?



p/s: naper org yg aku cr mkn jauh, dan yg dkt aku tlk?

p/s: " u've been holding on so long, trying to make believe that nothing's wrong. nt letting it shows. there ain't nothing u cn do 2 make me turn away from u. i need u to know that u cn let go... " ; BSB, unbreakble, 'you can let go' || wish i can ||


---x---

2 comments:

shinichi said...

xpe nuzul...
ingat surah at-taubah:40
'jgnlah bersedih kerana sesungguhnya Allah bersama kita'

nuZoul said...

thnx...
tu r...always tell myself don't need anyone. just HIM