Monday, July 20, 2009

salam TAKZIAH

ASSALAMUALAIKUM...

tengah hari tadi aku terima satu berita dari mak aku.

mak kakak ipar aku meninggal maghrib kelmarin. saket kanser payudara. hmmm....

entry ni just nak mintak tolong kat korang yang tengah baca entry ni, sedekahkan al-Fatihah kat arwah.

semoga rohnya di kalangan mereka yang beriman.
al-Fatihah


thanks


p/s: no matter who we are, we'll always return to Him.

---x---

Sunday, July 19, 2009

details in the fabric

ASSALAMUALAIKUM...

it's been one of those toughest days of my life. susah nak ceritakan kat orang lain. sebab disebalik apa yang aku simpan adalah rahsia orang lain.

dalam masa yang sama, aku terdengar satu lagu ni. details in the fabric, nyanyian jason mraz dan james morrison. lagu ni memang kene dengan aku. "hold your own, know your name, and go your own way". that's what i always do...

tapi apa yang paling aku tersentuh dengan lagu ni ialah rangkap ni:

"if it's a broken part, replace it

if it's a broken arm, then brace it
if it's a broken heart then face it"


If it's a broken heart then face it. tulah kata semangat yang aku pegang buat masa ni. hidup kita takkan pernah adil. memang susah, tapi kita kene teruskan juga. life goes on, right?

dalam masa ni, aku baru tersedar yang aku rupanya sedang rindukan seseorang. seseorang yang dulu aku selalu bermanja. baru aku tahu selama ini aku dah jadikan dia sebagai tempat bergantung. i never thought i miss her so much.

she's close yet so far. she's in front of my eyes but it's just so hard to reach. aku rindu nak bermanja dengan dia. aku nak tempat bergantung tu. at least just a shoulder to lean on. aku tahu aku kene kuat. tapi kadang2 you fall for something even bigger. buat masa sekarang aku masih mencari kekuatan. cuba bertahan dan terus bertahan.

apa2 pun, teruskan kebergantungan dengan-Nya. semoga beban ini akan berkurangan.



p/s: mntk maaf byk2, it's a bit gloomy...

p/s: selalu lambat bab2 nih. haishk... ssh la cmni "__"

---x---

Thursday, June 18, 2009

whaler oh whaler...

Assalamualaikum...

dalam masa seminggu ni, dak2 batch aku ada program. ni semua program untuk PETRONAS scholar. kalau dulu ada STE, soaring the eagle, kali ni ada OBS lak,outward bound school.

rata-rata semua taknak pergi. tapi aku excited lak nak pergi. parents aku dah risau dah sebab aktiviti dier macam lasak sangat jer. huhu...

kat sana best. seronok tapi penat. second last day tu memang dah tak larat. tapi alang-alang dah join,enjoy jer la sampai habis. seronok babe. rugi tak pergi.

aku duk dalam group yang namanya korbu. nama-nama group ni semua nama gunung sbenarnya.kitorang group@watch (xto btol ker tak eja dier) korbu semuanya 14 orang; abu, mudu, bobo, syamsul, gowri, din, zai, shikin, zareen, aku dan selebihnya
dari u lain; ray, sab, raodah, ro an (tak sure macam mana eja, tapi camtu la sebutan dia).

ekspidisi pertama kitorang naik whaler. belajar pasang sail, ilmu angin sikit-sikit. skarang terkenang-kenang time whaling tu. teringat time berkayuh oars, tarik main sail. ishk... rindu nak whaling lagi. wuwuwu....

lepas tu kayak lak. kayak dari obs ke pangkor. fuh... penat bukan main lagi. tapi yang best nya group aku, budak-budak korbu ni laa, havoc gile. sampai instructor pun tengok semacam dengan kitorang. group paling bising. tambah pulak dapat instructor sempoi macam MJ. pergh... terbaik ah!

anyway, obs ni seronok. tapi depends gak kat group masing-masing. kesian kat member aku yang sorang tu dapat group hampeh. so bagi dia obs tak seronok.

apa-apa pun,kat sana aku belajar nak motivate diri sendiri. kalu kita nak satu benda tu, kita memang boleh dapat. asalkan kita fokus dan buat betul-betul.

malam last lepas bbq aku memang dah ngantuk gile. tapi sebab tu la peluang last nak borak dengan MJ, aku tahan jer. lepak dengan raodah, shikin, zai, abu, bobo dan gay(nickname je tau. dak group lain) kat tempat bbq. seronok borak ngan MJ. esoknya nak balik sedih lak sebab lepas ni bukan senang nak ajak semua satu group duduk satu meja, borak ramai-ramai. haishk...

kalau diberi kesempatan, aku nak buat lagi. dengan budak-budak korbu yang sengal-sengal tu. huhu...

it's the best thing i've done for this holiday.

**wink~~



p/s: pengalaman xleh dilupakan; sakit perot memulas yang teramat sangat. hahahaha

p/s: budak tu menyerupai seseorang. hmmm...

---x---

Saturday, June 6, 2009

"internet free"

Assalamualaikum...

haaa....baru boleh jenguk internet. skarang aku kat pejabat mak aku. jaoh kan nk dapat internet. huhu...

tapi tak pe. kerja punya pasal, serang jer la office ni. daripada takde langsung kan. ingatkan nk curik ayem nyer. tau-tau tak jadi balik rumah. haishk, cikiwa den!

so skarang ni kene buat kerja cepat2. kesian kat ayah n mak aku duk tunggu aku siapkan kerja. entry kali ni pun just nak tunjuk muka. huhu

memandangkan skarang ni cuti sem untuk student2 UTP, happy holiday yer rakan2. bergumbira skali pun, jangan lupa jaga kesihatan. n kepada saper2 yang kener OBS tu, mari lah kita enjoy bersama2 saat di"torture". hahahahah

anyway, happy holiday!


p/s: duhai rumate, lom sempat lagi la nk bls tag kamu. huhu....duhai teha, lom sempat nk bt entry psl family outing. sori kepada kalian. :(

---x---

Sunday, May 10, 2009

chef gala '09

Assalamualaikum...

12 april lepas satu pertandingan memasak antara students telah berlangsung di cafe v5. pertandingan ni dianjurkan oleh v5SR.

untuk kali pertama, aku bekerja sebagai ahli logistik. hehe. best2... department impian yang agak susah nak dapat. huhu...

dalam masa yang sama, aku bertugas sebagai jurukamera. hehe. ni lagi best. sebab aku suka ambil gambar, tapi selalunya malas sebab lepas tu mesti tak puas hati ngan gambar sendiri. kat sini ader certain gambar yg aku suka.



akak ni tengah sediakan mee bandung and dia dapat 2nd place.


tomato, tomato, tomatoman!!!! hehe...


abang ni masak mee goreng. nama menu "Mee Goreng Mr. Mama". kalau tak silap la...


spageti dari ehsan dan halim. sampai hati korang tak simpan untuk aku. kecik hati tak dapat rasa. :(


macam popia. tapi aku pun tak tau apa. huhu. masakan ni dari international students.


ada lagi gambar yang bagi aku cantik. so kalau korang nak usha tekan sini. :) kalau rajin, komen la skali. huhu



p/s: puas hati sebab angle cantek!!! heeeee :D

---x---

Saturday, May 9, 2009

KES MESIN BASUH

Assalamualaikum...

perkara biasa bila mengupdate blog yang lama ditinggal; minta maaf banyak2... hehe

anyway, nak bercerita pasal pak cik yang "jaga" mesin basuh yang kat ground floor tu. ala2 pak cik pemilik mesin basuh tu la..

hari tu terserempak lah ngan pak cik ni. tengah tengok2 mesin basuh tu. mesin tu tengah on, penutup dier terbukak, kalu aku jd tuan baju2 tu, malu gak. huhu... pastu pak cik tu bercerita lah kat aku...

mesin basuh tu tak berapa cemerlang perkhidmatan dier. so kadang2 air xstop mengalir, xpusing la. macam2. pak cik tu ckp la, bende tu jd sbb berat sgt. korang simpan baju byk sgt! padahnya korang kener basoh tgn gak last2. huhu..tak dapet nak nolong....

yang tu xkesah lg. pak cik tu sambung lg. dier kater dlm mesin basoh tu, ada satu bende yang kalu pecah nk baiki bende tu kos dier makan seribu lbey.tu yang dier risau. dan sbenarnyer, mmg ader yg da pecah. disebabkan kos baiki sgt la mahal, tu la sbb nyer dier naikkan harga basoh baju. dari rm2 skarang da rm2.50.

so rakan2, tau la aku yang harga tu naek bkn sbb harga myk yg naek. ruper2nyer, sbb ader yg da rosak. so lepas ni, jgn mengeluh sbb harga tu naek pon sbb kecuaian rakan2 kiter gak.

so i guess, what goes around, comes around. tak gitu? huhu



p/s: susah2, basuh ngan tgn sudeiyh... :P


---x---

Monday, January 26, 2009

"Belajar elok-elok..."

ASSALAMUALAIKUM...

huhu...dah dekat dua bulan tak update. kenapa? sebab kat rumah takde bekalan internet. bila ayem balik baru ader. tu pun wireless. kalau dia takde, bye-bye lah kat internet.

anyway, time cuti ni menyedarkan aku satu perkara. mungkin kalau korang baca nanti korang akan cakap yang perkara sekecil tu pun baru nak sedar. tak kisah lah. yang penting itu satu pemahaman aku.

yang aku nak cakapkan ialah, baru sekarang aku faham phrase "belajar elok-elok...". aku yakin kita-kita yang tengah belajar ni mesti da muak dengar pesanan tu dari parents dan sanak saudara yang lain. muak yang aku maksudkan bukan tak hiraukan, cuma satu perkara yang terbiasa kita dengar. sampaikan kalau diorang tak cakap pun, kita dah tahu.

aku faham pesanan tu yang mana aku sendiri yang memberikan pesanan tu kepada anak buah aku. sebab sekarang aku faham, hanya dengan pembelajaran kita mampu mengubah hidup kita sekarang.

masa cuti ni, abang ri accident. takde yang cedera tapi kereta yang cedera teruk. huhu... dengan saman dan bil kereta, agak membebankan abang ri. masa tu jika aku berkemampuan mahu saja aku bantu menghulurkan sedikit wang tunai.

pada waktu inilah aku faham akan hakikat itu. justeru aku berpesan kepada anak buah sulung aku, "belajar elok-elok..." sebab aku tahu, hanya dengan itu, dia mampu mengubah dan membela nasib ibu bapa nya.

dan macam tu jugalah kita. dalam berpesan kepada anak buah aku tu, aku berpesan kepada diri sendiri. takkan nak pesan kepada orang lain tapi diri sendiri entah ke mana. aku sendiri mesti belajar rajin-rajin. untuk tujuan yang sama, mengubah dan membela nasib ibu bapa aku. dan bagi aku sendiri, bukan saja nasib ibu bapa aku, tapi juga adik beradik aku, anak-anak buah aku dan mana-mana yang mampu aku bantu.

semoga harapan aku bukan sekadar harapan. insyaALLAH...



p/s: coming back to my sense...

---x---

Monday, November 17, 2008

416 AM

ASSALAMUALAIKUM...

selamat pagi semua.. hoho... haaa. kalau korang nak tau, esok pon ader paper nieyh. structured programming and database system.

sepatutnyer aku tengah lena diulit mimpi.. huhu. tapi entah la. da terbiasa berjaga sampai pg. makin lamer aku makin suke stadi last minute. orang kater tak elok kan?

yup. betol. aku setuju. tapi best r last minute stadi. last minute baru aku ley pulun sepulun nyer. kalau tak, jangan harap nak pegang buku.

per2 pon, tu akunyer style stadi. korang tak yah ikot la care aku ni. ajaran sesat ni.

and one more thing, maser stadi ni aku tgk ramai jer pulun stadi. smangat bacer notes2 kan... just one thing to remind. kalau da jawab soalan nanti, dan katakanlah tak dapat jawab ngan lancar... don't be upset. yang penting kita da usaha. rezeki tu tuhan punya kan? kalau dah rezeki kita, takkan ke mana nyer...yang penting, yakin dengan ALLAH.

dan jangan luper, usaha terakhir adalah bertawakal. :)



p/s: mari menggoreng lg esok! hahaha

---x---

Saturday, November 15, 2008

GAMBAR o GAMBAR

ASSALAMUALAIKUM...

sekarang ni pukul 4.17, mengikut jam kat laptop ni. bukan petang tau, PAGI... hehe

sebenarnya esok ada paper. introduction to petroleum geoscience, subjek yang nak kena baca banyak2. haih... serabot kepala sebab banyak sangat nak kener ingat.

aneway, aku di sini tanak citer pasal study week yang membosankan. aku nk share some pics yang aku amek n dah diedit.


bunger teratai kat zoo taiping...

bunga per ntah, kat utp blok 16 kot...huhu

same flower but diff angle

my fav; batu dan rumput. xtau per significant nyer, tp aku ske gambar ni...haha

ader2 maser jangan luper kasik komen ek.huhu...



p/s: nk beli kamera.... huhu

p/s: happy berfinal sumer ek. smoga korang tak mcm aku yg sgt mls nk study.huhu... n last but not least, dak PE skalian, jom menggoreng sok!!! ngeh5...

---x---

Monday, November 3, 2008

PENSEL ITU...

ASSALAMUALAIKUM...

The pencil: cam tajuk short stories form 1 dulukan? huhu...

pensil oh pensil, tolong aku jawab test thermo yang entah per2 ni...hoho...tetiber je kuar pasal pensil. per cer?

alkisahnya bermula di waktu cuti raya dulu. aku geram sebab mechanical pencil aku yang aku baru beli b4 bukak sem tuh hilang tanpa jejak. sdey aku. dah la best guner, baru beli lak tuh. sob2...

dengan geramnya aku pon berazam lah nak beli pensil baru. aku pon gi la kat pustaka seri intan, tmpat fav aku kalu nak beli alat tulis. usha punyer usha pensil2 kat situ, skali jumper la pensil biru yang kat atas tuh.

first thing yang terlintas kat kepala aku maser jumper pensil ni adalah kawan skolah aku. the name is Fatihah Asilah (pergh...glamer jap.hoho). dier ni ader pensil yang exactly samer ngan pensil tuh. warna je lain. warna hijau, her fav colour.

dan lepas tuh, tak pasal2 aku ni teringat kat zaman2 skolah dulu. anyhow aku ter"miss" zaman dulu. maaf la rakan2. aku ni dungu sket ngan prasaan sdiri. rindu tapi xtau. dah tu malu nak ngaku. huhu...(jujur giler.haha)

da aku pon beli lah pensil tuh. reason? sebab aku raser pensil tuh ader kenangan walaupon sbenarnya takde kene mengena pon. setiap kali aku pandang pensil ni, wajib aku teringat ngan fatihah asilah ni (atau namer femesnyer teha.huhu).

dan sampai skarang pon, aku still akan tringat kat dier kalau pandang pensil nieyh...


p/s: stadi week da start....hoho.tetiber lak aku cuak ngan final nieyh.haiya...nk kener cr smangat nk pulun diri sndrik.hoho

p/s: i treasure all the memories, the goods and the bads. and i miss it :)

---x---