Tuesday, November 10, 2009

HUJAN

Assalamualaikum...

petang tadi sedang khusyuk stadi tiba-tiba hujan. bila mata menjengah ke luar tingkap baru tahu, oh, hujan rupanya. mana taknya, telinga disumbat earphone, pasang lagu dengan volume 29.


pandangan di luar tingkap menghala ke bawah.

hujan yang turun sedikit sebanyak memberi ketenangan. biarpun disertakan dengan kilat dan guruh namun kesejukan yang dibawa ada memberi suasana nyaman. aku berhenti seketika menikmati keindahan alam.

aku perhatikan rintik-rintik hujan. satu persatu. betullah apa yang Sudirman melodikan, hujan yang turun bagaikan mutiara. turun macam air pili yang dibuka. hakikatnya setiap satu turun dalam bentuk titisan, ada yang dalam gumpalan sfera yang besar. kalau disinari cahaya pasti kilauannya memukau hati. cantik.

aku perhatikan lagi. laju betul arus hujan dari atas atap menyiram bumi. bila mata mengikut arus itu baru jelas bahawa air hujan itu tidak seperti air pili. ia jatuh berasingan. tidak bersambungan antara satu sama lain. cuma setiap titis itu jatuh mengikut laluan masing-masing. bagai satu laluan titik-titik hujan yang kompleks. cantik dan mengasyikkan.

pelik juga ya. mata kasar nampak macam air pili. bila diikut, baru jelas titik-titiknya. otak aku pun mulalah mencari alasan. alasan saintifik. keluarlah konsep graviti dan berat. cepat-cepat aku lupakan. keindahan sebigini akan hilang bila difikirkan alasannya. kadang-kadang bila kita dibiarkan tertanya-tanya mengapa, keindahannya lebih terserlah. sesetengah soalan dijadikan untuk tidak dijawab. kata orang putihlah. tapi ada juga benarnya.


pandangan di luar tingkap menghadap hutan.

aku alih pandangan ke arah hutan. mata aku menangkap pohon tinggi berbunga oren. cantik. keindahan alam lebih terserlah bila hujan. dan bagi aku suasana dan keindahan itu memberi ketenangan. sambil merehatkan minda, sambil melihat alam.

cukuplah tu. sambung kembali kepada subjek telaah aku tadi. esok bakal berperang pen dan idea. tapi nak tidur dulu. nanti bangun balik sambung stadi. kuatkan semangat, tambahkan usaha.



p/s: mari pulun stadi!!!! yeah~~~

---x---

Monday, November 9, 2009

Ubat Hati

Assalamualaikum...

pagi tadi aku dah siapkan kad untuk budak-budak TTS yang nak grad. saja-saja membuang masa memandangkan aku tiada mood untuk stadi. orang pertama aku hadiahkan ialah Helhal. reaksinya; terharu. huhu. aku tersenyum.

100% buatan tangan khas untuk Din, Nuar, Pojan, Helhal, Izzie, Kak Ad dan Zye. ;P

dan kemudian aku bagi kat Pojan. reaksi; terharu. aku tersenyum lagi. orang ketiga, Din. reaksi; terima kasih. tersenyum lagi. tiba-tiba si Haf tegur aku di gtalk, minta kad juga. dan aku tersenyum lagi.

oh ya, aku hadiahkan kepada mereka yang belum menerima.

terima kasih kepada senior-senior TTS dan ahlinya yang lain. hakikatnya korang adalah tempat aku lari dari dunia aku, masalah dan segala perkara yang menyerabutkan kepala aku. terima kasih kerana memberi peluang aku bergelak tawa dengan tenang.

reaksi-reaksi mereka sedikit sebanyak mengubat kekecewaan di hati. sakit peritnya hanya Tuhan yang tahu. terima kasih kepada mereka yang sudi mendengar luahan aku. terutama yang mendengar sebentar tadi. pertama kali aku bercerita dengan penuh perasaan. semuanya disembur tanpa had beban. mungkin kerana terlalu sarat. atau mungkin sudah sampai had maksima beban stres.

syukur sekarang hati berasa lebih baik. aku perlu bersedia untuk final yang akan datang. kepada semua, selamat mentelaah. kepada yang nak grad, selamat ber"grad" ya.



p/s: tq so much syakir n tasya. tapi sori gak sbb korg jadik mangsa~~.

p/s: muktamad. pintu itu sudah tertutup.

---x---

Saturday, November 7, 2009

nak ikut juga~~~

Assalamualaikum...

aku ni baru sahaja lepas test. entah apa la yang aku jawab tadi aku pun tak tahu. nasib baik MCQ aja. kalau subjektif, mahunya aku menjerit sekuat hati. ya lah. mana nak korek jawapan kalau dah stadi pun selang2 tengok muvi.

dan sekarang ni, aku sedang mengira detik. detik "kanak-kanak" TTS bertolak ke teluk batik dan detik miting event aku bermula. saat ini sebetulnya aku sedang bersiap-siap untuk bersama mereka. maka petang ini dapatlah aku bermain air laut dan makan kek hari jadi si Esah.

tapi kerana tanggungjawab di sini lebih berat, terpaksalah aku mengalah. mahu saja aku tinggalkan miting itu. siapa mahu bermiting sedangkan dia berpeluang untuk berseronok di pantai. paling tidak dapat juga aku tenangkan fikiran dan lupakan masalah-masalah aku dengan telatah dan gelak tawa mereka.

sedih tak dapat bersama mereka. aku mahu habiskan masa bersama mereka. aku mahu tenang bergelak tawa dengan mereka. hmmmm



p/s: slamat bermaen air dan makan kek~~~ jangan lupe aku kat sini.... :(

p/s: siesly, malas da nak layan diorg.sori!

---x---

Monday, November 2, 2009

Theater Workshop

Assalamualaikum...

apa khabar semua? harap2 sihatlah semuanya ya! macam mana dengan hari minggu anda? seronok berehat di bilik? atau letih meluang masa makan angin di ipoh? atau sibuk menyiapkan semua assignment dan lab report? sibuk study?

hehe... walau apa pun aktiviti anda di hujung minggu, moga2 waktu itu di isi dengan aktiviti bermanfaat dan sihat dari segi mental dan fizikal. untuk pengetahuan anda, Theater Workshop telah diadakan di S.M.K Raja Permaisuri Bainun.

dan untuk kali 4 dalam bulan sepuluh ini, hari di hujung minggu berlalu tanpa tidur berlebihan. minggu pertama, kedua dan ketiga terisi dengan tour theater TTS. minggu ke empat dengan EDX di pertengahan minggu dan yang terakhir, Thearter Workshop menjengah dan menyambut hujung minggu pertama bulan november.

workshop ini diadakan bersempena English Camp di sekolah tersebut. pelajar yang menyertainya adalah dari kalangan tingkatan 1 dan 3. satu perkara melucukan yang mana faci2 terlibat gemuruh apabila sampai ke destinasi kerana setiap seorang daripada kami bakal membimbing 15-20 orang pelajar.

2 hari melayan karenah adik2 sangat meletihkan. dan aku sebenarnya sampai di utp kira2 sejam yang lalu. penat dan mengantuk. pun begitu, aku juga terhibur melihat telatah mereka. untuk seketika,aku lupa segala masalah dan kadang2 terasa rindu waktu di bangku sekolah dulu.



GROUP 7; adik2 form 1 dan form 3 di bawah bimbingan aku. tiba2 terasa sedih memandangkan ini saat terakhir kami bersama.

pesanan aku buat mereka:

"terima kasih kepada adik2 yang meluangkan masa dengan akak. maaf kiranya bimbingan akak tak sehebat faci2 yang lain. maaf juga kiranya ada yang terguris dengan kata2 atau sikap akak. akak berdoa agar kejayaan sentiasa di tangan adik2".~~


p/s: tetiber kluar ayat skema. haha... korang layan jer la..

p/s: moga2 tak akan sama sekali terikat dengan dia... hmmm

---x---

Monday, October 26, 2009

TTS GLAMOUR!!!!

Assalamualaikum...

haaaa.... kenapa dengan tts? giler glamour ke? hehe...

buat pengetahuan korang, tts ni nama penuhnya Tronoh Theater Shop adalah satu kelab teater kat UTP. baru2 ni kitorang dah habiskan satu tour teater, iaitu The Shark Attack Theater Tour.

mula2 kitorang buat kat UTP then ipoh and lastly KL. minggu lepas lah yang kat KL. penat tapi seronok! tapi yang paling best kitorang dapat liputan akhbar.

bertarikhkan semalam, 25 oktober 2009, di Harian Metro, TTS mengisi ruangan GIG. bukan ruangan sampingan, kitorang dapat 2 muka surat lagi! hehe... mana2 yang beli harian metro semalam jangan lupa baca.


ni la keratan akbar yang menceritakan tentang TTS... GLAMOUR gitu... hehe
credit to pojan untuk gambar ni. huhu

hopefully dengan pendedahan dari akhbar mampu memberi peluang kepada TTS untuk lebih menyerlah di masa akan datang. go TTS go!!!! :P


p/s: utp pon ader anak seni tauuuuu... bukan setakat blajar engineering, bis n ict. wellrounded student la katakan.. huhu

p/s: in case kalau korang nak tahu lagi pasal TTS ni tekan sini.

---x---

Saturday, October 24, 2009

si TIKUS dan si BADAK

Assalamualaikum

haaaa... dah lama sangat aku tak update blog ni. kepada yang selalu buka page ni,mintak maaf la yer. i'm taking a break for a while.

anyway, just a short entry. semalam kot aku edit2 gambar ni. anak2 fad jadi model. huhu... malangnyer si badak dah tak ada...

so gambar ni dedikasi khas untuk fad. ngeee~~~


opppssssssss!!! si tikus nak kiss si badak...hehe

so saper2 yang suka gambar ni bolehlah ambil jadikan wallpaper ke apa ke. saper yang tak suka buat2 la suka yerk. hehe


p/s: ntah macam maner jadik jiwang lak...hahahah

---x---

Friday, August 7, 2009

JANJI YANG PASTI

ASSALAMUALAIKUM...

masa kat rumah pak sedara aku baru2 ni, aku tertengok cerita CSI. episod sara sidle diculik oleh pembunuh misteri dan semua yang terlibat bertungkus lumus cuba mencari lokasi sara berada.

dalam episod ni, ada satu babak yang paling aku ingat. babak di mana nick teringat perbualan dia dengan sara selepas baru je diselamatkan daripada satu penculikan. babak di mana sara berkata "when its your time, its your time." time itu merujuk kepada mati.

apa yang cuba dikatakan oleh sara ialah jika sudah sampai ajal, kita takkan dapat lari atau bersembunyi. ironinya, Islam mengajar kita perkara yang sama. hakikat ajal yang takkan dilewat2kan atau dipercepatkan. hakikat yang ajal maut sudah ditakdirkan semenjak kita menjengah ke dunia.

mungkin ajaran mereka juga menekankan perkara yang sama. tetapi aku sebagai seorang beragama Islam telah diingatkan tentang soal mati oleh sebuah kisah terbitan mereka beragama lain. terbit rasa keinsafan. sesungguhnya manusia itu sentiasa alpa, harus saling memberi peringatan.

semoga entry ini mampu memberi sedikit peringatan kepada yang membaca. ajal itu pasti. Allah telah berjanji bahawa Dia tidak akan melewatkan atau mempercepatkan saat roh terpisah dengan jasad.

Daripada Ibnu Umar r.a. : Seorang Sahabat dari Ansar berdiri dan bertanya kepada Rasulullah: “Ya Nabi Allah, siapakah manusia yang paling pintar dan siapa pula yang paling cerdas otaknya?”

Rasuluilah s.a.w. lalu menjawab: “Yang paling cerdas dan yang paling pintar ialah orang yang paling banyak mengingat-ingati mati, dan yang paling banyak sedia bekal untuk menghadapi mati. Mereka itulah sebenarnya orang-orang yang pintar sekali. Mereka telah membolot kemuliaan dunia serta ketinggian darjat di akhirat.

(Hadis Riwayat at-Tabarani)



p/s: pesanan juga untuk diri sendiri...

---x---

Monday, August 3, 2009

MORNING / NITE

ASSALAMUALAIKUM...

aku online pagi2 ni sebabnya nak update blog. tapi aku sendiri tak tahu apa yang nak diupdate...

but anyway, i'm looking forward to edit some of my pics and will upload it on photobucket.feel free to check it on later. huhu ^-^

selamat pagi, dan selamat malam...

hehe



p/s: xto asal 2 3 mggu ni raser nk update blog jer.huhu

---x---

Thursday, July 30, 2009

shHhhhhHh...

ASSALAMUALAIKUM...

aku sebenarnyer tengah mogok ngan member aku. merajuk la konon2...huhu

malas nak layan dia, tapi tanak r biar camtu jer. silence won't solve anything right? so aku citer kat sini jer la aper kes aku hangin+emo sangat. hehe

masa tu aku sedang melepak2 bersama seorang member aku ni. hajat mula2 nk hilangkan tension. memang hari tu adalah hari terapi hilangkan tension. malangnya, terapi tu gagal menghilangkan tension aku.

tiba2 aku dapatla satu mesej dari HICOM event, katanya ada head nak quit. sedikit sebanyak terganggu gak sebab tengah tengok movie masa tu. hilang sedikit mood di situ. huhu. dan secara jujur malu gak r dengan HICOM lain sebab member sendiri quit. tahu daripada HICOM pulak tu.

cuba bayangkan, korang HICOM, pastu member korang jadi head. pastu dia quit event dan ko tahu daripada orang lain. maybe for certain people ok jer kot. tapi aku tak boleh terima. dalam masa yang sama, kepala aku tengah serabut lagi. tambah dengan masalah jiwa yang sampai sekarang tak pernah selesai and maybe takkan pernah selesai. bak kata member lama aku ni, MENTAL LAAAA!!!!!

anyway, kenapa aku kecik hati dengan dia? sebab aku rasa macam dia tak treat aku as if i'm her friend. sedih kot dapat tahu satu bende pasal member yang baik ngan kita tapi daripada orang lain sedangkan benda tu berkait dengan kita gak.

and for her;

"ko selalu dengar aku kata aku merajok ngan si A sebab dia quit tak bagi tahu aku. and u know how sensitive i am. i suppose u should know better..."

aku tak marah sebab dia quit atau sebab dia tak bagi tahu aku. and honestly aku da tak kecik hati, just terkilan sebab aku macam orang last yang tahu. macam aku ni bukan orang yang penting untuk dia bagi tahu yang dia da quit.

anyhow, i'm sorry for being SO SELFISH to make it matters and i'm so sorry for being SO SO SELFISH to never accept her reasons.

FULLSTOP



p/s: emo kan??? hahahahahah... sori la. but that's the way i am. all those small things do matters to me.

---x---

Wednesday, July 22, 2009

MJ vs MARWA AL-SHARBINI

ASSALAMUALAIKUM...

Antara michael jackson & marwa al-sharbini

Sedih. Miris. Itulah yang saya rasakan ketika melihat tayangan pemakaman the King of Pop, Michael Jackson yang begitu gegap gempita di televisi-televisi kita sepanjang hari kemarin. Beberapa stasiun tv bahkan bela-belain menayangkan tayangan eksklusif langsung dari AS acara penghormatan terakhir bagi si Raja Musik Pop sampai pagi ! Dan entah berapa juta mata masyarakat Indonesia yang rela menahan kantuk demi menyaksikan acara itu.

Saya sedih, bukan karena kematian MJ yang dipuja jutaan orang di dunia. Tapi saya sedih, karena pada saat yang sama, berlangsung pemakaman seorang muslimah yang Insya Allah menjadi seorang syahidah karena mempertahankan jilbabnya. Marwa Al-Sharbini, seorang ibu satu anak yang sedang mengandung tiga bulan, wafat akibat ditikam sebanyak 18 kali oleh seorang pemuda Jerman keturunan Rusia yang anti-Islam dan anti-Muslim. Tapi berita ini, sama sekali tidak saya temukan di televisi-televisi Indonesia, negara yang mayoritas penduduknya Muslim, bahkan mungkin, tak banyak dari kita yang tahu akan peristiwa yang menimpa Marwa.

Ribuan orang di Mesir yang mengantar jenazah Marwa ke tempat peristirahatannya yang terakhir, memang tidak sebanyak orang yang menangisi kepergian Michael Jackson. Marwa hanya seorang ibu dan bukan superstar seperti MJ. Tapi kepergian Marwa adalah lambang jihad seorang muslim. Marwa mempertahankan harga dirinya sebagai seorang Muslimah yang mematuhi ajaran agamanya meski untuk itu ia kehilangan nyawanya.

Marwa ditikam di ruang sidang kota Dresden, Jerman saat akan memberikan kesaksian atas kasusnya. Ia mengadukan sorang pemuda Jerman bernama Alex W yang kerap menyebutnya “teroris” hanya karena ia mengenakan jilbab. Dalam suatu kesempatan, pemuda itu bahkan pernah menyerang Marwa dan berusaha melepas jilbab Muslimah asal Mesir itu. Di persidangan itulah, Alex kembali menyerang Marwa, kali ini ia menikam Marwa berkali-kali. Suami Marwa yang berusaha melindungi isterinya, malah terkena tembakan kaparat keamanan pengadilan yang berdalih tak sengaja menembak suami Marwa yang kini dalam kondisi kritis di rumah sakit Dresden.

Peristiwa ini sepi dari pemberitaan di media massa Jerman dan mungkin dari pemberitaan media massa asing dunia karena yang menjadi korban adalah seorang muslimah yang dibunuh oleh orang Barat yang anti-Islam dan anti-Muslim. Situasinya mungkin akan berbeda jika yang menjadi korban adalah satu orang Jerman atau orang Barat yang dibunuh oleh seorang ektrimis Islam. Beritanya dipastikan akan gempar dan mendunia.

Itulah sebabnya, mengapa di tv-tv kita kemarin cuma dijejali dengan pemberitaan seputar pemakaman Michael Jackson yang mengharu biru itu. Tak ada berita pemakaman syahidah Marwa Al-Sharbini yang mendapat sebutan “Pahlwan Jilbab”. Tak ada protes dunia Islam atas kematiannya. Tak ada tangis kaum muslimin dunia untuknya. Tapi tak mengapa Marwa … karena engkau akan mendapatkan tempat yang paling mulia di sisiNya. Seiring doa dari orang-orang yang mencintaimu. Selamat jalan saudariku, maafkan kami jika kurang peduli …

quote dari
bicaramuslim.com.


p/s: plik gak. asal org angkat MJ mcm dier sgt pntg. pada hal dier tetap seorang manusia. cuma diberi kelebihan dlm musik. still, dier tetap samer cm kiter. hmmm...

---x---