Monday, August 2, 2010

CUACA FORD [week9; day1]

Assalamualaikum...
hari minggu terbaik! melepak bersama acap, hisyam, dan syakir. haf dan zai pun ada hari sabtu tu.

tengok Salt, lepak2 jalan2 dan membuang masa. pergi times dan kemudian mid valley. malamnya berazam nak tidur lewat sebab dah lama tak tidur lewat sambil melepak. tapi tak tercapai sangat sebab yang lain setia dengan internet dan aku duduk di ruang tamu, tengok tv.

buah tangan karikatur plaza shah alam. camne pelukis tu tau kitorag ader vocal training lepas lepak kat plaza tu? musykil aku...

esoknya, hisyam tak dpt nak join aku, acap dan syakir melepak di plaza shah alam. sedih pulak bila nak hantar dia balik naik bas. yerlah, bila lagi nak jumpa lepas ni. kat plaza tu sempat jugak kitorang buat karikator. boleh pulak abang tu tanya, "korang adik beradik ke?". gelak jelah kitorang. agaknya sebab masing2 pakai spek mata.

lepas tu jalan2 dekat tasik sambil ambil gambar. heee~~ aktiviti wajib kanak2 tts. dan untuk menutup hari weekend kitorang buat sesi vocal training. walaupun 3 lagu aje, tapi puas. hujung minggu terisi dengan aktiviti yang dah lama aku tak buat bersama diorang ni.

oh, masa nak hantar hisyam fatinah call. lama la jugak borak dengan dia. dah habis cakap rindu pulak dengan kanak2 tts di utp. huhu... patut acap tak cakap lama2. tak pe, paling kurang khamis ni aku sampai la utp. ishk, tak sabarnya...

isi masa lapang.. hehe. khas buat fatinah... glamour name ko woooo~~

bila dah berseronok macam tu di hujung minggu, nak kerja hari isnin pun rasa malas. bila agaknya nak lepak macam tu lagi tengah2 intern ni...


p/s: esok keje, luse appointment! tulat tubing MC! tak sabarnyer~~~ hehe ^___^

Tuesday, July 27, 2010

CUACA FORD [week8; day2]

Assalamualaikum...

ok, tengah tunggu pukul 5. nak balik rumah!

tak sabar nak tunggu minggu depan hari rabu. appointment nak cabut gigi. meskipun hasilnya adalah sakit, bengkak dan kebas tapi sekurang-kurangnya lepas ni tak sakit macam dulu. insyaAllah dah takkan terganggu tidur di malam hari. amin~~

aku terkilan. sebab rata-rata orang lain mesti fikir "ala, cabut gigi je pon. bukannya pe". kalau betul cabut gigi saja, aku tak kisah. tapi gigi aku ni bukan sebarang gigi. gigi bongsu degil. suka buat hal sendiri tanpa fikir tuan dia. huh!

nak cabut gigi ni siap buat x-ray tau. lepas tu Dr Azilia cakap nanti dia kasik 3 hari MC. hah. dah kene x-ray. lepas tu ada MC lagi. 3 hari pulak tu...

bukannya aku nak orang cakap "kesiannya kat aku". tak payah sama sekali. aku tahu, bukan aku sorang je ada masalah gigi macam tu. tapi sebab atas nama kenalan, tak salah kalau ambil beratkan?

tak sabar nak bebas dari sakit gigi nih. dah lama tahan. seminggu aje lagi.
bertahan!



p/s: just need to know that you do care.

Thursday, July 22, 2010

CUACA FORD [week7; day4]

Assalamualaikum...
hah! bosan yang teramat. so upload la bende2 ni...

tengah serabut pasal benda lain. hopefully things get better and i'll find what i've been waiting for

time bosan dan ngantok dalam training. this thing make me focus!

up to you guys untuk mentafsir. sesungguhnya ini hanya mengisi masa bosan!

cheers!

p/s: please be honest and tell me what do you feel?

Tuesday, July 20, 2010

CUACA FORD [week7; day2]

Assalamualaikum...

"I don't want to be the most beautiful girl on earth."

but why?

"then I'll be special to everyone."

why not?

"it won't matters about what others think. I won't mind if people say I'm ugly. in fact I think I prefer if people just take me as the average girl."

so you want to be ugly?

"hmmm.... not exactly."

okay, what are you thinking actually?

"well, I want to be special. but it doesn't mean anything if I'm special to everybody. it only mean the world when I am special to that someone who is special to me to. got it?"

yeah...


p/s: what say you?

Monday, July 19, 2010

CUACA FORD [week7; day1]

Assamualaikum...

yep, aku baru lepas lunch. pergi ke KLCC walaupun asalnya nak pergi Lorong Gelap je. hari ni 19 hari bulan so Hotdog 1901 jual hotdog diorang lebih kurang 1/2 price lah. aku dan Devina pun apa lagi, terus angkat kaki tuju KLCC.

dalam otak aku, mesti susah nak cari seat. beratur pun maybe panjang. tapi bila sampai sana, tup2 banyak pulak kosong. kedai hotdog 1901 pun kosong je. alhamdulillah, rezeki la agaknya.

pertama kali makan hotdog ni, sedap. Devina pun setuju! haha... kalau korang kat KLCC dan kebetulan hari tu 19 hari bulan, makanlah dekat 1901. jimat pun jimat.

ok, saje buang masa update blog. membuang masa sebelum membuang masa lagi~~~



p/s: hmmm. saya awak kiter orang?

Thursday, July 15, 2010

CUACA FORD [week6; day4]

Assalamualaikum...

first visit semalam ok. Dr Ismail pun dah penat semalam. tersalah ambil jalan. huhu...

lepas tu turun2 jumpa Mr Elias pulak. tengah borak2 dengan Mr Sanif dan Ipin. segan la jugak. tiba2 aku join. Dr Ismail sampai je terus naik. yang tak boleh blah aku pun ikut sekali naik. bukannya naik pejabat aku. naik pejabat Ipin kot! tingkat 17 lagi.

hasilnya bolehlah aku tengok pejabat diorang. jalan2 cuci mata. ekeke....


---x---x---x---x---x---

there something going in these 2-3 weeks. something that demand explainations from him. no matter how nice and good we treat each other, i have always put it on one simple basis, its a long term relationship last for almost forever. they say just go easy, yes i am. yet, it gives me more chances to question it. lets be honest to ourselves and answer our questions. lets put it to end where at least, both of us is satisfied with the answers we demand from ourselves.
p/s: cepat kol 5! its time for inception. heheh

Wednesday, July 14, 2010

CUACA FORD [week6; day3]

Assalamualaikum...

haaa. semalam client semua cari aku. dah cuak. tapi buat2 tau. nasib baik gak Chi Ying ada. bolehlah tolong aku.

masa tu barulah faham apa yang Ali rasa. memang tension! tapi tu semua pengalamankan. ni baru bulan ke dua. jauh lagi perjalanan.

pastu semalam Iain kasik data. nak suruh aku buat analisis. wah, rasa bangga sebab diberi kepercayaan untuk buat analisis. tapi tak tahu lah betul ke tak apa yang aku buat. huhu...

oh, wayang ke dua bersama kanak2 TTS batal. tapi esok kanak2 PE pulak yang ajak pergi tengok Inception. bolehlah!

hari ni 1st visit aku. petang karang lepas lunch. hopefully ok lah semuanya. amin~~~


p/s: rindukan sesi vocal training...

Monday, July 12, 2010

CUACA FORD [week6; day1]

Assalamualaikum...

haaaaa... wiken lepas, hari sabtu. wiken pertama aku keluar dari rumah pergi bersuka ria kat KL nih. huhu... seronok beb.. ekekeke

partner in crime, cam biasa lah. budak2 tts yang sangatlah ceria. hehe... yang turun sekali Haf, Nik, Pojan, Zai, Syakir dan aweknya. dah lama tak lepak dengan diorang ni.

lokasi, Mid Valley. sampai sana usha tiket. ramai! barisan tak putus kot! semua ni target nak tengok Eclipse la tu (kitorang pun sebenarnya). tapi last2 kitorang tengok Despicable Me. best. lawak habis.

pastu lepak2 lagi sambil makan. lunch kat Pizza Hut, dinner kar Rasamas. gelak bukan main, dah macam lepak kat mamak. eh, teringat megi goreng ameeth. ;P

disebabkan gagal tengok Eclipse, minggu ni kalau ikut pengelola nak tengok jugak hari rabu ni. tapi tak tau la tu. harap2 jadilah! :)


p/s: nak beli kasut!

Friday, July 9, 2010

CUACA FORD [week5; day5]

Assalamualaikum...

hari ni gelap 4 minggu aku berlegar kat pejabat ni. huhu.. akhirnya cukup sebulan duk sini. Alhamdulillah, semuanya ok.

sepatutnya dalam 2 minggu lagi aku dapat peluang untuk ke Vietnam, ikut Dr Iain bagi training kat engineer sana. tapi cancel sebab dia sibuk. yang ganti dia Pak Endra Simpari, engineer based in Indonesia. Iain cakap dia nak bawa aku dulu barulah dia kasik aku pergi dengan orang lain.

sedih tu sedih la jugak. tapi nak buat macam mana, tak ada rezeki lagi lah tu. lagi pun, kalau jadilah, ni 1st time keluar Malaysia. nanti kalam kabut aku nak bersiap sedia. yerlah, tempat orang. nak solat nak tanya siapa kiblatnya. makanan halal ke tak? dalam kecewa tu ada lah rasa lega.

lepas tuh Ali, si intern UTP yang ada kat sini dah nak habis dah. hari terakhir kat sini. hmm... cuak bila dia dah tak ada nanti. siapa nak tolong aku? siapa nak ajarkan software semua ni? Ali dah letak banchmark yang agak tinggi. so aku ni hah, paling kurang mesti la sampai banchmark tu. tension jugak kalau fikir pasal benda ni.

sebulan pun sebulan jugak. report dan logbook belum buat lagi. detailed report tu lah, bukannya apa pun. saja bagi kerja kat kita ni haaa. leceh kot!


p/s: forget about it, go with the flow.

Tuesday, July 6, 2010

CUACA FORD [week5; day2]

Assalamualaikum...

minggu lepas baru habis trening. trening pasal wireline. 2 minggu pulak tu. minggu ni trening pasal Pan System ni pulak. minggu ni rasa enjoy sikit dengan trening ni sebab trening ni pasal software yang memang aku akan guna untuk kerja aku kat Weatherford Solution ni....

aniway, bila dah masuk trening baru lah rasa nikmat belajar pasal PE ni. yer lah, kalau tengok orang yang pergi trening minggu lepas, bukan semuanya tahu pasal PE. dari awal proses sampai ke simen. haaaa. yang datang tu memanglah expert. tapi diorang sebenarnya expert dalam bidang diorang je. boleh kata diorang tak ada lah tahu sangat pasal PE secara general.

bukan nak tunjuk pandai tapi seronok juga bila kita lagi faham dan tahu berbanding yang lagi pakar. kadang2 rasa kesian gak sebab terpaksa mula dari bawah sedangkan diorang ni dah pakar dalam kerja masing-masing.

ok, time to go. trening Pan System dah nak start. adios!



p/s: hmm...duet atau bebas dari sakit?