Thursday, November 4, 2010

CUACA FORD [week 22, day 4]

Assalamualaikum...

semalam dapat berita, intern July 2010 dah dipendekkan kepada 14 Disember yang asalnya 14 Januari. first time dengar rasa sangat gembira tapi lepas tu dapat tahu dari SIIU yang itu silap taip. ok, frust kejap.

hmmm... semalam juga antara hari2 yang tak best.
semalam rasa kecewa menggunung.
semalam rasa pedih yang tak tertanggung.
semalam puncak segala rasa keliru.
semalam juga mahu berhenti dan pulang ke sarang.
semalam aku tewas.

yep, setiap yang berdiri akan baring. yang berlari akan merangkak, yang kuat akan lemah, yang hidup pasti mati. dan semalam adalah hari aku jatuh. oh, aku dah lama jatuh. tapi semalam sampai ke dasar, akhirnya.

kalau nak cakap betul2, aku memang dah tawar hati nak teruskan intern. aku tak tipu! tak tahu mana semangat aku hilang. putus harapan. mungkin sebab aku penat menjadi dewasa, penat bila fikir pasal masalah2 yang tak pernah berhenti menyapa. penat genggam segala tak lepas. penat kemam tapi tak kunyah. bagi aku, pendam sendiri lagi senang dari bercerita. itu lah masalah aku.

tapi semalam hari aku lepas semua. aku terjah member dan cerita apa berlaku. terima kasih sebab aku dah curi masa korang. dapat kata semangat. walaupun yang aku cerita tu tak sampai separuh, tapi aku lega. lega sebab aku dapat bagi tahu rasa kecewa aku. bukan senang untuk aku luah tapi sebab dah tak tahan, korang2 lah jadi mangsa. :P

dah beberapa bulan aku rasa macam dah tak kenal diri sendiri. aku rasa aku bukan aku. rasa macam dah lupa siapa aku dan macam mana gaya aku. macam amnesia pun ada. haha. tapi dengan bangganya sekarang aku dah recover dari sakit hati. :) it's time to get back up.

oh, semalam jugak aku rasa tenang.
semalam aku termenung tanpa beban.
semalam bahu rasa ringan.
semalam otak pun jelas.

dan hari ni aku kembali bernafas dan senyum riang.
oh, hati rasa riang!


p/s: tak sabar nak g derma darah. hopefully lepaslah kali... hehe

p/s: if i knew i have that friends, i would have convince myself i dont need anything else. :)

Monday, November 1, 2010

CUACA FORD [week 22, day 1]

Assalamualaikum...

pernah tengok ANTM? America's Next Top Model. ala, yang si Tyra Banks punya realiti show tu...

haaaa. perasan tak kalau setiap season tu mesti ada episod yang modelnya hilang semangat nak terus stay kat situ? ada kan? paling senang nak observe bila model tu tanak berusaha walaupun keputusan akhir tak semestinya dia kalah. mengaku kalah sebelum mula bertanding. macam tu lah lebih kurang.

kadang2 kita pun akan berada di tempat yang sama. bukan bermaksud mahu mengaku kalah atau berputus asa, apatah lagi melepaskan cita impian. mungkin mereka hilang semangat, hilang tujuan hidup dan motivasi maka tidak ada sebab untuk mereka berusaha lebih kerana itu tidak memberi kepuasan. mungkin mereka telah berubah menjadi seperti anak2 patung, jasad di situ tetapi segala perilaku diatur oleh orang lain. tidak mampu dan tidak akan bergerak.

bila hilang motivasi nak hidup pun susah. yang di mata hanya negatif, buta dengan yang baik dan celik dengan yang buruk. hilang tujuan dan hanyut ikut arus. mungkin tiba di satu saat semua di depan mata hilang nilainya, dan hati sudah keliru apa itu rasa gembira atau sedih, marah atau kecewa. bila hati kelu dan kaku maka tidak ada lagi semangat untuk meneruskan langkah.

mungkin mudah untuk kita menghakimi mereka kerana tidak pernah berada di berada tempat itu. mungkin juga kita yang tertipu dengan akal waras menidakkan kaku hati.

mungkin kita yang terleka dengan keceriaan yang menutup gersang hati.

mungkin kita yang terbeban dengan berat tanggungjawab yang meringankan sakit hati.

mungkin segala-galanya mungkin.

mungkin juga tidak.

mungkin...

mungkinkah aku yang berada di situ?


p/s: need to stop. need a grip. need a rest.

Wednesday, October 27, 2010

CUACA FORD [week 21, day 3]

Assalamualaikum...

ok, baru habis training. siapa yang bagi training?
ehem2... aku la! haha

minggu ni SV aku dah alocate untuk aku present ReO. bak kata SV aku presentation/training. kalau ikot aku, slash banyak kali training tu. huhu. yer la, cuak kot. dah tak biasa lagi dengan software tu, nak kene present. lepas tu, aku pulak macam blur2 bila nak present. aish... payah betul. nasib baiklah CY dan kak Aida ada, dioranglah yang banyak tolong aku.

walaupun presentation aku ni aku rase sangatlah teruk, tapi at the same time, lepas dah habis rasa puas hati dan seronok. yang paling penting, aku enjoy, in which aku pun tak paham kenapa. haha. again, thanks Iain for the oppurtunity you gave me. even kalau aku failed present, at least i was exposed to this sort of situation. thank you so much! thanks jugak kat Cy, kak Aida and Cynthia. banyak yang aku belajar dari diorang ni walaupun aku yang bagi training.

dah, cukup psl training. last weekend, aku, Uyun, Amad, Hex, Sean, Irsyad bersama tuan pengetua Zaki turun genting. eh, naik genting. terbaik! aku naik space shot 2 kali, cockscrew 2 kali. juga naik kapal yang dulu tak seram langsung, tapi kali ni naik terasa gerun dan cuak. haha. nice!!!

sebab aku nak sangat bear kat genting tuh, atas jasa Zaki menilik itik2 kejam yang licik dapat lah sekor. walaupun biasa aje saiznya, tapi puas hati dapat bear. ngeeee~~~

on the way turun genting ada problem sikit dengan kereta, so stop tepi jalan. tengah2 tunggu cool down, tiba2 aku dapat idea bodoh. buat pose everytime bas lalu tempat tu. sekali Sean keluar dengan gaya otromen dia. hah, ambik kau! haha


dah selamat turun, berhenti magrib dan terus ke pusat latihan menyanyi. buat apa? karok pasti! haha. dah lah kat genting dah jerit ni nk karok lagi. tapi layan saja lah. lepas tu aku teringat pasal masalah rumah tangga, so mood down sikit. hishk, kacau aje. da habis karok, nak pergi makan. lapar!

mungkin rezeki kitorang (walaupun orang tu kata duk menempek aje) dapat berBBQ kat rumah Sean sebab abang beliau buat BBQ malam tu and tak habis. so kitorang lah tukang habis. sudahnya, lepak kat luar rumah dengan tikar dan langit cerah, sampai awal pagi. pukul berapa? biarlah rahsia~~~ haha

pengalaman naik space shot terbaik! second time naik lagi scary berbanding yang first round atas sebab pemandangan dia, cantik! tapi scary... huuu~~~

thanks guys for the moment, thanks for the memory~~ :)



Irsyad, Sean, Zaki, Amad, Hex, Aku dan Uyun. baru lepas naik flying coaster. best!

satu catatan dalam hidup untuk kenangan sepanjang masa.

p/s: intern yang penuh suka dukaaa. huuuu. cepatlah habis eh. sabar n tabah!

p/s: sok beday bapak aku. hepi besday pa!

Thursday, October 21, 2010

CUACA FORD [week 20, day 4] UTP lagi~~~

Assalamualaikum...

haaaa, last week aku balik UTP lagi. tengok kanak2 TTS grad.

hang out with TTSiansss and i had a wonderful and interesting weekend. dapat tengok sunset di teluk senangin, karok habis-habisan dan makan di shabu2. yang tak bole blah, aku, Fatinah dan Acap sempat karok sambil main buai di tepi pantai. layan jer la. tapi seronok!

sempat jugak letak gambar sunset. hehe....

splendid!!!

pastu, aku dengan tak ada kerjanya telah membuang masa membuat sesuatu untuk diorang yang dah grade tu. on behave on TTS, please accept this simple wishes from us :)

specially made for them; on behave of TTS. 100% handmade :)

aku pun personally wish korang sumer, happy graaaaaaaaaaaad, jugak kepada senior2 lain yang aku kenal dan diorang pon kenal aku. huhu

congratzzzzzzzzz ya guys!

p/s: simpan leklok ye! itu bukan sekadar hadiah tau... :)

Tuesday, October 12, 2010

CUACA FORD [week 19, day 2]

Assalamualaikum...

haaaa.... sekarang dah minggu yang ke-19 internship. tak sabar nak tunggu minggu ker 32. cepat la habis intern yer...

lepas balik dari Jakarta memang tak ada masa nak update blog. tak sempat nak letak poster bundle show TTS kat KL. balik dari Jakarta terus pergi UTP. sampai di airport jam 10.45 malam, naik train pergi KL Central pastu ambil LRT Putra balik wangsa maju, ada lah dalam jam 12 sampai rumah. lepak2 kejap kol 2.30 pagi baru tidur. lepas tu pukul 4.00 pagi bangun siap2 bertolak pergi UTP tumpang Parcel dan Din.

wiken tu ada workshop untuk fesi2. basically nak train dak2 TTS so kalau ada workshop takde lah kalam kabut nak cari fesi dan at least, semua dah tahu apa yang nak kene buat. lepas tu petangnya ada open house Dr Shark. tapi kecewa teramat sangat, dalam kol 12 lebih tu aku diserang sakit perut. lunch pun paksa diri. sebab tak larat sangat, aku tidur kat masjid kejap lepas zuhur. sedar2 dah pukul 4. nasib baik diorang tak bertolak lagi pergi rumah Doc.

segan sebab 1st time pergi rumah orang tapi diri sendiri yang sakit. sampai sana kak Ad mintakkan minyak panas/balm dari mak cik Habsah, wife Doc. da sapu ok la sikit, tapi sakit balik. terharu bila Doc dan wife dia carikan aku ubat untuk sakit perut tu. mula2 ingatkan angin, so dapatlah ubat angin. makan tu kejap jer hilang, tapi lepas tu sakit balik. bertambah2 rasa bersalah dan segan bila mak cik Habsah buatkan aku air teh halia. tapi aku tak sempat nak habiskan... haruuuuuu!!!!

dah time tu diorang semua tengah shooting. sampai lah satu masa aku cari spot, terus tidur. sedar2 orang nak balik dah. kene paksa pergi klinik lagi. adeiyh... menyusahkan orang je. bila aku selidik balik, rasa nya sakit perut tu adalah gastrik. haishk... aku da kene gastrik rupernya.

wiken lepas pulak ada bundle show TTS di KL. hari sabtu tu turun Times Square lepak2 dengan Usop dan Acap (oh, tahniah kat Usop sebab da bertunang hari ahad lepas). sempat lah tengok cerita Magika. huhu. lepas tu terus pergi Taman Budaya, tengok run diorang dan tolong mana2 patut. aku dan Zai jadi front of house. Acap pun ada tolong sikit2.

penat memang penat. tapi seronok dapat hang out dengan diorang. tempat bergelak ketawa, menghilangkan tension.

satu je slack. i was supposed to enjoy my time last weekend but i didn't enjoy it that much. i was thinking about something else whenever i was alone. tu yang tengok Bedah sampai feeling lebih2. haih, apsal laa boleh jadi macam tu...

anyhow, weekend ni balik UTP lagi. kanak2 TTS yang nak grad; kak Ad, Zai, Din, Usop, Am, Helhal, Nuar, Izzi, Pojan. tu jer kot. kalau ada tertinggal ingatkan yer! Happy graduation day guys. cepat2 lah kawin, boleh kitorang merasa nasik minyak free. hehe :P


p/s: kepada encik fakrullah aka pak wong aka fakuk, hepi besday! hehe. jangan marah aku letak name glamer ko. bukan senang tau! hehe

p/s: wont let it go, but i'm just sooo tired. **sigh~~

Friday, October 1, 2010

CUACA FORD [week17; day5]

Assalamualaikum...

last day in Jakarta. 3.55 am in the morning. sejam lewat compared to jam Malaysia.

hari ni ada presentation lagi. Endra ni saje je. even the last day pun ada kerja. hari ni aktiviti penuh. kena keluar awal pagi, pergi ofis ambil Endra lepas tu terus ke ofis client. +- traffic jam, solat jumaat aku rasa mungkin sampai ofis dalam pukul 2. pukul 3 terus g airport.

huh, tak sabar nak balik.
tapi sayang nak tinggal.

semua aku akan ingat. building Talavera yang cantik, hotel Kristal yang mewah, Pak Saiman driver yang baik, Endra dan Imron engineer yang bersusah payah ajar aku pasal software.
terima kasih untuk semuanya.

terima kasih untuk Iain Paton untuk peluang ni.

terima kasih!

see you guys in Malaysia! ;)


p/s: might have screwed up even before i can start it. dem, hate it

p/s: am i wrong?

Saturday, September 25, 2010

CUACA FORD [week16; day6]

Assalamualaikum...

yep, hari ni hari sabtu. typical life of an intern but maybe with a little twist for this week and the one after.

just to let you guys know, i'm in Jakarta. FOR WORK REASONS. i repeat, for work reasons. kerja untuk hujung minggu; buat report untuk minggu ni, improve model from last interpretation, sambung buat exercise untuk ReO, sambung baca module ReO dan study sikit pasal horner plot.

minggu ni memang penat. tidur macam tak tidur. sampai ofis muka ngantuk. haha. nak buat macam mana, i have dues to follow. belajar software baru + buat interpretation yang tak pernah aku buat. yang jadi susah sebab aku kene belajar sendiri one part of the interpretation process. dapat instruction in words, which is not the best way you can refer kalau baru first time buat. but anyhow, i did the interpretation sampai jam 1.30 kot. mana tak ngantok dalam ofis. i guess there's a price in everything.

and believe me, minggu ni memang kene stress dengan SV. you know who. tapi the best part, i ENJOY it! in which i don't know macam mana nak explain. i guess you have to feel it for yourself.

oh, korang jangan mintak souvenir daripada aku. yep, i would love to buy something for you guys. unfortunately, aku tengah kering. huuuu~~~ makan pun entah ke mana. yang aku dapat tu aku terima. tak ada pandai2 lah nak hidup. barang mak aku pesan pun aku tak mampu nak beli. apatah lagi nak beli buah tangan untuk korang. maaf yer, bukannya aku tanak kasik. but there are something more important to think about. ;)

but anyway, kalau ada duit lebih aku cari la something. kalau ada rezeki korang. heeee

pasal environment sini, nanti aku cerita balik. i have some pics i want to share tapi terlupa bawa cable phone. laptop kampeni pulak takde bluetooth. so tak dapat nak transfer gambar.

haaaa. ni satu benda lucu. dah 6 hari duduk kat hotel ni baru hari ni tau movie channel boleh tengok jugak rupanya. haha. dekat list channel tu dia tulis 2. aku tekan la 2. tapi tak pernah dapat. hari ni baru terfikir, mungkin kene tekan 02? dah cuba baru tahu. dapat je tengok muvie tu haaaa. hampes betul!

apa pun, 6 more days and i'll be back in Malaysia. tak sabar nk balik! aku enjoy, tapi sebab lain environmentnya, espcially with just myself turn me into a self guarded insecured machine. don't get me wrong, this is a nice place.

so guys, lets work hard and enjoy. work hard is hard, but enjoy doing it since that is the first thing you should strive for and you're stuck with it. we just have this chance once. lets appreciate it.


cheers!


p/s: xsabar nk balik mesia. xsabar nk jumpe mereka!!! :p

p/s: hepi besday MAMA!!!! sori i couldn't call you. :(

Friday, September 17, 2010

CUACA FORD [week15; day5]

Assalamualaikum...

okeh, hari ni agak penat. setelah berpenat lelah ke sana ke mari akhirnya boleh jugak duduk atas kerusi ofis yang tak empuk mana nih.

hari ni kali pertama jejak kaki kat Duta Indonesia. buat apa? apply visa untuk jelajah Indonesia. hehe.. bukannya bercuti pun. pergi atas urusan kerja. bak kata SV aku, Dr Iain Paton, "get ready to work!". kalau kene ganyang duk buat kerja nasiblah. tapi at least better daripada duduk goyang kaki makan gaji buta.

sampai ofis, encik Shahrul, one of the admin bagi tahu aku kene pergi Duta Indonesia hantar borang apply visa. dalam hati aku, aaaaa sudah! kene pergi duta sendiri. dah tak tahu mana jadahnya tempat tuh. gugel punye gugel, jumpa lah kat jalan tun razak. check jap, ada LRT atau Monorail terdekat? tak ada. alamak. tak pe, teksi berlambak kat tepi jalan tuh. ambil jerlah. boleh claim kot!

yang jadi masalah, passport pulak tertinggal kat rumah. terpaksa lah buat marathon balik rumah kemudian rush ke KLCC balik. kat KLCC ambil teksi ke Duta Indonesia. penat aku jalan laju laju. selaju boleh dah aku jalan tuh. sampai berpeluh habis. orang lain tengah kesejukan sebab hujan aku pulak kepanasan sebab dah eksesais tadi. haha. cam lawak pun ada.

sampai kat Duta Indonesia, aku pun tak tahu mana nak tuju. masuk jerlah. pakat redah je. nasib baik diorang yang kerja kat duta ni baik2. takde lah aku kene marah ke apa. mula mula salah ambil kaunter. takpe, jalan lagi cari kaunter tapi sesat lak. entah ofis mana entah aku sampai. keluar balik jalan lagi. nasib baik jumpa. selamatlah aku. tapi dapat giliran angka 39. giliran sekarang? baru 8! sabar jelah...

tunggu punya tunggu, sampai lah giliran aku. tapi nak sampai ke nombor 39 tu sakit kepala la pulak. adeiyh... rasa macam nak tidur je. nak hantar borang tu sekejap je. tunggu je yang lama. tak pe, pengalaman masuk embassy orang, setelkan dokument travel. bukan selalu buat pun. yang paling penting, aku buat sendiri!

sudah hantar tengok jam dah pukul 12. haaaaa, lunch terus lah. roger budak2 KLCC, kata terakhir, makan kat BK. boleh sajer... tapi macam biasa, kalau pergi fast food aku telan air dan fries je. berger jadi dinner. hoho

nanti kol 4 nak kene pergi sana lagi, ambil visa yang sudah siap. lepas tuh just get ready untuk fly ke Jakarta! haha. tak sabar. tapi nervous gak. yerlah. dah la 1st time, sorang2 lak tuh. konon nak adventure, nah ambil kau. dah kene pergi Jakarta sorang2. tak cukup ngan nervous, boleh pulak SV aku tambah pressure cakap nk kene present gas lift design lah, demo lah, apa lah. adeiyh, memang kene dera ke apa nih?

apa pun, redah saja. insyaAllah, sampai lah tuh. harap2 semua berjalan lancar. amin~~~

i'm a survivor. i can always make it on my own. ;)


p/s: if u dont find me first, i might be missing for 2 weeks. i'm sorry but i'm almost done.

p/s: hepi besday buat SYIMA n sv aku, dr IAIN PATON... hehe

Tuesday, September 14, 2010

CUACA FORD [week15; day2]

Assalamualaikum...

hari ni hari ke-5 raya. eh, belum seminggu raya dah masuk ofis ka?

nasib la labu...

raya tahun ni agak menyedihkan. sebab cuti tak lama. i guess ni lah dunia kerja. macam lagu meet uncle hussain tuh, kerja kerja kerja kerja. sampai mati pun kerja. tapi kalau tak kerja mana nak cari duit? kalau tak da duit, macam mana nak makan, beli baju, bayar sewa semua? nampaknya nak ke tidak kene lah kerja.

tapi bila taksub sangat dengan kerja, nanti keluarga, rakan2 entah ke mana. dalam otak fikir kerja saja. nanti jadi gila. kalau tak pun jadi mayat hidup. peparu bernafas tapi otak melilau ke lain. laju sangat fikir sampai badan pun tak sempat nak buat.

tapi itu lah, hakikat kerja bila kerja aje yang ada untuk dikerjakan.

eh, apa yang aku tulis? entah aku pun tak tahu.


p/s: we dont get to talk. but i really appreciate the effort. :)

Wednesday, September 8, 2010

CUACA FORD [week14; day3]

Assalamualaikum...

insyaAllah, 2 hari lagi raya. ada yang heboh esok raya. tapi untuk aku sendiri macam tipis jer. Malaysia selalu guna takwim dan keadaan langit kat sini selalu mendung. kadang2 tak nampak anak bulan. tapi tak mustahil kalau nampak. kesimpulannya; tunggu jelah pengumuman malam ni.

aku pulak stuck kat ofis sampai esok. kalau lah boleh main lompat2 masa. skip pergi kerja esok, terus ke tengah hari balik rumah. hmmm... aku pun tak tahu kenapa aku rasa emo sangat bile tak dapat cuti esok. sebab aku ni bukannya homesick sangat pun. maybe because of what happened recently.

dan untuk keseribu kali nya, selamat raya, sori zahir batin. haaaaa. moden tak bunyi die? hehe

korang yang cuti panjang tuh jangan nak riak2 kat aku ye. i'm feeling down enough.

bak kata en zaki kat pejan tuh, aku tumpang gembira kat saper2 yang dapat cuti lama. and please, enjoy it. :)

happy hols guys!
happy eid mubarak.



p/s: berhati2 di jalan raya rakan2!