Tuesday, February 19, 2008

OVER THE LIMIT!!!

ASSALAMUALAIKUM...

" bleh x nk tgk awak x pkai tudung? "

apa perasaan anda apabila diaju soalan di atas?

pasti persepsi anda terhadap pengirim mesej ini gatal.
ya, mungkin...

bagi aku, aku berasa sangat hampa kerana orang yang aku hormat begitu mudah lupa akan batas-batas agama.

hampa juga kerana satu ketika dahulu aku pernah menyalahkan diri sendiri kerana berselisih faham dengannya. hal itu juga tak jauh dari soal agama. dan sekarang, aku menyesal kerana menyalahkan diri.

sememangnya aku tak salah. memang aku tak salah menilai dirinya dahulu... inilah padahnya kalau ramah disalah anggap.

bagi aku, semua orang sama. tak kira tukang sapu atau tukang kebun mahupun jurutera, setiap orang sama sahaja. yang membezakan kita, ialah tahap keimanan kita. pendidikan yang tinggi bukan kayu pengukur dalam menjalinkan persahabatan.

salahkah aku sekadar mahu berkawan?


p/s: kecewa dalam hampa

---x---

Monday, February 11, 2008

TAK SUKA!!!

ASSALAMUALAIKUM...

hari ini emosi aku terganggu lagi. terganggu kerana aku benci perkara itu. mungkin di mata sesetengah individu, perkara itu terlalu temeh.

aku benci orang yang tiada perasaan kasih terhadap orang lain.
aku benci sekiranya mereka melayan aku seperti barang mainan, boleh diperlakukan sesuka hati.
dan aku paling benci bila rasa hormat itu hilang.

benci, benci dan benci!

rasa dipermainkan bila berlaku begitu. maaf! hati aku sudah mula belajar membenci kamu. sekiranya kamu membaca warkah ini, jangan cuba menghulurkan kata maaf. percayalah, meskipun aku memaafkan kamu, kesannya tetap ada biar sebanyak mana usaha yang kamu curah.

drama kehidupan ini akan aku simpan buat kenangan. kenangan yang memberi pengalaman. pengalaman yang mengajar aku tentang kebenaran lelaki hipokrit. sesungguhnya aku berterima kasih kepada mereka kerana membuka mata aku, menyedarkan aku dari lamunan duniawi.

meskipun rupa tak seindah pelangi, jangan menjadi kaca dengan kilauan palsu. satu ketika cantik dengan kilauan memukau, satu ketika lagi tajam menikam. malangnya, torehan itu lebih pedih dan menyakitkan berbanding tajam torehan pisau.


p/s: bila hati tak seindah rupe...

p/s: thnx to drama & theater, i found a piece of mind even if it was just for a while


---x---

Monday, January 28, 2008

AKU??!!

ASSALAMUALAIKUM...

a picture from past; a memory to be remembered...


p/s: just get over it...

p/s: alamak! taiko tader r... huhu

---x---

Tuesday, January 22, 2008

KIT KAT

ASSALAMUALAIKUM...

kit kat. a gift from RICHARD, teammate of STE batch 8-12 january; group 8; SPRINTA

17 JANUARI 2008

aku selamat sampai di stesen bas kemunting. alhamdulillah, kit kat ni lah yang aku jadikan sebagai sarapan pagi sementara menunggu kedatangan ibu sedara aku.


tiada yang luar biasa. hanya 2 bar lapisan biskut bersalut coklat. tapi bagi aku, kit kat ini sangat berharga. ianya pemberian dari seorang teman...

teman yang mengangkat nilai persahabatan lebih dari dinding agama...
terima kasih!


p/s: sesekali makan kit kat pon sodap! nak2 kalu orang kasik. yum yum!!!

---x---

Wednesday, January 16, 2008

THE DRAGON FLY

ASSALAMUALAIKUM...



p/s: almost thought this pic won't be useful...just something 2 share

---x---

Tuesday, January 15, 2008

ANYTHING BUT ORDINARY

ASSALAMUALAIKUM...

pertamanya, izinkan aku mengungkap kata maaf kerana lama menyepi. kejap on, kejap off. mengalahkan cipsmore! terasa seperti banyak yang ingin aku ceritakan tapi niat aku mati begitu saja. tanpa noktah.

aku sering kali beranggapan yang aku adalah seorang insan yang lain berbanding yang lain. tapi semakin lama aku bernafas dan diberi nikmat akal berfikir, sejenak aku ingin menjadi seorang gadis biasa. gadis. bukan tomboy, separa tomboy, atau terlalu "ayu". cuma seorang gadis.

tatkala itu ingatan aku sering kali menjengah ke koleksi lagu2 ku. anything but ordinary nyanyian avril. mungkin itu yang aku cari.

sejenak yang lain pula, aku terasa hidup ini terlalu menarik untuk hanya menjadi seorang gadis biasa. ibarat hidup yang lesu tanpa masalah. roda yang naik dan tak pernah turun. bunyinya saja sudah cukup lucu.

aku juga sedar, bukan semua yang dicita dalam genggaman. ada sesetengah perkara lebih baik dijadikan fantasi daripada menjengah ke realiti. aku ingin dikenali kerana aku. kerana aku adalah aku. kerana aku hanya aku. namun ada kalanya aku mahu menjadi seorang gadis biasa.

puas aku berfikir. di mana arah hidup aku? sesatkah aku?

hmmm...
akhirnya, aku putuskan untuk membiarkan mereka di sekeliling ku untuk menilai aku.
aku putuskan untuk membiarkan saja hidup ini membawa aku ke tempat yang sepatutnya, biarkan ia membentuk siapa aku,
biarkan ia menjatuhkan aku agar aku belajar untuk berdiri sendiri,
agar aku menjadi siapa aku,
agar aku mengenali siapa aku...


p/s: there are so much that i treasured in my life, i hope i'll never take it for granted...remind me if i forget

p/s: group 8 STE batch 8-12 jan especially SPRINTA, u guys rock!!! thnx 4 da sweetest memories. frends 4ever! YEAH!!!!

---x---

Wednesday, December 19, 2007

TAGGED, TAGGED, TAGGED!

ASSALAMUALAIKUM...

niat asal sebenarnya bukan untuk membalas tagged. namun, memandangkan aku sangat ketinggalan, so aku balas lah... hehe.. ;D

LIST OUT THE TOP 5 PRESENTS YOU WISH FOR:
1. a big bright smile from friends
2. problems that my friends shared with
3. being remembered
4. being appreciated
5. yeay2....some presents...

LIST OUT THE REASONS FOR YOUR CHOICE:
1. it lets me know that my friends are happy ( and it makes me happy too )
2. it makes sure that i'm there to help (and that i'm doing my job, feel useful )
3. it makes me feel special
4. it makes me happy
5. just for the record ( btol ker niiiiiiiii????? hahaha )

THE PERSON WHO TAG-ED YOU IS:
my best buddies, ANIS

5 IMPRESSION OF HIM/HER:
1. kind of hardcore
2. speaks her mind
3. loves her friends
4. a strong girl i must say
5. gifted in writing

MOST MEMORABLE THINGS HE/SHE HAS DONE FOR YOU:
looks after me when i'm lost, bought me kindo buenos, the time when she said she loves her best friends and i'm part of it

MOST LOVED INVENTION
camera!!!

WHAT DO YOU DESPISE THE MOST:
being ignored by my friends while walking by the corridor

PEOPLE YOU WANNA TAG :
anis, irda, ridhuan syukur, rufaidah


p/s: sorry that it takes time

---x---

AKU SAYANG SAHABATKU!

ASSALAMUALAIKUM...

sekarang ni sudah hampir 3 minggu cuti semesta. 3 minggu. ya, satu jangka masa yg pendek. namun, rasanya tak seperti 3 minggu. rasanya sangat panjang. dan dalam waktu itu, 3 minggu yang pendek itu, aku semakin galak menimba pengalaman.

pengalaman yang mengajar aku menjadi lebih berani
pengalaman yang mengajar aku erti persahabatan
pengalaman yang mengajar aku untuk menghargai mereka yang menyanyangi aku
pengalaman yang mengajar aku erti hidup...

sebentar tadi, aku baru sahaja selesai berborak dengan seorang sahabat. sahabat yang agak baik dengan aku. percaya atau tidak, dengan hanya berborak, aku mendapat satu pengajaran. mungkin tidak dikira pengalaman, tetapi ia tetap memberi impak.

sahabat itu berkongsi kisah. kisah dia dengan seorang teman. dan teman itu menghidap kanser. secara ringkasnya, sahabatku ini sangat mengambil berat dengan teman itu. malangnya, teman itu seakan tidak menyenanginya.

aku yakin, dan amat yakin, bukan itu niat sebenarnya. pada pendapat aku, teman itu takut. dia cuba untuk melindungi sekeping hati yang mungkin juga dia sayang. meskipun hanya sebagai seorang sahabat. dan sesungguhnya, sahabatku itu sangat gentar apabila berita yang tidak enak sampai ke telinganya. benar, sakitnya semakin serius. kansernya sudah merebak ke peparu.

mendengar khabar itu memang menakutkan. hanya dengan berita dia menghidap kanser heboh satu pekan, inikan pula berita yang mungkin menjadi penentu hidupnya. aduh... aku juga turut gentar mendengarnya. meskipun aku tidak pernah bertegur sapa dengannya, kasih sebagai sahabat tetap ada. dan sungguh! aku sanggup membuat apa saja untuk melihat dia tersenyum.

pun begitu, aku yakin, walau gementar mana pun hati kita mendengar berita itu, gementar lagi hati ibu dan bapanya. gementar lagi hati yang menanggungnya. berat mata memandang, berat lagi bahu memikul, bukan?

mengelakkan diri adalah satu perkara lazim bagi mereka. cukup dengan tatapan drama kehidupan yang dipaparkan di kaca televisyen. kononnya dengan alasan tidak mahu sahabat risau, bimbang dengan keadaan diri.

tapi rasionalkah perbuatan ini? bukankah ukhuwah itu terjalin untuk berkongsi dan meringankan beban? atau dalam erti kata mudah, sahabat yang ada adalah untuk diganggu dan disusahkan hidupnya. bukan untuk disakiti, tetapi demi sahabat itu sendiri.

begini maksudku,
seorang sahabat yang baik adalah seorang sahabat yang mengambil berat tentang sahabatnya. apabila seorang sahabat jatuh sakit, maka sahabat yang lain akan menjaga sahabat yang sakit itu. dan tindakan untuk menyembunyikan perkara sebenar serta melarikan diri hanya membuatkan sahabat itu lebih risau, bukan?

jika benar dia menyayangi sahabat itu, mengapa tidak dikongsi bersama derita dan beban di hati? bukankah seorang sahabat yang baik akan terasa gembira apabila seorang sahabat berkongsi masalah dengannya? bukankah seorang sahabat itu menyayangi sahabatnya itu lebih dari dirinya sendiri? dan bukankah rasa dihargai berjuta kali lebih baik daripada rasa disisihkan?

aku tidak merujuk kepada sesiapa. ada sesetengah tindakan yang diambil dirasakan betul. tapi hakikatnya, tindakan itu hanya memburukkan keadaan. aku tak boleh melemparkan kesalahan itu ke atas mana-mana pihak. bukan salah seorang sahabat kerana kasihnya. dan bukan salah si sakit kerana sayangnya. masing-masing punya alasan. masing-masing punya perasaan dan pertimbangan sendiri.

berbalik kepada kisah sahabatku tadi, lama-lama aku jadi geram. geram dengan sikap teman itu yang seakan tidak menghargai mereka yang menyayanginya. mahu saja aku bersua muka dengannya dan mengajukan satu soalan. yup! satu sahaja.

"kalau ditakdirkan hidup kau hanya tinggal sehari, dan kau sedar akan perkara itu, apa perkara yang paling kau nak buat? selain daripada bertaubat dan mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa, apa yang kau nak buat?"

aku hampir 80% yakin, kau nak habiskan masa kau dengan orang yang kau sayang bukan? sekurang-kurangnya kau nak mereka tahu yang kau sayangkan mereka, dan aku pasti, kemaafan itu akan dipinta. dan orang di sekeliling kau pula mahu menghabiskan masa-masa yang ada dengan penuh bermakna. mereka mahu kau gembira di saat-saat akhir. mereka mahu kau tenang, bahagia, gembira.

jadi mengapa larikan diri?
mengapa harus bersembunyi?
ingin saja aku berkata kepadanya, betapa dia bertuah mengetahui hakikat bahawa lilin hidupnya mungkin akan padam bila-bila masa. [ maaf! bukan niatku untuk mendoakannya tetapi itu hakikat... ]

mengapa?
sebab dia punya masa untuk merenung hidupnya hingga ke akar umbi. dia punya masa untuk menyatakan rasa kasih, sayang dan cintanya kepada yang di sekeliling. bayangkan, mereka yang pergi dengan mengejut. mereka tak punya masa untuk semua itu. malah orang yang menyayangi mereka pun turut sama terkilan. terkilan kerana tak punya masa untuk menghargai saat-saat yang ada. terkilan kerana tak punya masa untuk menyatakan rasa yang sama.

jadi, bukankah kau beruntung?
jika kau menjadi perhatian sahabatmu yang lain, itu bukan atas dasar simpati. tetapi itu adalah atas dasar kasih dan sayangnya mereka terhadap kau. dan sekiranya benar atas dasar simpati, bergembiralah. kerana ia akan mengajar mereka erti sebenar persahabatan. kelak mereka akan berterima kasih kepada mu kerana mengajar satu erti yang tinggi nilainya, tak dapat dibeli dan dipelajari hanya dalam kuliah.

benar, persoalan ini akan berlegar di fikiran kau.
mengapa baru sekarang mereka memberi perhatian?
mengapa tidak pada ketika kau sihat?
itu kerana pada waktu itu kau tak perlukan mereka. dan mereka merasa tak diperlukan. situasi kau sekarang memberi peluang untuk mereka berbakti kepada kau. mungkin kau tak merasa perlunya mereka disisi, tetapi percayalah! mereka akan menjadi sumber kekuatan dalam diri kau.

dan bagi sahabatku pula, terlanjur hati mengukir kasih kenapa tidak terjemahkannya kapada realiti? bukan maksudku untuk membenarkan apa yang tidak seharusnya, tapi hanya sebagai satu cara untuk menghargai apa yang ada di depan mata. menzahirkan apa yang batin tanpa melangkaui batas tak salah. dan benar zina hati pasti berlaku, tapi sekurang-kurangnya kau tak menyesal di kemudian hari. aku kira jika dipendamkan, hati kau lebih rancak memikirkannya.

ah... mudah sekali aku berkata-kata. aku cuba untuk meletakkan diri aku dalam situasi sahabatku yang sakit itu. benar, payah dan bukan senang untuk berdepan dengan sahabat lain dengan keadaan diri yang lemah. tetapi tindakan menyembunyikan diri juga tidak adil buat sahabat yang lain.

aku tak pasti apa tindakan ku, tapi aku yakin dengan satu perkara. aku mahu sahabat-sahabatku berkongsi apa sahaja dengan ku, terutama yang membebankan mereka bukan kerana aku sahabat mereka. tapi kerana kasih dan sayang aku kepada mereka.
tidak ada apa yang lebih menggembirakan aku selain daripada berkongsi beban mereka dan melihat mereka tersenyum kembali...

so, share your pain that you've suffered with your friends not because they are your best buddies. but because the love that they have for you.


p/s: PERHATIAN!!! aku sayang semua sahabatku. tapi ada 2 sahabat yang paling aku sayang!

---x---

Thursday, November 15, 2007

ONE EXTRAORDINARY NITE

salam...

malam ini 3 insiden berlaku;

1) perasaan yang tak dapat diduga...
perasaan apa? entah...aku sendiri tak dapat mentafsirnya. rasa tak sedap hati, sedih, semuanya bercampur baur. agaknya aku cuba untuk mencari alasan supaya berkongsi rasa dengan sahabat-sahabatku.

dan malangnya, mereka tak berkesempatan. tak mengapa, 2 sahabat ku tak "available", maka dengan itu, station aku berubah. alahai, kenapalah aku memilih dia... bila difikirkan semula, terasa lucu. keadaan ku pada waktu itu seperti seorang kanak-kanak. segan pula untuk bertemu muka dengan dia...

entah kenapa, aku tumpas pada ketika itu. walaubagaimanapun, terima kaseh kepada dia kerana sudi menjadi tempat ku mengadu. i'm better now... terima kasih sekali lagi! ~~ [ smiling happily... ]

--x--

2) serbuan seorang senior
serbuan seorang senior? [ tergelak ]. bunyi nya lucu bukan? aku sudah kehilangan kata. sedang aku tenggelam dalam irama dibuai melodi, tiba-tiba abang Hadi, senior di SHAMS pm melalui gtalk. ada 3 soalan. dan sesi temuramah yang tak formal pun berlaku...

soalan pertama ; kapel ker?
soalan kedua ; next sem ader join event per2?
soalan ketiga ; ader ponteng usrah?

bukan soalan cepu cemas, cepu emas, mahu pun cepu gangsa! cuma aku terkedu di pm secara tiba-tiba. terima kasih kerana mengambil berat, terima kasih di atas pelawaan itu. terima kasih di atas nasihat- nasihat mu. terima kasih! [ dalam diam, aku terkedu juga; ada tanggungjawab baru yang terpikul di bahu... ]

---x---

3) pengakuan berani mati
seorang lagi temanku menjadi mangsa emosi ku. maaf! maaf jika perbuatan ku menguris hati mu.. maaf sekiranya aku meletakkan dinding lutsinar antara kita. maaf, maaf dan maaf!

demi ALLAH, aku bersahabat denganmu. demi DIA juga, aku takkan berputus asa dengan mu. aku akan sentiasa berdoa moga-moga DIA menganugerahkan hati yang tenang dan bersih kepada mu. moga-moga pintu hatimu dibuka untuk menerima cahaya hidayah-Nya... amin...

---x---

ini la 3 insiden itu. biasa saja, namun cukup untuk meleraikan sedikit sebanyak kekusutan di hati ini. lega. entah mengapa, hatiku berbunga riang. ribut tanpa kilat sudah reda. kepada dia, terima kasih dan maaf sekali lagi kerana menjadi bidan terjun mendengar omelan ku...

"ya ALLAH, Kau kurniakanlah kepada mereka yang menyayangiku seperti saudaranya sendiri dengan keredhaan-Mu. bukakanlah hati mereka dan pandulah mereka ke jalan yang Kau redhai.

ringankanlah apa yang terbeban di hati mereka dan pandulah mereka ke arah ku sekiranya mereka terasa lelah agar dapat aku berkongsi sama. lindungilah mereka dari bala bencana-Mu, limpahilah mereka dengan rahmat-Mu dan pandulah aku ke arah mereka sekira aku berada di dalam rahmat-Mu agar mereka juga merasa manisnya nikmat-Mu.

janganlah Kau jauhkan mereka dari ku kerana aku memerlukan mereka tanpa ku sedar aku benar-benar memerlukan mereka. dan janganlah Kau hilangkan mereka dari pandanganku sewaktu aku memerlukan mereka kerana dengan itu Kau telah menarik rahmat-Mu yang terbesar dalam hidup ku.

kerana tanpa mereka, hidup ku lesu dan tak bermaya. dan tanpa mereka, aku kehilangan tiga per empat daripada hidup ku..."


p/s: happy for no reasons. don't ask why. sometimes it's better left to be wondered than to be discovered...

---x---

Friday, November 9, 2007

RIGHT HERE

salam...

I'll be right here where you need me
Anytime just keep believing
And I'll be right here...
If you ever need a friend
Someone to care and understand
I'll be right here

All you have to do is call my name
No matter how close or far away
Ask me once and I'll come running
And when I can't be with you dream me near
Keep me in your heart and I'll appear
All you gotta do is turn around
Close your eyes, look inside

I'm right here

Isn't it great that you know that
I'm ready to go wherever you're at
Anywhere, I'll be there

I'll be here
When you need me
No need to worry
You know that I'm gonna be right here

hannah montana


p/s: bacalah entry di bawah...