Tuesday, September 23, 2008

GANGSTER HUH...

ASSALAMUALAIKUM...

"eh,asal ko gangster sgt ni?"

how would you react if your friend ask you this question?

btw, this question is from a friend, while waiting for the atm machine. it was a bomb to be exact. but though, i tried to be cool. and i guessed it worked. she didn't relized it.

well, sorry girl. that moment i knew that she were not comfortable with my "new" attitude. it's just that with stuff happening around me made me insecure with the boys. and yeah, there's a bunch of boys behind me.

and somehow, i've become so fragile lately. feel like nobody understand me. maybe cause when i told people sometimes their joke hurts, instead of at least think about it, they make another joke. and trust me, i've reach the point when i'm tired with all of this.

but anyway, it will be one of the memories i'll remember in the next 10 years maybe? so i guess i need to bare it. this is a fate of the victim...hehe...

and as my teacher said;

"everybody knows how to talk, but do they take a moment and try to understand it?"

make sense right?


p/s: tied to the past. insecure. missing it.

---x---

Monday, August 18, 2008

EVER LASTING MEMORIES

ASSALAMUALAIKUM...

SENYUM!!!; feci2 MWO yang ceria2 blaker...huhu.eh2, fatoha pon ader?

Moment With Orphans sudah berakhir. penat tapi seronok.


dalam dua hari melayan kerenah anak2 warga Bait al-Amin dan Baitul Hikmah ni, aku sedaya upaya mengingatkan diri tentang zaman kanak2.waktu di mana kita tak perlu berfikir baik buruk sesuatu perkara. tak perlu risau tentang masa depan.

INDRA; from Bait al-Amin, seorang yang sgt la nakal.letih jager dak ni...btw,credit tu IRA.she took dis pic.nice shot!

waktu di mana kita tak pernah berfikir untuk menyelesaikan masalah yang datang. tak perlu berfikiran matang dan hanya bergelak ketawa.
indah sekali.

AISHAH; from Baitul Hikmah, seorang yang pendiam.gambar ni pon IRA yang amik.huhu~~

seronoknya kalau dapat mengembara ke waktu silam. kan???


p/s: banyak kejer seiyh....haishk~~~

p/s: convo da dekat.ujung mggu ni jer.nk kener push ovr my limit nieyh.gambate neeeeeeeees!!!

---x---

Thursday, August 14, 2008

SWEET TIME

ASSALAMUALAIKUM...

"sumer org ske kalu ader org care kat dier..."

betul. hakikat yang sangat betul. terutama kepada kaum2 hawa. namun kadang2 perasaan mengaburi hakikat dan mencipta satu penipuan.

aku mengaku aku masih terumbang ambing. dan dalam masa yang sama, aku bersyukur kerana punya tempat berpaut. aku temui mereka yang sudi menggali lubang bersama. sudi mencari penyelesaian tanpa dipinta.

terima kasih. aku menghargainya. dengannya aku kumpul kekuatan, sembuhkan luka di hati.

MENCARI KEKUATAN; i need HIM, the one and only. thank you so much for giving me companions like no others.

hidup kita takkan berakhir dengan hanya satu peristiwa. bahkan dengan peristiwa itu, hidup kita berkembang dan terus berkembang menjadi satu rangkaian peristiwa yang kompleks.

sama ada untuk menerima atau tidak, terpulang kepada kita. sebaik mana reaksi kita terhadap peristiwa itu juga bergantung kepada kuatnya hati. yang penting, sayangi diri.

aku sedar hakikat itu. dan aku takkan sekali2 mengkhianati diri sendiri. teman2, sahabat2, dan rakan2, usah risau. aku sedang bangkit. terima kasih kepada yang hadir.

dan atas keprihatinannya, luka semakin terubat. terima kasih!


p/s: needed time. tq for being there, letting me know i have a place to go when my day was cloudy. i'm going to take my sweet time.wait for me, please!!!

p/s: makan dalam seiyh...hmmm~~


---x---

Sunday, July 27, 2008

THOSE WORDS...

ASSALAMUALAIKUM...

hmmm...susah nak luahkan segala2nya pada seseorang. walaupun aku tahu, keadaan aku makin tenat. tapi aku tak berupaya.

mungkin itu punca utama aku seperti tak berperasaan. macam kata2 teman ku, "ko tu tader perasaan", "eh, tak cayer lak. ko da ader prasaan balik". aduh... bom dah turun.

aku tak pernah terasa dengan kata2 guraun mereka. cuma kadang2 kata2 mereka buat aku berfikir sejenak. kadang2 aku terluka, tapi aku buat tak hirau. aku tanam jauh2 moga tak kelihatan.

namun kebelakangan ini, aku terganggu. tiba2 aku kecik hati dengan kata2 mereka. aku tak kisah dengan apa yang mereka kata. cuma kata2 itu kadang2 berbunyi realiti. membuat aku rasa aku seorang yang teruk.

pun begitu, aku hanya mampu tersenyum. tak mengapalah. memori ini juga yang akan aku kenang. tapi ingat, itu tak bermakna mereka boleh berkata2 sesuka hati. setiap orang punya perasaan. persepsi mereka takkan sama.

dan untuk itu, respect them for who they are.


p/s: letih dibuli. dok kener buli jer..kadang2 sdey gak.hmmm...

---x---

Saturday, July 12, 2008

IT'S YOUR CHOICE

ASSALAMUALAIKUM...

bukan senangkan nak maafkan orang? terutama bila kita berharap setinggi gunung dan kemudian jawapan yang kita terima sangat menghampakan. aku tahu, rasanya sakit.

macam2 berlaku semesta lepas. aku bertemu dengan seseorang, bergembira, berkawan, bekerja, bergaduh, macam2. yang gembira itu jadi kenangan, dan yang pahit aku simpan jadi pedoman.

terus terang aku katakan, sekarang aku ada "perang" dengan seseorang. seseorang yang dulunya pernah menjadi teman rapatku, tempat aku mencari teman gelak ketawa bilamana aku kebosanan. mengapa ber"perang" ? huhu.. biarlah rahsia. hehe

aku mahu kata putus. mengapa dia dingin dan mengapa semakin jauh. tapi aku letih mencari jalan untuk mencari jawapan itu. maaf! aku putus asa dalam mencari tali yang terlepas dari tanganku.

mungkin penyelesaian yang aku ambil adalah yang paling tak rasional, tapi itu keputusanku. sukar untuk mencari kata kemaafan dalam hati ini. tapi dalam waktu itu, aku pelajari sesuatu.

seorang teman pernah berkata "kau tak boleh hidup dalam masa lampau". aku cuba lepaskan, tapi kenangan itulah yang menemani aku.

semudah penyelesaian ialah melepaskannya pergi. dan aku belajar untuk melepaskan segala2nya. memulakan setiap hari dengan semangat baru. sukar untuk melupakan segala2nya, tapi sekurang2nya aku berusaha.

aku tahu, mungkin teman ku ini akan membaca coretan ini. maaf jika aku yang bersalah. maaf kiranya aku ada menyakitkan hatimu.

aku faham kadang2 sukar untuk memaafkan seseorang. tapi sebenarnya, TIDAK adalah ego kita yang berkata2. selagi kita simpan dendam dan tak maafkan sesuatu kesilapan, kita sendiri yang akan terbelenggu dengan perkara tu. so, open your window and set yourself free. it's time to fly.


p/s: still, it hurts when the memories play

---x---

Friday, July 11, 2008

4A2, ONCE UPON A TIME...

ASSALAMUALAIKUM.....

Photobucket
4A2; once upon a time...

tengah2 bukak photobucket, tiba2 mata berkacamata ni terpandang poster ni. hasil kerja kira2 3 tahun yang lalu.saja2 nak share dengan korang. teringat pulak kat diorang. masa bersama, suka dan duka.huhu...


p/s: nk camera gak...huhu~~

---x---

Wednesday, July 2, 2008

ROCK N ROLL

ASSALAMUALAIKUM...

"semua lagu dier lagu sakit kepala..."

amboi... seronok benar akak ni mengomen koleksi lagu2 aku. benar, sesetengahnya dalam kategori rock dan mungkin juga metal. tapi aku punya alasan sendiri.

barangkali bagi sesetengah mereka beranggapan musik metal ini hanya akan merosakkan peribadi anak2 muda. yang aku maksudkan bukan BLACK METAL, tapi metal. lagu berunsurkan rock tapi lebih keras.

lagu2 nyanyian nightwish semestinya berunsurkan metal. tapi alunan lagu nya tak sekeras lagu metal yang biasa kita dengar. lagu fireflight bertajuk unbreakable sebenarnya punya nilai tersendiri. bukan lagu metal semata2. ader bisikan semangat terselit dalam lagu ini.

secara peribadinya, lagu2 metal ini memang berunsurkan emosi2 negatif. marah, dendam, kecewa, tekanan dan berbagai lagi. bagi aku, emosi negatif ini dapat disalurkan melalui lagu2 metal ini. mungkin juga mampu mengurangkan tekanan.

benar, ini hanya pandangan ku. tapi mereka yang tidak mendengar akan sentiasa menilai dengan pandangan mereka. nilai lagu bukan hanya pada nadanya, malah juga pada liriknya...


p/s: musik bukan sekadar musik.dengannya aku mencari semangat dan meluahkan perasaan...

p/s: now i know, i'm just another girl next door. but the thing is, it's sad because i get to know the truth from other person. coward...huh

---x---

Saturday, June 28, 2008

DATANG DAN PERGI...

ASSALAMUALAIKUM...

seorang teman pernah berkata "plik...camner ko ley rapat ngan aku walaupon kiter ni baru je knl". terkejut bila diaju soklan demikian...

seorang senior pula berkata "kawan datang dan pergi...". marah pada mulanya. bila dijelaskan, "kalau diorg perlukan akak, akak ok jer" baru aku memahami. aku menghormati pendiriannya.

memang benar, teman datang dan pergi. tak mudah mencari teman yang sanggup bersama dalam naik dan turun hidup. bukan senang mencari yang setia. yang ada mungkin akan pergi, dan yang akan datang mungkin tak serasi.

meskipun aku baru mahu mengenal dunia, aku telah merasai hilang dan adanya seorang teman rapat. aku tidak meminta lebih, tetapi hampa itu tetap ada.

tapi indahnya perasaan itu bila kita belajar menghargai setiap yang ada. menjaga dan sentiasa sedia untuk mereka. gembira bila bersama, rindu bila lama tak ketemu.

untuk setiap yang hadir dalam hidup ku,
aku akan belajar untuk menghargai...


p/s: status ym mmg khusus untuk mengemokan diri sndri..hehe..maaf yer

p/s: S.O.S

---x---

Sunday, June 15, 2008

...TENANG...

ASSALAMUALAIKUM...

TENANG; meaningless to others maybe, but i like. somehow it gives me a piece of mind,KETENANGAN ...


p/s: been searching for it...

---x---

"HOMESICK"

ASSALAMUALAIKUM...

pagi tadi aku selamat sampai di utp. buat kali pertama, kakiku terasa sungguh berat untuk melangkah keluar rumah. mungkin "home sweet home" makin melekat.

satu ketika dahulu, aku tak pernah kenal dengan perasaan "homesick". dan kerana itu, kadang2 aku mengambil temeh perkara itu bilamana ada yang lelaki homesick. maaf, bukan niatku untuk mentertawakan anda.

teman ku pernah berkata, "orang homesick bukan bermakna die lemah". benar, itu benar. sesungguhnya kini aku lebih memahami. peristiwa dulu mengubah persepsi aku.

aku tak pernah beranggapan mereka yg homesick lemah, cuma anggapan pertama aku mereka manja. dan sekarang? aku merasakan bahawa homesick itu indah. kerana ia menyingkap perasaan sayangkan keluarga. bukankah begitu?

sayang seribu kali sayang. lewat aku memahami perasaan itu. mengenal erti sayang dan belajar menghargai apa yang ada. aku menyayangi mereka...

tapi sebelum itu, izinkan aku belajar untuk menyayangi diri sendiri...


p/s: gloomy huh?sori r. i'm a moody girl...

p/s: epi bufday kat rahman a.k.a. domen.huhu...sengal la ko tak bls msj aku. ponat eden tggu kol 12 tau!


---x---