Saturday, January 29, 2011

you're your worst enemy. when you get tried to get on your feet, remember that you deserve to own your life. you'll decide what you'll get in the end.

Assalamualaikum...

eight days to live. 127 hours. the bucket list. conviction

muvi2 kat atas ni sumer adalah cerita tentang hidup. looking for the meaning in life and don't give up.

life is not just as it. susah nak terangkan macam mana hidup ni bukan sekadar hidup. mungkin orang yang tak pernah rase kosongnya hati tak akan faham orang yang sentiasa mencari. dan yang dicari tu bukan sesuatu yang pasti. macam angin. kewujudannya boleh dirasa tapi tak berupa. kehadirannya kadang2 menyamankan, kadang2 membawa bencana.

eight days to live dan 127 hours. jangan putus asa walau apa pun yang jadi. terperangkap sorang diri. kagum dengan semangat hidup yang ada. "don't ever give up on your family, your friends. most importantly, don't give up on yourself", Joe Spring.

the bucket list. mencari makna hidup dengan sisa hidup yang ada. tentang 2 pesakit barah yang tak pernah kenal sesama sendiri tapi jadi sahabat baik sebelum mati. "i hope it doens't sound selfish of me but the last months of his life were the best months of mine.", Edward Perriman Cole. "even now, i can't claim to understand the measure of a life. but i can tell you this: i know that when he died, his eyes were closed and his heart was opened.", Carter Chambers.

conviction. keep on believing and fight for the justice. betty anne sacrificed her life, went into law school, became an attorney just to help her innocent brother. how she kept on believing that her brother was wrongly convicted is something amazing.

oh, eight days to live, conviction dan 127 hours berdasarkan kisah benar. which makes it even more amazing.

faith, sacrifice and never give up. easy said than done right?

if you were on their shoes and you're breaking down, just remember. don't give up on yourself. don't give up on the people you love and the people who love you. simply because they don't deserve that. and so do you. if you die, you'll die trying.


p/s: need to take control of my life. i deserve that.

Wednesday, January 26, 2011

percaya atau tidak, itu hak masing-masing. yang penting, teruskan dan jangan salahkan sesiapa untuk sesuatu yang tak pasti.

Assalamualaikum...

5oo days of summer. pernah dengar? kalau pernah bagus. kalau tak, sila tanya encik gugel. hehe

bak kata penceritanya, it's not about a love story. it's a story about a girl and a boy. haha. cerita pasal seorang lelaki (Tom) yang percayakan cinta pandang pertama bertemu dengan seorang wanita (Summer) yang tak percayakan cinta pandang pertama. haaaa. apa jadi lepas tu? tengok sendiri. ahaks!

oh, ada beberapa quote yang aku suka dari muvi ni.

“21 years, she’s the light that guides me home. Yes, that is one of our cards... No, someone else wrote it. Doesn’t make it less true”

“I think technically the girl of my dream would probably have like a really bodacious rack, you know. Maybe different hair. Probably should be a little more on to sports but truthfully, Robin’s better than the girl of my dream. She’s real.”

bagi aku, quote ni sweet. dan tak salah kalau aku cakap, kalau gf/wife diorang dengar, cair punya lah. tapi ayat2 tu biasa aje kan? perlu ke nak buat ayat cantik, ada iramalah apalah, ishk macam nak bersastera pulakkan.

nope, it doesn't have to be. yang penting, it comes from your heart, full of love and sincerity. betul?


and right before the movie ended, this is what Summer said to Tom.

“I was sitting in the Deli and reading Dorian Gray and a guy came up to me, asked me about it and now he’s my husband. So what if i’ve gone to the movies? What if I had gone somewhere else for lunch? What if I got there 10 minutes later? It was meant to be. And I just kept thinking, Tom was right. It just wasn’t me that you were right about.”

i guess what i'm trying to say is there's no right or wrong in love. if you believe in love, keep on believing. nobody can prove you wrong. and if you don't, don't tell the others not to believe the same way you do because it's not yours to decide. when the time comes, you'll know.

oh, do i trust love?

its hard to say.


p/s: first day lecture pon dah kene buat keje. baru ingat nak rileks2....hmmm

Thursday, January 20, 2011

tanpa kata selamat, tanpa bukti fizikal. yang dibawa adalah tanda tanya. dan yang diyakinkan sentiasa di bawah paras minima.

Assalamualaikum...

rehat seminggu lepas habis intern. Alhamdulillah, final report pun dah setel. tinggal nak dibukukan dengan hard cover aje.

perasaan habis intern? kalau beberape bulan yang lepas, mestilah jawapan aku sangat seronok! tapi sekarang lain pulak jadinya. sedih? gembira? entah, aku pun tak tahu.

tapi yang pasti, intern aku memang penuh cabaran. bukan aku sorang, ada jugak yang lain. dan bukan semua enjoy internkan? ada yang seronok tanak habis intern. ada yang tak sabar nak habis intern. dan ramai yang lega lepas final presentation.

malangnya, aku tak ada apa-apa perasaan. gembira ke, sedih ke, marah ke...

kalau cakap pasal intern mesti ingat kat 3 perkara. sv, rumah sewa dan family. intern, intern... pelik betullah. apa dah jadi dengan intern aku sebenarnya?

bila kat rumah ni, rasa lapang sikit. sebab yang buat tertanya ada depan mata. kalau nak tolong senang. ada masalah ke apa ke. puas hati sebab boleh masuk campur. kalau tak mengelamun sampai ke UK pun tak sudah.

esok malam naik bas ke KL. esoknya tengah hari pergi UTP insyaAllah. bila fikir-fikir, aku dan mak aku ada persamaan, yerlah kata anak beranak. kadang-kadang kitorang tak ada jalan untuk selesaikan masalah depan mata. tapi teruskan aje. sebab nanti, mesti ada jalan untuk setiap masalah. kita cuma perlu bersabar dan teruskan perjalanan.

teringat time pergi jakarta sengsorang. dalam hati, takut teramat! pergi duta indonesia kat KL pun dah cuak semacam, inikan tempat orang. dah la first time. jujurnya, aku takut yang teramat. tuhan je lah yang tahu betapa cuaknya hati aku. tapi buat-buat berani depan orang terutamanya mak sendiri sebab tanak dia risau. banyak benda aku tak tahu nak buat, nak pergi mana.

but i convinced myself, " i'll make it. i'll be ok. i'll find my way. "

and i'll keep doing that at least until i know i'm home.


p/s: 500gb of extra memory and 6 fererro rocher. i'll hold it close. tnx :)

Friday, January 14, 2011

CUACA FORD [week 32,day 5] hari terakhir update blog sebagai trainee di cuaca ford ^____^

Assalamualikum...

huh, lame dah tak update. tup tup dah nak habih intern.

latest activities? melancong ke i-city dan hiking gunung nuang. hehe. last weekend, bersama syakir, acap ngan tuya dengan pimpinan adik syakir yang otai gunung, syam. hehe.

okeh, malam sabtu bergerak ke KL Sentral dan terus ke Shah Alam. yang tak best kene jadi penunggu setia selama setengah jam tanpa khabar berita. ishk3... lepas tu jemput acap dan terus ke i-city. dah nampak semua lampu2 tu mula dah excited. tak sabar nak round satu i-city sambil shoot gambar. hehe

tengah2 round tu sempat jugak jenguk game yang ada macam kat fun fair tu. tuah acap agaknya, dapat pancing itik dan dapat lah seekor ayam. haha. kitorang yang lain ni memang menghabiskan duit. dah puas round i-city isi perut kat mcd pulak. lama tak jamah mcd nih. mengidam agaknya kot...

esoknya, bangun dalam pukul 6.50 pagi bersiap dengan cepat dan bungkus segala makanan dan pakaian dan terus bergerak menjemput encik sapek al-tantuya. eh, tuya jer kot. haha. dan teruslah menuju ke destinasi GUNUNG NUANG!!!!

perjalanan naik atas sepatutnya ambil masa dalam 2 jam 3o minit untuk pro2 hiker. macam adik syakir kita tulah yer. tapi dengan bangganya kitorang sampai kurang dari 2 jam di destinasi. hehe. dah la tak prepare apa2 untuk hike, kasut pun kasut pinjam. naik bukan main penat nak angkat kaki. tapi sampai lagi awal dari yang dijangka. wah!!!! kami hebat! haha

dah sampai kat tempat air terjun, rasa tak sabar nak berendam. air terjun yang sangat sejuk! rendam kaki 5 minit pun kaki dah rasa beku. huhu. tapi best. sebab dapat shoot gambar dengan banyak! weeee~~~~ :)

lunch? nasi putih dengan kari! haha. tulah bekalan makanan yang di bawak skali naik atas. siap dengan beberapa ketul ayam goreng dan ikan masin. hehe. tengah best layan nasi tiba2 ada beberapa rama2 atau kupu2 terbang jenguk kitorang berkelah. cantik pulak tu. kecewa sebab tak dapat nak snap gambar kupu2 tu. haih... xde rezki la agaknya.

dah habis makan, kemas barang dan sambung berendam. tadi berendam separuh badan jer sebab khusyuk ambil gambar. tudung tak basah, kepala tak rasa lagi sejuk air terjun gunung nuang. so lepas makan, terus berendam sampai la balik.

otw turun tu pulak jumpa abang2 dari putrajaya. dari kementerian pengajian tinggi yer bang? hehe, agaknya lah. ada enam orang semuanya. tapi tak tanya pulak nama diorang. takpe lah, janji muka femes dapat keluar blog kan? haha. takpe, takde hal bro. bisa di atur!

dah ready nak gerak ke kolam air panas, lambailah kat abang2 tu dengan penuh semangat bahawa itu adalah kali terakhir untuk jumpa diorang. tapi rupanya2 kitorang dinner di tempat yang sama. huhu. so sebelum bergerak balik sempatlah snap gambar diorang untuk kali terakhir. dan conferm tu kali terakhir kami berjumpa. kalau panjang jodoh, jumpe lagi kan? ;)

lepas tu cepat2 pergi usha tiket balik acap. nak balik kuantan malam tu jugak. dapatlah tiket pukul 11.00 malam. sementara tunggu waktu berlepas acap, aktiviti seterusnya ialah karok! hehe. tapi agak keciwa sebab karok lagu the climb dengan keadaan sakit tekak. tak dapat tarik macam biasa. haha

splendid weekend! tapi lepas tu penat teramat sangat dan kaki mula lah rasa sakit. jalan pun macam orang cacat. kata makcik tu "macam orang tua dah". haha. biar tua di angka tapi muda di hati. :)

berharap untuk another opportunity untuk hiking. dan untuk menghabiskan masa dengan gembira!

gambar-gambar terlalu besar untuk dimasukkan sekali dengan post ni. usha di photobucket yerk! tq!


p/s: oh, hari terakhir untuk intern. gembira dan sedih. huhu

Thursday, December 9, 2010

CUACA FORD [week 27, day 4] bunga bukan sekadar bunga. ada banyak jenis bunga. yang busuk ada, yang wangi pun ada. tapi semua ada peminat tersendiri.

Assalamualaikum...

yang hawa itu dijadikan dari tulang rusuk si adam. bukan dari kepala sebagai atasan, bukan dari kaki sebagai alasan. asalnya dekat dihati untuk dikasihi, di antara siku tajam untuk dilindungi bukan untuk dikasari.

betul, Allah jadikan kita berpasangan. yang laki-laki ada perempuan. yang malam ada siang. dalam manis ada pahit. dan hawa itu adalah belahan jiwa adam, maka suami isteri adalah satu.

kadang-kadang yang bunga itu lagi tegar daripada kumbang. maknanya yang si bunga macam kumbang, si kumbang pulak macam bunga. terbalik. yang merajuk mintak dipujuk dan minta putus si kumbang. bukan bunga. yang cerewet dan banyak songeh kumbang, bukan bunga. eh, dunia dah terbalik ke? bukan dunia, tapi ainud.

mungkin kerana kumbang adalah kumbang, disangka lebih kuat dari bunga. mampu terbang tinggi dan hinggap ke bunga-bunga lain. si bunga pulak kekal di situ. tak mampu bergerak, cuma boleh menghayun mengikut rentak angin.

oh, si kumbang mungkin lupa diri. selemah-lemah bunga masih mampu berdiri biar panas terik. kekal di situ kerana dia tahu dia seorang yang setia. hatinya mampu menjadi sekuat batu mengharungi dugaan yang maha berat meski badannya lemah longlai lembut menyapa angin.

tapi bunga kadang-kadang terlebih campuran emosi. kadang-kadang terlebih cemburu, kadang-kadang sedih, kadang-kadang marah. kalau bukan kerana kumbang yang sabar, dah lama cari bunga baru. kan? percayalah, kalau bukan kumbang itu istimewa, si bunga takkan senang-senang emosi bila kumbang ada.

yang lemah bukan selemah yang disangka. yang kuat bukan sekuat yang disangka. jangan dijangka air yang tenang tak ada buaya. jangan sangka gunung tak berisi tak akan meletup.

bunga bukan sekadar bunga. bunga itu akan kembang lebih mekar bila rasa dihinggap kumbang. menjadi lebih kuat bila si kumbang itu patah sayapnya. tak pernah berkira kalau si kumbang penat terbang datang berteduh dari terik matahari. takkan marah kalau si kumbang tunjuk tanduk rasa marah. takkan melatah kalau kumbang itu terbang bermain dengan bunga lain seketika, kerana dia akan sentiasa cuba untuk memahami beban di atas sayap nipis kumbang itu.

bunga yang ikhlas dari hatinya takkan mensia-siakan kumbang, cuba menghargai setiap yang dilakukan kumbang. tapi, bunga itu akan layu. logiknya kalau tak ada air, tak dapat cahaya matahari.

tapi layu bunga itu adalah tanda hancurnya sekeping hati. hati yang penat memberi tapi tak pernah menerima. hati yang selalu menenangkan tapi tak pernah ditenangkan. yang diharapkan hanya satu. penghargaan kewujudannya di sisi kumbang. hanya satu tapi tak pernah dikunjung tiba. tinggi sangat ke permintaan itu?

kumbang oh kumbang, tingginya ego si kumbang di tempat yang salah. mungkin juga harga ego itu lebih tinggi dari ikhlas si bunga. mungkin si bunga yang buta melihat ego...

asalnya hawa dekat dihati untuk dikasihi, di antara siku tajam untuk dilindungi dan bukan untuk dikasari.


p/s: kalau rase tak sedap bg tau. jangan duk senyap2 lari. benci!

p/s: kawan2, kiter kawan kan?!?!?! :)

Sunday, November 21, 2010

CUACA FORD [week 24, day 7] main2 air di Gambang, borong air laut di Paka!

Assalamualaikum...

minggu lepas sempat menjejakkan kaki ke Gambang Water Park. its girls' time!

Gambang Water Park; dari jauh nampak ikan pirana nganga tadah air. haha

bertolak pagi kira pukul 9.45 ke Gambang. exit Maran dan terus ikut signboard ke Gambang Water Park. water park terbesar dengar kata. boleh lah, besar la jugak. terbesar kat mana? huhu. lupa dah. sila guna bantuan En Gugel. hehe...

seronok main air. walaupun hujan renyai2. huhu. ada 6 jenis slide. semua kitorang naik. best! yang ala2 racing tu paling best! rasa macam terbang. haha. udah la tinggi slidenya. sebelum tu kene daki tangga tinggi. penat naik tinggi tapi turun slide tak sampai 60 saat. somehow it's worth it. yang penting enjoy!

lepas tu pergi kat kawasan ombak. huh, penat nak tarik pelampung ke bahagian tengah. ombak pulak besar2. sesak dengan ramai orang lagi. bila dah sampai tengah cepat2 naik pelampung. tempat paling dalam 1.5 meter. tapi biasalah, orang pendek la katakan. 1.2 meter pon dah gelabah. haha

muka ceria lepas main air. hehe

dah habis main air, aku pergi makan. steamboat siap! dah kenyang2, pergi jenguk kakak aku kat Beserah. main2 dengan anak buah kejap, terus cabut ke Mesra Mall. tujuan? Karok!!!!! haha. semua pun main jerit sesuka hati. lepaskan tension. yeah~~~

makan steamboat kat johnys!!!

balik rumah, tidur! penat seharian berjalan. :)

Syima, Ai dan Ima dengan tabah pergi kerja esok paginya. tengah hari tu pergi Mesra Mall lunch di Secret Receipy. lepas tu Ai dan Ima terus masuk kerja. komited laa katakan. hehe. kitorang yang lain pergi rumah kakak ipar aku jap. saja menjenguk. dah lama tak jumpa. nak tunggu lain kali macam susah pulak. so ambillah kesempatan yang ada tu...

next destination? pantai Paka! tujuan? borong air pantai untuk cik Nela dan Uyun buat eksperimen. jauh kot import ait laut dari Paka. haha. aku dan Uyun sempat la main air laut kejap sebab nak ambil air laut tu. yang lain jadi manager, tengok lulus tak hasil kerja kitorang sambil ambil gambar. hehe

hasil borongan air laut. ;P

dah puas hati dengan bekalan air laut, terus balik. sampai dalam pukul 9 kot. esoknya nak kene pergi kerja. malas betul!

wiken ni? oh, berehat goyang kaki di rumah. edit gambar minggu2 lepas dan upload kat photobucket. hehe

dah2. balik sume! esok nak keje...

next activity? entah la...

just wait and see... :)


p/s: same cm dulu?

Tuesday, November 16, 2010

CUACA FORD [week 24, day 2] y = mx + c; y = gila, m = solo2 di rumah semasa public holiday, x = takde aktiviti nak buat, c = bosan yang amat.

Assalamualaikum...

esok raya haji. KL cuti sehari je. selamat hari raya korban ye rakan2...

rumet da balik johor. housemate nanti nak balik Ampang. sorang lagi lah minggu ni. cuti deepavali pun sama. adui... bosan lah macam ni duk rumah sorang2...

duk ofis pun bosan. nasib baik ada kak Aida, boleh teman dia dan main2 dengan dia. kalau boleh jadik macam kartun bawah ni pun ok jugak.


hidup rasa makin bosan. cepatlah habis intern ni. lagi 2 bulan. cepatlah! nak balik rumah tolong paper yang patut. tanak fikir pasal benda2 lain. nak hidup dengan tenang. tanak terlibat dengan konflik luaran mahupun dalaman.

huh, bosan dan teramat bosan. mungkin aku jer yang bosan? kecewa tak dapat balik rumah. tak ada rezeki agaknya. cepatlah intern cepat habis. nak balik rumah jugak macam orang lain jenguk parents diorang. lalala~~~



and uh, i'm losing my head over everything. dah lama tak gila nih. haha


p/s: tidor sepanjang hari esok?

Friday, November 12, 2010

CUACA FORD [week 23, day 4] bunga dan kumbang, siang dan malam, cantik dan hodoh!

Assalamualaikum...

siapa dan apa? mengapa dan bagaimana? bila dan di mana? tanya diri sendiri dan tak pernah berjawab. mungkin sudah untuk yang berpunya. mungkin juga belum walaupun sudah berpunya. kenapa dan mengapa? tepuk dada tanya selera.

subjek yang sangat subjektif. yakin tapi akhirnya terputus. tapi bukan semua. ada yang "happy ending". ada juga "happy ending" gaya Avril Lavinge. tapi soalnya kenapa kita perlukannya? kenapa kita mencari bila yang pasti ada di depan mata? buta ker? buta hati? hati dah mati, kosong?

tamak mungkin. sunyi pun mungkin. mungkin jugak dua-duanya sekali. yang ada kadang kala masih mencari. yang tak ada pusing kepala, ligat lagi mencari. yang dah jumpa senyum lebar, takkan lepas sampai bila-bila. kadang-kadang yang dah ada malas nak jaga. tercicir kat tengah jalan. bila dah hilang meraba-raba cari kat mana tercicir. meraung sedih merayu nak balik. tapi ada jugak yang lega. mungkin jugak satu beban sebab itu bukan kemahuan sendiri.

kadang kala bila ada rasa terikat. terkongkong, tak dapat nak apa-apa.

yang dah ada tu ada sebab tak kuat ke? habis tu yang tak ada kuat sangat? tak jugak. habis tu yang kuat tu takkan ada ke? tapi yang kuat tuh kuat sangat ke? ke pura-pura kuat? atau yang lemah pura-pura lemah tapi sebenarnya kuat?

ada yang gembira dan lebih gembira bila sendiri. ada yang gembira dan lebih gembira bila ada. ada yang sedih dan lebih sedih bila sendiri. ada yang sedih dan lebih sedih bila ada. ada yang keliru dengan apa yang ada dan apa yang tidak.

yang kumbang tu ada bunga
yang siang tu ada malam
yang pendek ada panjang
yang cantik ada hodoh
yang perempuan ada laki-laki

sudah dijadikan begitu. takkan lari ke mana kalau ditolak atau disimpan erat. kalau sudah jodoh, terlerai pun takkan lepas.

cinta hakiki jugak jangan lupa!


p/s: malas nak pikir, malas nak layan!

Thursday, November 4, 2010

CUACA FORD [week 22, day 4]

Assalamualaikum...

semalam dapat berita, intern July 2010 dah dipendekkan kepada 14 Disember yang asalnya 14 Januari. first time dengar rasa sangat gembira tapi lepas tu dapat tahu dari SIIU yang itu silap taip. ok, frust kejap.

hmmm... semalam juga antara hari2 yang tak best.
semalam rasa kecewa menggunung.
semalam rasa pedih yang tak tertanggung.
semalam puncak segala rasa keliru.
semalam juga mahu berhenti dan pulang ke sarang.
semalam aku tewas.

yep, setiap yang berdiri akan baring. yang berlari akan merangkak, yang kuat akan lemah, yang hidup pasti mati. dan semalam adalah hari aku jatuh. oh, aku dah lama jatuh. tapi semalam sampai ke dasar, akhirnya.

kalau nak cakap betul2, aku memang dah tawar hati nak teruskan intern. aku tak tipu! tak tahu mana semangat aku hilang. putus harapan. mungkin sebab aku penat menjadi dewasa, penat bila fikir pasal masalah2 yang tak pernah berhenti menyapa. penat genggam segala tak lepas. penat kemam tapi tak kunyah. bagi aku, pendam sendiri lagi senang dari bercerita. itu lah masalah aku.

tapi semalam hari aku lepas semua. aku terjah member dan cerita apa berlaku. terima kasih sebab aku dah curi masa korang. dapat kata semangat. walaupun yang aku cerita tu tak sampai separuh, tapi aku lega. lega sebab aku dapat bagi tahu rasa kecewa aku. bukan senang untuk aku luah tapi sebab dah tak tahan, korang2 lah jadi mangsa. :P

dah beberapa bulan aku rasa macam dah tak kenal diri sendiri. aku rasa aku bukan aku. rasa macam dah lupa siapa aku dan macam mana gaya aku. macam amnesia pun ada. haha. tapi dengan bangganya sekarang aku dah recover dari sakit hati. :) it's time to get back up.

oh, semalam jugak aku rasa tenang.
semalam aku termenung tanpa beban.
semalam bahu rasa ringan.
semalam otak pun jelas.

dan hari ni aku kembali bernafas dan senyum riang.
oh, hati rasa riang!


p/s: tak sabar nak g derma darah. hopefully lepaslah kali... hehe

p/s: if i knew i have that friends, i would have convince myself i dont need anything else. :)

Monday, November 1, 2010

CUACA FORD [week 22, day 1]

Assalamualaikum...

pernah tengok ANTM? America's Next Top Model. ala, yang si Tyra Banks punya realiti show tu...

haaaa. perasan tak kalau setiap season tu mesti ada episod yang modelnya hilang semangat nak terus stay kat situ? ada kan? paling senang nak observe bila model tu tanak berusaha walaupun keputusan akhir tak semestinya dia kalah. mengaku kalah sebelum mula bertanding. macam tu lah lebih kurang.

kadang2 kita pun akan berada di tempat yang sama. bukan bermaksud mahu mengaku kalah atau berputus asa, apatah lagi melepaskan cita impian. mungkin mereka hilang semangat, hilang tujuan hidup dan motivasi maka tidak ada sebab untuk mereka berusaha lebih kerana itu tidak memberi kepuasan. mungkin mereka telah berubah menjadi seperti anak2 patung, jasad di situ tetapi segala perilaku diatur oleh orang lain. tidak mampu dan tidak akan bergerak.

bila hilang motivasi nak hidup pun susah. yang di mata hanya negatif, buta dengan yang baik dan celik dengan yang buruk. hilang tujuan dan hanyut ikut arus. mungkin tiba di satu saat semua di depan mata hilang nilainya, dan hati sudah keliru apa itu rasa gembira atau sedih, marah atau kecewa. bila hati kelu dan kaku maka tidak ada lagi semangat untuk meneruskan langkah.

mungkin mudah untuk kita menghakimi mereka kerana tidak pernah berada di berada tempat itu. mungkin juga kita yang tertipu dengan akal waras menidakkan kaku hati.

mungkin kita yang terleka dengan keceriaan yang menutup gersang hati.

mungkin kita yang terbeban dengan berat tanggungjawab yang meringankan sakit hati.

mungkin segala-galanya mungkin.

mungkin juga tidak.

mungkin...

mungkinkah aku yang berada di situ?


p/s: need to stop. need a grip. need a rest.