Thursday, December 9, 2010

CUACA FORD [week 27, day 4] bunga bukan sekadar bunga. ada banyak jenis bunga. yang busuk ada, yang wangi pun ada. tapi semua ada peminat tersendiri.

Assalamualaikum...

yang hawa itu dijadikan dari tulang rusuk si adam. bukan dari kepala sebagai atasan, bukan dari kaki sebagai alasan. asalnya dekat dihati untuk dikasihi, di antara siku tajam untuk dilindungi bukan untuk dikasari.

betul, Allah jadikan kita berpasangan. yang laki-laki ada perempuan. yang malam ada siang. dalam manis ada pahit. dan hawa itu adalah belahan jiwa adam, maka suami isteri adalah satu.

kadang-kadang yang bunga itu lagi tegar daripada kumbang. maknanya yang si bunga macam kumbang, si kumbang pulak macam bunga. terbalik. yang merajuk mintak dipujuk dan minta putus si kumbang. bukan bunga. yang cerewet dan banyak songeh kumbang, bukan bunga. eh, dunia dah terbalik ke? bukan dunia, tapi ainud.

mungkin kerana kumbang adalah kumbang, disangka lebih kuat dari bunga. mampu terbang tinggi dan hinggap ke bunga-bunga lain. si bunga pulak kekal di situ. tak mampu bergerak, cuma boleh menghayun mengikut rentak angin.

oh, si kumbang mungkin lupa diri. selemah-lemah bunga masih mampu berdiri biar panas terik. kekal di situ kerana dia tahu dia seorang yang setia. hatinya mampu menjadi sekuat batu mengharungi dugaan yang maha berat meski badannya lemah longlai lembut menyapa angin.

tapi bunga kadang-kadang terlebih campuran emosi. kadang-kadang terlebih cemburu, kadang-kadang sedih, kadang-kadang marah. kalau bukan kerana kumbang yang sabar, dah lama cari bunga baru. kan? percayalah, kalau bukan kumbang itu istimewa, si bunga takkan senang-senang emosi bila kumbang ada.

yang lemah bukan selemah yang disangka. yang kuat bukan sekuat yang disangka. jangan dijangka air yang tenang tak ada buaya. jangan sangka gunung tak berisi tak akan meletup.

bunga bukan sekadar bunga. bunga itu akan kembang lebih mekar bila rasa dihinggap kumbang. menjadi lebih kuat bila si kumbang itu patah sayapnya. tak pernah berkira kalau si kumbang penat terbang datang berteduh dari terik matahari. takkan marah kalau si kumbang tunjuk tanduk rasa marah. takkan melatah kalau kumbang itu terbang bermain dengan bunga lain seketika, kerana dia akan sentiasa cuba untuk memahami beban di atas sayap nipis kumbang itu.

bunga yang ikhlas dari hatinya takkan mensia-siakan kumbang, cuba menghargai setiap yang dilakukan kumbang. tapi, bunga itu akan layu. logiknya kalau tak ada air, tak dapat cahaya matahari.

tapi layu bunga itu adalah tanda hancurnya sekeping hati. hati yang penat memberi tapi tak pernah menerima. hati yang selalu menenangkan tapi tak pernah ditenangkan. yang diharapkan hanya satu. penghargaan kewujudannya di sisi kumbang. hanya satu tapi tak pernah dikunjung tiba. tinggi sangat ke permintaan itu?

kumbang oh kumbang, tingginya ego si kumbang di tempat yang salah. mungkin juga harga ego itu lebih tinggi dari ikhlas si bunga. mungkin si bunga yang buta melihat ego...

asalnya hawa dekat dihati untuk dikasihi, di antara siku tajam untuk dilindungi dan bukan untuk dikasari.


p/s: kalau rase tak sedap bg tau. jangan duk senyap2 lari. benci!

p/s: kawan2, kiter kawan kan?!?!?! :)