Friday, July 11, 2008

4A2, ONCE UPON A TIME...

ASSALAMUALAIKUM.....

Photobucket
4A2; once upon a time...

tengah2 bukak photobucket, tiba2 mata berkacamata ni terpandang poster ni. hasil kerja kira2 3 tahun yang lalu.saja2 nak share dengan korang. teringat pulak kat diorang. masa bersama, suka dan duka.huhu...


p/s: nk camera gak...huhu~~

---x---

Wednesday, July 2, 2008

ROCK N ROLL

ASSALAMUALAIKUM...

"semua lagu dier lagu sakit kepala..."

amboi... seronok benar akak ni mengomen koleksi lagu2 aku. benar, sesetengahnya dalam kategori rock dan mungkin juga metal. tapi aku punya alasan sendiri.

barangkali bagi sesetengah mereka beranggapan musik metal ini hanya akan merosakkan peribadi anak2 muda. yang aku maksudkan bukan BLACK METAL, tapi metal. lagu berunsurkan rock tapi lebih keras.

lagu2 nyanyian nightwish semestinya berunsurkan metal. tapi alunan lagu nya tak sekeras lagu metal yang biasa kita dengar. lagu fireflight bertajuk unbreakable sebenarnya punya nilai tersendiri. bukan lagu metal semata2. ader bisikan semangat terselit dalam lagu ini.

secara peribadinya, lagu2 metal ini memang berunsurkan emosi2 negatif. marah, dendam, kecewa, tekanan dan berbagai lagi. bagi aku, emosi negatif ini dapat disalurkan melalui lagu2 metal ini. mungkin juga mampu mengurangkan tekanan.

benar, ini hanya pandangan ku. tapi mereka yang tidak mendengar akan sentiasa menilai dengan pandangan mereka. nilai lagu bukan hanya pada nadanya, malah juga pada liriknya...


p/s: musik bukan sekadar musik.dengannya aku mencari semangat dan meluahkan perasaan...

p/s: now i know, i'm just another girl next door. but the thing is, it's sad because i get to know the truth from other person. coward...huh

---x---

Saturday, June 28, 2008

DATANG DAN PERGI...

ASSALAMUALAIKUM...

seorang teman pernah berkata "plik...camner ko ley rapat ngan aku walaupon kiter ni baru je knl". terkejut bila diaju soklan demikian...

seorang senior pula berkata "kawan datang dan pergi...". marah pada mulanya. bila dijelaskan, "kalau diorg perlukan akak, akak ok jer" baru aku memahami. aku menghormati pendiriannya.

memang benar, teman datang dan pergi. tak mudah mencari teman yang sanggup bersama dalam naik dan turun hidup. bukan senang mencari yang setia. yang ada mungkin akan pergi, dan yang akan datang mungkin tak serasi.

meskipun aku baru mahu mengenal dunia, aku telah merasai hilang dan adanya seorang teman rapat. aku tidak meminta lebih, tetapi hampa itu tetap ada.

tapi indahnya perasaan itu bila kita belajar menghargai setiap yang ada. menjaga dan sentiasa sedia untuk mereka. gembira bila bersama, rindu bila lama tak ketemu.

untuk setiap yang hadir dalam hidup ku,
aku akan belajar untuk menghargai...


p/s: status ym mmg khusus untuk mengemokan diri sndri..hehe..maaf yer

p/s: S.O.S

---x---

Sunday, June 15, 2008

...TENANG...

ASSALAMUALAIKUM...

TENANG; meaningless to others maybe, but i like. somehow it gives me a piece of mind,KETENANGAN ...


p/s: been searching for it...

---x---

"HOMESICK"

ASSALAMUALAIKUM...

pagi tadi aku selamat sampai di utp. buat kali pertama, kakiku terasa sungguh berat untuk melangkah keluar rumah. mungkin "home sweet home" makin melekat.

satu ketika dahulu, aku tak pernah kenal dengan perasaan "homesick". dan kerana itu, kadang2 aku mengambil temeh perkara itu bilamana ada yang lelaki homesick. maaf, bukan niatku untuk mentertawakan anda.

teman ku pernah berkata, "orang homesick bukan bermakna die lemah". benar, itu benar. sesungguhnya kini aku lebih memahami. peristiwa dulu mengubah persepsi aku.

aku tak pernah beranggapan mereka yg homesick lemah, cuma anggapan pertama aku mereka manja. dan sekarang? aku merasakan bahawa homesick itu indah. kerana ia menyingkap perasaan sayangkan keluarga. bukankah begitu?

sayang seribu kali sayang. lewat aku memahami perasaan itu. mengenal erti sayang dan belajar menghargai apa yang ada. aku menyayangi mereka...

tapi sebelum itu, izinkan aku belajar untuk menyayangi diri sendiri...


p/s: gloomy huh?sori r. i'm a moody girl...

p/s: epi bufday kat rahman a.k.a. domen.huhu...sengal la ko tak bls msj aku. ponat eden tggu kol 12 tau!


---x---

Friday, May 30, 2008

AS EASY AS

ASSALAMUALAIKUM...

bulan mei sudah hampir ke penghujung. satu sejarah dalam hidup ku. bulan mei yang paling menyakitkan, paling sunyi, dan paling menguji kekuatan hati ku.

aku sedar, aku hampir kecundang. mungkin juga sudah kecundang. "aku tau, ko da makin kuat skarang". itu kata teman ku. terkedu seketika. benarkah?

berkali2 aku berfikir.
"isn't it great if everything is just as easy as the story goes? and as easy as the way they sang in their songs. no need to burden your heart. just go with the flow"

aku tahu, ramai akan berkata jika itu berlaku maka hidup ini tiada cabaran. tanpa cabaran tak mungkin kita boleh belajar menjadi lebih kuat. benar. semua itu benar. aku tak nafikan.

SEDIH...; rasa sedih itu perlu untuk mengingatkan kita kepada yang MAHA ESA...

tapi bila masalah makin menyesakkan fikiran, tambah pula jika masalah itu berkaitan dengan soal hati, sukar mencari kekuatan itu. di waktu itu, aku hanya mengharapkan yang hidup aku semudah jalan cerita.

di saat itu juga, baru aku memahami perasaan mereka yang bertindak mencederakan diri sendiri sehinggakan membunuh diri. memang sakit. hanya dengan tindakan itu, sakit di hati boleh diumpamakan, mungkin juga lebih teruk.

aku masih waras. jangan khuatir. cuma aku putus asa dalam mencari kekuatan itu. biar pun aku mampu berdiri hari ini, esok2 pasti ia akan datang lagi. dan selagi cerita hidup aku berjalan, selama itulah aku mencari bahagian yang hilang itu. cuba untuk melengkapkan apa yang tiada.

tapi buat masa ini, can't it be as easy as the story goes?



p/s: naper org yg aku cr mkn jauh, dan yg dkt aku tlk?

p/s: " u've been holding on so long, trying to make believe that nothing's wrong. nt letting it shows. there ain't nothing u cn do 2 make me turn away from u. i need u to know that u cn let go... " ; BSB, unbreakble, 'you can let go' || wish i can ||


---x---

Tuesday, May 13, 2008

S.O.S

ASSALAMUALAIKUM...

hari ibu datang lagi... mama, selamat hari ibu. kakya sayang mama...

bersama-sama dengan itu, emosi aku berkocak lagi. pecah rekod ku, aku menangis 3 hari berturut-turut atas alasan yang sama. sama sekali aku tak menyangka itu akan terjadi.

dan hari ini, aku nyaris2 tewas. ALHAMDULILLAH, kalenjar air mata aku terselamat dari bekerja keras, meski pun kolam mataku sudah berair.

emo? aku mengakuinya. maaf! tapi sudah penat aku bertarung dengan perasaan aku.

kuatkan semangat!
jangan putus asa!
you can get through this!
believe yourself! you have a strong heart.
you can do this!


dan macam2 lagi kata semangat yang aku ungkapkan buat diri sendiri. mencari kekuatan dalam meredah perasaan yang menjatuhkan diri sendiri. benar. perkara itu sukar. payah.

sudah puas aku berfikir tentang perkara itu. percayalah! aku moody bukan kerana emo. tapi kerana perkara itu. dan bila dilambakkan bersama masalah2 lain, perkara itu semakin membebankan.

aku hilang tumpuan. menjawab kertas soalan hanya sekadar menjawab. tak ada perasaan. secara jujurnya, aku tak ambil peduli.

aku semakin sesat dalam lautan emosi. satu persatu masalah datang menyumbang beban. sukar mencari kekuatan itu...

tapi, aku akan terus mencuba.
mencari cahaya yang tak kelihatan...



p/s: sian pipa ngan kak pain. korg slalu jdik mgser aku. thnx kat pipa sbb slalu bsg nk ceriakan aku. thnx kat kak pain for ur concern

p/s: argh...raser cam nk nangis...takkan jadik 4 hari berturut2 kot?haih...

---x---

Saturday, May 10, 2008

EMO!!!

ASSALAMUALAIKUM...

2 3 hari yang lepas, aku dilanda badai lagi. emosi ku kucar kacir. sukar untuk menggambarkan gelora itu.

dan rasa sunyi itu datang lagi. rasanya seperti aku hilang tempat bergantung. aku hilang punca. tak tahu dengan siapa harus aku mengadu. rasa seperti aku keseorangan di sini.

aku benci perasaan itu. hilang tumpuanku tika mentelaah. aku hanya sekadar menatap setiap patah perkataan yang tertulis dalam buku nota ku. hakikatnya, 80% masa terbuang dengan hanya termenung.

di waktu itu, kak pain cuba untuk membantu. maaf! aku tak mampu menerimanya. biarkan aku dengan duniaku...jangan risau, aku masih waras.

ALHAMDULILLAH... akhirnya perasaan itu pergi jua... dan aku yakin, perasaan itu pasti akan menjengah lagi!


p/s: it's hard to rely on other but thnx.hope u can understand...sorry to bother

p/s: stadi week yg xberkesan...camner nieyh???? waaaaaaaa


---x---

Wednesday, April 23, 2008

HAPPY BDAY TO ME...

ASSALAMUALAIKUM...

masa yang ditunggu2 telah tiba.

SELAMAT HARI KELAHIRAN!!!

untuk siapa? huhu... diri sendiri saja. hari itu, tak ramai yang tahu. kesudahannya aku menerima ucapan ala2 kadar saja.

tapi itu aku tak kesah. yang aku tunggu2 hanya dari dia.

MAMA
2 hari sebelum hari kelahiranku, aku mengerah teman2 ku untuk keluar bersama ke ipoh. waktu itu aku benar2 mahu keluar dari UTP. aku rasa terbeban. mahu keluar mencari ketenangan.

kami berlima. biarpun suasana sentiasa ceria, hati ini terasa sangat sunyi. waktu itu aku sedar. aku rindu mama. aku rindukan pujukan mama...

nasihat seorang teman, "call la dier...". kalau ikutkan hati, memang aku nak. malangnya aku bukan seorang yang dekat dengan keluarga. dan aku kira kalau aku hubungi mama, pasti aku akan menangis. pastinya, mama akan turut serta.

cukuplah sekali peristiwa itu berlaku. aku tak mahu lagi mama menangis. meskipun hanya kerana perkara remeh.

mama hanya menghubungi aku pada keesokan hari. pelik. sebab aku tak kecik hati. mungkin kerana aku sudah biasa.

mungkin bagi yang lain, hari kelahiran ku sangat bosan. dan aku tak mampu menipu diri sendiri. benar. ada sesetangah perkara yang menghampakan aku. tapi aku juga sedar. aku yang pinta. maka, walau apa yang terjadi, aku harus menerimanya.

yang pasti, usia aku sudah berubah angka. 19 tahun. terima kasih buat yang mengingatinya. terima kasih di atas ucapan selamat anda. aku hargainya kerana bagi aku, ucapan yang ikhlas dari hati atas nama persahabatan lebih bermakna daripada yang lain...

kek dari seorang teman; happy birthday to me... :D

sekali lagi,
TERIMA KASIH


p/s: atok!thnx kek tu...kat 4 hari aku simpan..selalu tak sempat nk makan..haisk~~~

p/s: maner dier pegi? maner jadik camni? aku da bt salah ker? haih....sdey


---x---

Thursday, April 17, 2008

CUKUP SEKADAR UCAPAN

ASSALAMUALAIKUM...

aku hilang kata2...
maaf. mahu sekali aku mengungkap isi hati aku di sini. namun, payah benar untuk mengatur kata dan menyusun ayat.

bulan april, satu bulan yang aku tunggu.

mengapa?
kerana bulan ini adalah bulan kelahiranku. cuak juga bila mengingati ada teman2 yang tahu bila hari kelahiranku.

sungguh...bukan maksudku untuk berahsia. tapi hati ini tidak pernah merasa untuk menyambut hari itu. bukan adat kami sekeluarga untuk meraikan hari itu. cukup sekadar ucapan "selamat hari jadi". itu saja. noktah.

perjalananku masih jauh... biarkan aku belajar berdikari, merasa pahit manis kehidupan

biarlah pada hari itu aku simpan sendiri. hari kelahiran yang ke 19. tahun yang bakal mendewasakan lagi aku. cukup dengan kata selamat dari mama, papa, juga teman2 istimewa.

buat mereka yang membaca warkah ini sebelum waktu itu, aku minta jasa baik anda. cukuplah sekadar ucapan sahaja. tak perlu celebration besar-besaran. terima kasih jika ada yang merancang.

terima kasih juga kerana mendengar warkah ini...



p/s: maser tula due date assignment plus meeting...adeiyh....

p/s: wanna get out from here...waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~~

---x---