Wednesday, December 19, 2007

TAGGED, TAGGED, TAGGED!

ASSALAMUALAIKUM...

niat asal sebenarnya bukan untuk membalas tagged. namun, memandangkan aku sangat ketinggalan, so aku balas lah... hehe.. ;D

LIST OUT THE TOP 5 PRESENTS YOU WISH FOR:
1. a big bright smile from friends
2. problems that my friends shared with
3. being remembered
4. being appreciated
5. yeay2....some presents...

LIST OUT THE REASONS FOR YOUR CHOICE:
1. it lets me know that my friends are happy ( and it makes me happy too )
2. it makes sure that i'm there to help (and that i'm doing my job, feel useful )
3. it makes me feel special
4. it makes me happy
5. just for the record ( btol ker niiiiiiiii????? hahaha )

THE PERSON WHO TAG-ED YOU IS:
my best buddies, ANIS

5 IMPRESSION OF HIM/HER:
1. kind of hardcore
2. speaks her mind
3. loves her friends
4. a strong girl i must say
5. gifted in writing

MOST MEMORABLE THINGS HE/SHE HAS DONE FOR YOU:
looks after me when i'm lost, bought me kindo buenos, the time when she said she loves her best friends and i'm part of it

MOST LOVED INVENTION
camera!!!

WHAT DO YOU DESPISE THE MOST:
being ignored by my friends while walking by the corridor

PEOPLE YOU WANNA TAG :
anis, irda, ridhuan syukur, rufaidah


p/s: sorry that it takes time

---x---

AKU SAYANG SAHABATKU!

ASSALAMUALAIKUM...

sekarang ni sudah hampir 3 minggu cuti semesta. 3 minggu. ya, satu jangka masa yg pendek. namun, rasanya tak seperti 3 minggu. rasanya sangat panjang. dan dalam waktu itu, 3 minggu yang pendek itu, aku semakin galak menimba pengalaman.

pengalaman yang mengajar aku menjadi lebih berani
pengalaman yang mengajar aku erti persahabatan
pengalaman yang mengajar aku untuk menghargai mereka yang menyanyangi aku
pengalaman yang mengajar aku erti hidup...

sebentar tadi, aku baru sahaja selesai berborak dengan seorang sahabat. sahabat yang agak baik dengan aku. percaya atau tidak, dengan hanya berborak, aku mendapat satu pengajaran. mungkin tidak dikira pengalaman, tetapi ia tetap memberi impak.

sahabat itu berkongsi kisah. kisah dia dengan seorang teman. dan teman itu menghidap kanser. secara ringkasnya, sahabatku ini sangat mengambil berat dengan teman itu. malangnya, teman itu seakan tidak menyenanginya.

aku yakin, dan amat yakin, bukan itu niat sebenarnya. pada pendapat aku, teman itu takut. dia cuba untuk melindungi sekeping hati yang mungkin juga dia sayang. meskipun hanya sebagai seorang sahabat. dan sesungguhnya, sahabatku itu sangat gentar apabila berita yang tidak enak sampai ke telinganya. benar, sakitnya semakin serius. kansernya sudah merebak ke peparu.

mendengar khabar itu memang menakutkan. hanya dengan berita dia menghidap kanser heboh satu pekan, inikan pula berita yang mungkin menjadi penentu hidupnya. aduh... aku juga turut gentar mendengarnya. meskipun aku tidak pernah bertegur sapa dengannya, kasih sebagai sahabat tetap ada. dan sungguh! aku sanggup membuat apa saja untuk melihat dia tersenyum.

pun begitu, aku yakin, walau gementar mana pun hati kita mendengar berita itu, gementar lagi hati ibu dan bapanya. gementar lagi hati yang menanggungnya. berat mata memandang, berat lagi bahu memikul, bukan?

mengelakkan diri adalah satu perkara lazim bagi mereka. cukup dengan tatapan drama kehidupan yang dipaparkan di kaca televisyen. kononnya dengan alasan tidak mahu sahabat risau, bimbang dengan keadaan diri.

tapi rasionalkah perbuatan ini? bukankah ukhuwah itu terjalin untuk berkongsi dan meringankan beban? atau dalam erti kata mudah, sahabat yang ada adalah untuk diganggu dan disusahkan hidupnya. bukan untuk disakiti, tetapi demi sahabat itu sendiri.

begini maksudku,
seorang sahabat yang baik adalah seorang sahabat yang mengambil berat tentang sahabatnya. apabila seorang sahabat jatuh sakit, maka sahabat yang lain akan menjaga sahabat yang sakit itu. dan tindakan untuk menyembunyikan perkara sebenar serta melarikan diri hanya membuatkan sahabat itu lebih risau, bukan?

jika benar dia menyayangi sahabat itu, mengapa tidak dikongsi bersama derita dan beban di hati? bukankah seorang sahabat yang baik akan terasa gembira apabila seorang sahabat berkongsi masalah dengannya? bukankah seorang sahabat itu menyayangi sahabatnya itu lebih dari dirinya sendiri? dan bukankah rasa dihargai berjuta kali lebih baik daripada rasa disisihkan?

aku tidak merujuk kepada sesiapa. ada sesetengah tindakan yang diambil dirasakan betul. tapi hakikatnya, tindakan itu hanya memburukkan keadaan. aku tak boleh melemparkan kesalahan itu ke atas mana-mana pihak. bukan salah seorang sahabat kerana kasihnya. dan bukan salah si sakit kerana sayangnya. masing-masing punya alasan. masing-masing punya perasaan dan pertimbangan sendiri.

berbalik kepada kisah sahabatku tadi, lama-lama aku jadi geram. geram dengan sikap teman itu yang seakan tidak menghargai mereka yang menyayanginya. mahu saja aku bersua muka dengannya dan mengajukan satu soalan. yup! satu sahaja.

"kalau ditakdirkan hidup kau hanya tinggal sehari, dan kau sedar akan perkara itu, apa perkara yang paling kau nak buat? selain daripada bertaubat dan mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa, apa yang kau nak buat?"

aku hampir 80% yakin, kau nak habiskan masa kau dengan orang yang kau sayang bukan? sekurang-kurangnya kau nak mereka tahu yang kau sayangkan mereka, dan aku pasti, kemaafan itu akan dipinta. dan orang di sekeliling kau pula mahu menghabiskan masa-masa yang ada dengan penuh bermakna. mereka mahu kau gembira di saat-saat akhir. mereka mahu kau tenang, bahagia, gembira.

jadi mengapa larikan diri?
mengapa harus bersembunyi?
ingin saja aku berkata kepadanya, betapa dia bertuah mengetahui hakikat bahawa lilin hidupnya mungkin akan padam bila-bila masa. [ maaf! bukan niatku untuk mendoakannya tetapi itu hakikat... ]

mengapa?
sebab dia punya masa untuk merenung hidupnya hingga ke akar umbi. dia punya masa untuk menyatakan rasa kasih, sayang dan cintanya kepada yang di sekeliling. bayangkan, mereka yang pergi dengan mengejut. mereka tak punya masa untuk semua itu. malah orang yang menyayangi mereka pun turut sama terkilan. terkilan kerana tak punya masa untuk menghargai saat-saat yang ada. terkilan kerana tak punya masa untuk menyatakan rasa yang sama.

jadi, bukankah kau beruntung?
jika kau menjadi perhatian sahabatmu yang lain, itu bukan atas dasar simpati. tetapi itu adalah atas dasar kasih dan sayangnya mereka terhadap kau. dan sekiranya benar atas dasar simpati, bergembiralah. kerana ia akan mengajar mereka erti sebenar persahabatan. kelak mereka akan berterima kasih kepada mu kerana mengajar satu erti yang tinggi nilainya, tak dapat dibeli dan dipelajari hanya dalam kuliah.

benar, persoalan ini akan berlegar di fikiran kau.
mengapa baru sekarang mereka memberi perhatian?
mengapa tidak pada ketika kau sihat?
itu kerana pada waktu itu kau tak perlukan mereka. dan mereka merasa tak diperlukan. situasi kau sekarang memberi peluang untuk mereka berbakti kepada kau. mungkin kau tak merasa perlunya mereka disisi, tetapi percayalah! mereka akan menjadi sumber kekuatan dalam diri kau.

dan bagi sahabatku pula, terlanjur hati mengukir kasih kenapa tidak terjemahkannya kapada realiti? bukan maksudku untuk membenarkan apa yang tidak seharusnya, tapi hanya sebagai satu cara untuk menghargai apa yang ada di depan mata. menzahirkan apa yang batin tanpa melangkaui batas tak salah. dan benar zina hati pasti berlaku, tapi sekurang-kurangnya kau tak menyesal di kemudian hari. aku kira jika dipendamkan, hati kau lebih rancak memikirkannya.

ah... mudah sekali aku berkata-kata. aku cuba untuk meletakkan diri aku dalam situasi sahabatku yang sakit itu. benar, payah dan bukan senang untuk berdepan dengan sahabat lain dengan keadaan diri yang lemah. tetapi tindakan menyembunyikan diri juga tidak adil buat sahabat yang lain.

aku tak pasti apa tindakan ku, tapi aku yakin dengan satu perkara. aku mahu sahabat-sahabatku berkongsi apa sahaja dengan ku, terutama yang membebankan mereka bukan kerana aku sahabat mereka. tapi kerana kasih dan sayang aku kepada mereka.
tidak ada apa yang lebih menggembirakan aku selain daripada berkongsi beban mereka dan melihat mereka tersenyum kembali...

so, share your pain that you've suffered with your friends not because they are your best buddies. but because the love that they have for you.


p/s: PERHATIAN!!! aku sayang semua sahabatku. tapi ada 2 sahabat yang paling aku sayang!

---x---