mula-mula sekali aku nak minta maaf. sebab i'm at the very unstable state for a moment. ada konflik dengan diri sendiri.
aku tahu aku ni emo. selalu aje ada masalah ngan diri sendiri. tapi sebab utama ialah aku suka pendam. tak tahulah kenapa susah sangat nak buka mulut dan luahkan.
tadi masa kelas Introduction To Management, Ap Ir Aziz ada sebut, "don't do it for your parents, family or your country. just do it for yourself". ayat ini mencetus kegusaran.
sebelum balik utp, aku sempat tengok satu episod program Oprah. tengah bincang pasal menopause. apa kaitan dia dengan Ap Ir Aziz? kisahnya wanita selalunya mengutamakan orang lain sebelum diri dia sendiri. you give to others so much but you forget to give for yourself. dan bila menopause berlaku, wanita-wanita ini mengalami perubahan emosi. cepat merah, murung. kata Oprah, badan kita mula memberi signal.
adalah sorang doktor yang juga tetamu dalam Oprah Winfrey Show, menulis sebuah buku berkenaan menopause ada cakap. ini adalah masa untuk menumpukan perhatian kepada diri sendiri. kalau pun anak-anak sedikit terabai tak apa. janji diri sendiri sembuh dan ceria seperti dulu. it's time to give for yourself.
aku rasa aku selalu buat something untuk orang lain. dan jarang untuk jumpa orang yang sanggup buat perkara yang sama untuk aku. kepala aku jadi serabut. banyak benda aku buat bukan untuk diri sendiri. satu konflik yang sepatutnya aku alami 20 tahun lagi, aku dah terasa sekarang. dah tua sangat kot kepala otak aku ni...
aku mahu berubah. untuk berubah perlukan keberanian dan kekuatan. untuk itu aku perlukan alasan yang kukuh. aku masih gagal menjumpai diri sendiri. gagal meletakkan diri sendiri di tempat teratas.
why i have to change? because i deserve it. tired of everything. tired of abandoning myself.
no more others, just me.
p/s: crashing at the bottom of the ocean...
---x---