Assalamualaikum...
waktu mula-mula berkemas nak masuk UTP dulu rasanya buat dalam keadaan tergesa-gesa. dapat tahu layak masuk agak lewat dan keputusan nak masuk memang tak perlu dijangka sebab memang dah target nak masuk UTP.
sekarang cuti semestar aku balik rumah, mak yang pening nak fikir bawa itu ini untuk si bongsu. seingat aku waktu aku nak masuk UTP dulu takde lah sampai macam tu. persiap yang mudah saja.
hmmmm... yerlah, betul ada sedikit cemburu. barangkali kerana rasa kurang perhatian. waktu keputusan diumumkan pun dia dapat lebih. haih, parah juga ni.
membesar dengan kepala otak fikir kene selesaikan semua dengan usaha sendiri, jangan susahkan orang lain. mungkin di situ hilang rasa kebergantungan dengan mak. lepas tu kalau mak tanya dah siap ke belum, ok ke tidak, jawapan semua OK!
dah tua-tua macam ni baru rasa cemburu. agaknya apa jadi kalau umur cecah angka 50? haha
p/s: memang dah slalu kene pon. kalu ngan member abaikan aje, tp kalau macam ni simpan aje lah nmpknyer. hmmmm
No comments:
Post a Comment