Saturday, September 10, 2011

pak gad yang kata aku ni macam mak cik gangster lah yang ganti tempat dia. alhamdullilah, terima kasih.

Assalamualaikum...

semalam bermula. angkat pen dan mula menggoreng. hari ni kali kedua. hanya mampu buat yang termampu. kalau boleh buat semua bukan manusia, tapi tuhan namanya.

selalunya kalau dah bermula memang akan bagi tahu dia. tapi maaf, kali ni aku tak mampu. meski pun aku perlukan redha dan doa suci dari nya. maaf.

maaf juga kerana yang bermain di otak adalah aura-aura hitam. perasaan negatif mungkin terbangkit dan aku makin keliru. tak tahu apa yang aku rasa. mungkin aku menafikan yang di depan mata.

tapi alhamdulillah, semalam hati aku tenang. hari ni mungkin sedikit celaru. tak apa, masih ada masa dan teman yang untuk ceraikan yang berserabut tu.

tak sangka, orang yang aku menyumpah satu masa dulu adalah orang yang menenangkan hati kecil. jadi tempat aku berceloteh walau untuk seketika. terima kasih pakcik! harus pakcik tahu, pakcik berjasa besar. hehe

duhai otak, berhenti berfikir dan terima seadanya. lepaskan yang dulu, mula yang baru.


p/s: takut kalau itu berulang.

Tuesday, September 6, 2011

S . A . Y . A

Assalamualaikum...

selamat hari raya semua. harap belum terlewat. maaf zahir batin. kalau kalau ada terkasar bahasa.

maaf sebab raya kali ni agak suram untuk aku. waktu tidur memang dah lari. meski pun rumah bising riuh rendah dengan gelak tawa anak anak buah, kadang terasing.

makin lama aku fikir, makin jauh jadinya. bila tersedar diri sendiri jadi mangsa. sedar kenapa aku adalah aku hari ni. sebab musabab yang membentuk aku hari ni.

lebih kenal diri. meski pun bukan yang baik. mengingatkan aku kenapa aku tak nak peka dengan diri sendiri. kenapa dan mengapa aku berdiri di tempat aku sekarang. rasa susah pulak jadi diri sendiri.

hari ni mengeluh. esok mencari kekuatan dan lusa cuba lagi berdiri.

letih, tapi ak lebih kenal diri sendiri. barangkali hikmahnya bakal dicium esok. insyaAllah.


p/s: memahami yang tersirat, mengingati yang silam, mengenal yang di depan mata. maaf, saya perlu berehat.