Saturday, September 10, 2011

pak gad yang kata aku ni macam mak cik gangster lah yang ganti tempat dia. alhamdullilah, terima kasih.

Assalamualaikum...

semalam bermula. angkat pen dan mula menggoreng. hari ni kali kedua. hanya mampu buat yang termampu. kalau boleh buat semua bukan manusia, tapi tuhan namanya.

selalunya kalau dah bermula memang akan bagi tahu dia. tapi maaf, kali ni aku tak mampu. meski pun aku perlukan redha dan doa suci dari nya. maaf.

maaf juga kerana yang bermain di otak adalah aura-aura hitam. perasaan negatif mungkin terbangkit dan aku makin keliru. tak tahu apa yang aku rasa. mungkin aku menafikan yang di depan mata.

tapi alhamdulillah, semalam hati aku tenang. hari ni mungkin sedikit celaru. tak apa, masih ada masa dan teman yang untuk ceraikan yang berserabut tu.

tak sangka, orang yang aku menyumpah satu masa dulu adalah orang yang menenangkan hati kecil. jadi tempat aku berceloteh walau untuk seketika. terima kasih pakcik! harus pakcik tahu, pakcik berjasa besar. hehe

duhai otak, berhenti berfikir dan terima seadanya. lepaskan yang dulu, mula yang baru.


p/s: takut kalau itu berulang.

No comments: