aku punya seorang rakan karib. benarkan aku memanggilnya sebagai sahabatku.. seorang sahabat yg telah bersamaku selama 7 tahun. kami berkenalan sewaktu aku mengambil kelas tambahan di pengadang baru. kebetulan, dia juga berada di sana. bersama-sama menuntut ilmu di kala kami masih mentah menjalani kehidupan.
tetapi pada waktu itu aku tidak begitu rapat dengannya. hanya sekadar bertemu muka dan tersenyum tanda kami mengenali antara satu sama lain. selepas skss 2, aku beralih kepada SHAMS. sungguh, dulu aku sangat anti dengan sekolah agama. ya lah, aku kan agak tomboy. tak mahu kebebasan ku di sekat. aku mahu bebas. bebas dari sekatan agama mahu pun sekatan diri ku sendiri. namun, lama kelamaan aku sedar, betapa bertuahnya aku dapat berada di sana. dan untuk itu, aku sangat bersyukur...Alhamdulillah...
mungkin takdir antara kami, aku dan sahabat ku bertemu kembali di sana, di SHAMS. di sana juga aku bertemu dengan bermacam ragam orang, meskipun kami hanya budak belasan tahun. di sana juga aku menjadi saksi betapa utuhnya ukhuwah yang terjalin antara rakan2 di sekeliling ku. masih segar di ingatan ku sewaktu rakan kami, NADIAH KAMILAH, seorang pelajar genius yang menghidap penyakit buah pinggang, menyahut panggilan-Nya.
sewaktu itu, aku menerima berita itu dengan tenang. sedangkan yang lain, sudah basah berlinangan dengan air mata. aku tahu, mereka sangat menyayangi sahabat itu. aku tahu, pemergian dia akan meninggalkan satu impak yang sangat besar. dan aku? tenang-tenang saja.
sewaktu itu, aku masih tidak mengerti erti kata sebenar seorang sahabat. kasih sahabatku masih belum menyentuh hati ku. dan kini... aku mengerti. hadirnya sahabatku itu amat ku hargai. sahabat itu yang telah berada di sisi ku selama aku berada di medan ini. sewaktu aku berada di bawah dan di atas. terima kasih kerana berada di sana walaupun aku tahu kau juga punya masalah sendiri. terima kasih kerana tegar berdiri di sisi ku meskipun kadang kala aku melayan mu ibarat patung [ MAAF!!! ] . terima kasih kerana menyentuh hatiku dengan kasihmu. terima kasih dan terima kasih untuk segala-galanya.
maaf, kerana lewat aku menyedari kasih dan sayang mu padaku..maaf andainya aku telah mengguris hatimu sama ada dalam sedar atau tidak...
"terima kasih", itu saja yang mampu ku ucapkan. tidak ada apa yang mampu aku berikan atas tanda penghargaan ku... terima kasih sekali lagi
dalam sejarah hidup ku, ada seorang lagi rakan yg ku kenali di kelas tambahan yang sama. aku tahu, dia memang telah lama menganggap aku sebagai rakan karibnya. tapi entah kenapa, aku tidak dapat menerimanya sebagai mana aku menerima sahabat ku. sekarang, sahabatku sangat terluka kerana rakan itu semakin jauh dari kami. aku tak mampu mengubati luka itu, akan tetapi, aku akan sentiasa berada di sana menemanimu. aku tak punya kekuatan untuk mengukir kata janji, tapi aku akan cuba sedaya upaya ku.
dan tentang rakan itu, maaf! aku tak dapat menerima mu sebagai seorang sahabat. aku hanya mampu menerima mu sebagai seorang rakan.
dan baru-baru ini juga, aku tertawan dengan horlick ice, buatan teman ku. air tangan mu memang sedap! lebih sedap daripada buatan tangan abang-abang cafe. sungguh! malah seorang rakan ku juga pernah memuji.
yang penting rakan ku yang lain pernah berkata, "itulah kasih seorang sahabat, sama seperti kasih seorang ibu; masakannya lebih sedap berbanding mana-mana masakan". aku sangat terharu dengan kata rakan ku itu. tanpa sedar, rupa-rupanya aku telah mengutip sebiji berlian yang sangat tinggi nilainya. aku tahu, kau telah menganggapku sebagai teman rapatmu, dan aku juga tahu, kamu sangat menghargai mana-mana teman rapatmu. untuk itu, tiada sebab untuk aku tidak menerima mu sebagai sahabatku. terima kasih kerana hadir dalam hidupku. terima kasih juga di atas horlickmu! sungguh, aku akan merindui rasanya sampai bila-bila.
aku seorang yang tidak pandai meluahkan perasaan. maaf, kerana ego ku terlalu tinggi. aku sedar, aku perlu belajar merasa dan meluahkan perasaanku kerana lama-kelamaan, sikap itu akan memakan diri. percayalah! aku sedang berusaha.
kadang-kadang aku agak jauh dari sahabat-sahabatku. walaupun begitu, yakinlah, aku sentiasa berada di sisi mu. tak kira betapa jauh pandangan matamu dari ku, hatiku sentiasa dekat dengan mu. dan jangan pernah lupakan daku pabila kau dilanda masalah. mungkin aku bukan penasihat yang hebat, tapi aku akan berusaha menjadi seorang pendengar yang hebat! teman2 yg lain juga. aku sentiasa bersedia bukan untuk sahabat ku sahaja, malah semuanya sekali.
dan lagu di entry di atas aku tujukan buat teman-teman, terutamanya 2 sahabatku yang paling ku dekat dengan ku...

"forgive me if i'm dropping diamonds, yet collecting stones while walking down the paths painted in my life. remind me if i did, not because u'r a friend, but because u'r more than a diamond to be kept..."
p/s: maaf! entry kali ini agak panjang...
No comments:
Post a Comment