Thursday, November 15, 2007

ONE EXTRAORDINARY NITE

salam...

malam ini 3 insiden berlaku;

1) perasaan yang tak dapat diduga...
perasaan apa? entah...aku sendiri tak dapat mentafsirnya. rasa tak sedap hati, sedih, semuanya bercampur baur. agaknya aku cuba untuk mencari alasan supaya berkongsi rasa dengan sahabat-sahabatku.

dan malangnya, mereka tak berkesempatan. tak mengapa, 2 sahabat ku tak "available", maka dengan itu, station aku berubah. alahai, kenapalah aku memilih dia... bila difikirkan semula, terasa lucu. keadaan ku pada waktu itu seperti seorang kanak-kanak. segan pula untuk bertemu muka dengan dia...

entah kenapa, aku tumpas pada ketika itu. walaubagaimanapun, terima kaseh kepada dia kerana sudi menjadi tempat ku mengadu. i'm better now... terima kasih sekali lagi! ~~ [ smiling happily... ]

--x--

2) serbuan seorang senior
serbuan seorang senior? [ tergelak ]. bunyi nya lucu bukan? aku sudah kehilangan kata. sedang aku tenggelam dalam irama dibuai melodi, tiba-tiba abang Hadi, senior di SHAMS pm melalui gtalk. ada 3 soalan. dan sesi temuramah yang tak formal pun berlaku...

soalan pertama ; kapel ker?
soalan kedua ; next sem ader join event per2?
soalan ketiga ; ader ponteng usrah?

bukan soalan cepu cemas, cepu emas, mahu pun cepu gangsa! cuma aku terkedu di pm secara tiba-tiba. terima kasih kerana mengambil berat, terima kasih di atas pelawaan itu. terima kasih di atas nasihat- nasihat mu. terima kasih! [ dalam diam, aku terkedu juga; ada tanggungjawab baru yang terpikul di bahu... ]

---x---

3) pengakuan berani mati
seorang lagi temanku menjadi mangsa emosi ku. maaf! maaf jika perbuatan ku menguris hati mu.. maaf sekiranya aku meletakkan dinding lutsinar antara kita. maaf, maaf dan maaf!

demi ALLAH, aku bersahabat denganmu. demi DIA juga, aku takkan berputus asa dengan mu. aku akan sentiasa berdoa moga-moga DIA menganugerahkan hati yang tenang dan bersih kepada mu. moga-moga pintu hatimu dibuka untuk menerima cahaya hidayah-Nya... amin...

---x---

ini la 3 insiden itu. biasa saja, namun cukup untuk meleraikan sedikit sebanyak kekusutan di hati ini. lega. entah mengapa, hatiku berbunga riang. ribut tanpa kilat sudah reda. kepada dia, terima kasih dan maaf sekali lagi kerana menjadi bidan terjun mendengar omelan ku...

"ya ALLAH, Kau kurniakanlah kepada mereka yang menyayangiku seperti saudaranya sendiri dengan keredhaan-Mu. bukakanlah hati mereka dan pandulah mereka ke jalan yang Kau redhai.

ringankanlah apa yang terbeban di hati mereka dan pandulah mereka ke arah ku sekiranya mereka terasa lelah agar dapat aku berkongsi sama. lindungilah mereka dari bala bencana-Mu, limpahilah mereka dengan rahmat-Mu dan pandulah aku ke arah mereka sekira aku berada di dalam rahmat-Mu agar mereka juga merasa manisnya nikmat-Mu.

janganlah Kau jauhkan mereka dari ku kerana aku memerlukan mereka tanpa ku sedar aku benar-benar memerlukan mereka. dan janganlah Kau hilangkan mereka dari pandanganku sewaktu aku memerlukan mereka kerana dengan itu Kau telah menarik rahmat-Mu yang terbesar dalam hidup ku.

kerana tanpa mereka, hidup ku lesu dan tak bermaya. dan tanpa mereka, aku kehilangan tiga per empat daripada hidup ku..."


p/s: happy for no reasons. don't ask why. sometimes it's better left to be wondered than to be discovered...

---x---

No comments: