Wednesday, April 23, 2008

HAPPY BDAY TO ME...

ASSALAMUALAIKUM...

masa yang ditunggu2 telah tiba.

SELAMAT HARI KELAHIRAN!!!

untuk siapa? huhu... diri sendiri saja. hari itu, tak ramai yang tahu. kesudahannya aku menerima ucapan ala2 kadar saja.

tapi itu aku tak kesah. yang aku tunggu2 hanya dari dia.

MAMA
2 hari sebelum hari kelahiranku, aku mengerah teman2 ku untuk keluar bersama ke ipoh. waktu itu aku benar2 mahu keluar dari UTP. aku rasa terbeban. mahu keluar mencari ketenangan.

kami berlima. biarpun suasana sentiasa ceria, hati ini terasa sangat sunyi. waktu itu aku sedar. aku rindu mama. aku rindukan pujukan mama...

nasihat seorang teman, "call la dier...". kalau ikutkan hati, memang aku nak. malangnya aku bukan seorang yang dekat dengan keluarga. dan aku kira kalau aku hubungi mama, pasti aku akan menangis. pastinya, mama akan turut serta.

cukuplah sekali peristiwa itu berlaku. aku tak mahu lagi mama menangis. meskipun hanya kerana perkara remeh.

mama hanya menghubungi aku pada keesokan hari. pelik. sebab aku tak kecik hati. mungkin kerana aku sudah biasa.

mungkin bagi yang lain, hari kelahiran ku sangat bosan. dan aku tak mampu menipu diri sendiri. benar. ada sesetangah perkara yang menghampakan aku. tapi aku juga sedar. aku yang pinta. maka, walau apa yang terjadi, aku harus menerimanya.

yang pasti, usia aku sudah berubah angka. 19 tahun. terima kasih buat yang mengingatinya. terima kasih di atas ucapan selamat anda. aku hargainya kerana bagi aku, ucapan yang ikhlas dari hati atas nama persahabatan lebih bermakna daripada yang lain...

kek dari seorang teman; happy birthday to me... :D

sekali lagi,
TERIMA KASIH


p/s: atok!thnx kek tu...kat 4 hari aku simpan..selalu tak sempat nk makan..haisk~~~

p/s: maner dier pegi? maner jadik camni? aku da bt salah ker? haih....sdey


---x---

Thursday, April 17, 2008

CUKUP SEKADAR UCAPAN

ASSALAMUALAIKUM...

aku hilang kata2...
maaf. mahu sekali aku mengungkap isi hati aku di sini. namun, payah benar untuk mengatur kata dan menyusun ayat.

bulan april, satu bulan yang aku tunggu.

mengapa?
kerana bulan ini adalah bulan kelahiranku. cuak juga bila mengingati ada teman2 yang tahu bila hari kelahiranku.

sungguh...bukan maksudku untuk berahsia. tapi hati ini tidak pernah merasa untuk menyambut hari itu. bukan adat kami sekeluarga untuk meraikan hari itu. cukup sekadar ucapan "selamat hari jadi". itu saja. noktah.

perjalananku masih jauh... biarkan aku belajar berdikari, merasa pahit manis kehidupan

biarlah pada hari itu aku simpan sendiri. hari kelahiran yang ke 19. tahun yang bakal mendewasakan lagi aku. cukup dengan kata selamat dari mama, papa, juga teman2 istimewa.

buat mereka yang membaca warkah ini sebelum waktu itu, aku minta jasa baik anda. cukuplah sekadar ucapan sahaja. tak perlu celebration besar-besaran. terima kasih jika ada yang merancang.

terima kasih juga kerana mendengar warkah ini...



p/s: maser tula due date assignment plus meeting...adeiyh....

p/s: wanna get out from here...waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~~

---x---