Wednesday, April 23, 2008

HAPPY BDAY TO ME...

ASSALAMUALAIKUM...

masa yang ditunggu2 telah tiba.

SELAMAT HARI KELAHIRAN!!!

untuk siapa? huhu... diri sendiri saja. hari itu, tak ramai yang tahu. kesudahannya aku menerima ucapan ala2 kadar saja.

tapi itu aku tak kesah. yang aku tunggu2 hanya dari dia.

MAMA
2 hari sebelum hari kelahiranku, aku mengerah teman2 ku untuk keluar bersama ke ipoh. waktu itu aku benar2 mahu keluar dari UTP. aku rasa terbeban. mahu keluar mencari ketenangan.

kami berlima. biarpun suasana sentiasa ceria, hati ini terasa sangat sunyi. waktu itu aku sedar. aku rindu mama. aku rindukan pujukan mama...

nasihat seorang teman, "call la dier...". kalau ikutkan hati, memang aku nak. malangnya aku bukan seorang yang dekat dengan keluarga. dan aku kira kalau aku hubungi mama, pasti aku akan menangis. pastinya, mama akan turut serta.

cukuplah sekali peristiwa itu berlaku. aku tak mahu lagi mama menangis. meskipun hanya kerana perkara remeh.

mama hanya menghubungi aku pada keesokan hari. pelik. sebab aku tak kecik hati. mungkin kerana aku sudah biasa.

mungkin bagi yang lain, hari kelahiran ku sangat bosan. dan aku tak mampu menipu diri sendiri. benar. ada sesetangah perkara yang menghampakan aku. tapi aku juga sedar. aku yang pinta. maka, walau apa yang terjadi, aku harus menerimanya.

yang pasti, usia aku sudah berubah angka. 19 tahun. terima kasih buat yang mengingatinya. terima kasih di atas ucapan selamat anda. aku hargainya kerana bagi aku, ucapan yang ikhlas dari hati atas nama persahabatan lebih bermakna daripada yang lain...

kek dari seorang teman; happy birthday to me... :D

sekali lagi,
TERIMA KASIH


p/s: atok!thnx kek tu...kat 4 hari aku simpan..selalu tak sempat nk makan..haisk~~~

p/s: maner dier pegi? maner jadik camni? aku da bt salah ker? haih....sdey


---x---

1 comment:

Anonymous said...

anda telah di tag. sile ke blog beta.skian trime kaseh.. :D