Friday, May 30, 2008

AS EASY AS

ASSALAMUALAIKUM...

bulan mei sudah hampir ke penghujung. satu sejarah dalam hidup ku. bulan mei yang paling menyakitkan, paling sunyi, dan paling menguji kekuatan hati ku.

aku sedar, aku hampir kecundang. mungkin juga sudah kecundang. "aku tau, ko da makin kuat skarang". itu kata teman ku. terkedu seketika. benarkah?

berkali2 aku berfikir.
"isn't it great if everything is just as easy as the story goes? and as easy as the way they sang in their songs. no need to burden your heart. just go with the flow"

aku tahu, ramai akan berkata jika itu berlaku maka hidup ini tiada cabaran. tanpa cabaran tak mungkin kita boleh belajar menjadi lebih kuat. benar. semua itu benar. aku tak nafikan.

SEDIH...; rasa sedih itu perlu untuk mengingatkan kita kepada yang MAHA ESA...

tapi bila masalah makin menyesakkan fikiran, tambah pula jika masalah itu berkaitan dengan soal hati, sukar mencari kekuatan itu. di waktu itu, aku hanya mengharapkan yang hidup aku semudah jalan cerita.

di saat itu juga, baru aku memahami perasaan mereka yang bertindak mencederakan diri sendiri sehinggakan membunuh diri. memang sakit. hanya dengan tindakan itu, sakit di hati boleh diumpamakan, mungkin juga lebih teruk.

aku masih waras. jangan khuatir. cuma aku putus asa dalam mencari kekuatan itu. biar pun aku mampu berdiri hari ini, esok2 pasti ia akan datang lagi. dan selagi cerita hidup aku berjalan, selama itulah aku mencari bahagian yang hilang itu. cuba untuk melengkapkan apa yang tiada.

tapi buat masa ini, can't it be as easy as the story goes?



p/s: naper org yg aku cr mkn jauh, dan yg dkt aku tlk?

p/s: " u've been holding on so long, trying to make believe that nothing's wrong. nt letting it shows. there ain't nothing u cn do 2 make me turn away from u. i need u to know that u cn let go... " ; BSB, unbreakble, 'you can let go' || wish i can ||


---x---

Tuesday, May 13, 2008

S.O.S

ASSALAMUALAIKUM...

hari ibu datang lagi... mama, selamat hari ibu. kakya sayang mama...

bersama-sama dengan itu, emosi aku berkocak lagi. pecah rekod ku, aku menangis 3 hari berturut-turut atas alasan yang sama. sama sekali aku tak menyangka itu akan terjadi.

dan hari ini, aku nyaris2 tewas. ALHAMDULILLAH, kalenjar air mata aku terselamat dari bekerja keras, meski pun kolam mataku sudah berair.

emo? aku mengakuinya. maaf! tapi sudah penat aku bertarung dengan perasaan aku.

kuatkan semangat!
jangan putus asa!
you can get through this!
believe yourself! you have a strong heart.
you can do this!


dan macam2 lagi kata semangat yang aku ungkapkan buat diri sendiri. mencari kekuatan dalam meredah perasaan yang menjatuhkan diri sendiri. benar. perkara itu sukar. payah.

sudah puas aku berfikir tentang perkara itu. percayalah! aku moody bukan kerana emo. tapi kerana perkara itu. dan bila dilambakkan bersama masalah2 lain, perkara itu semakin membebankan.

aku hilang tumpuan. menjawab kertas soalan hanya sekadar menjawab. tak ada perasaan. secara jujurnya, aku tak ambil peduli.

aku semakin sesat dalam lautan emosi. satu persatu masalah datang menyumbang beban. sukar mencari kekuatan itu...

tapi, aku akan terus mencuba.
mencari cahaya yang tak kelihatan...



p/s: sian pipa ngan kak pain. korg slalu jdik mgser aku. thnx kat pipa sbb slalu bsg nk ceriakan aku. thnx kat kak pain for ur concern

p/s: argh...raser cam nk nangis...takkan jadik 4 hari berturut2 kot?haih...

---x---

Saturday, May 10, 2008

EMO!!!

ASSALAMUALAIKUM...

2 3 hari yang lepas, aku dilanda badai lagi. emosi ku kucar kacir. sukar untuk menggambarkan gelora itu.

dan rasa sunyi itu datang lagi. rasanya seperti aku hilang tempat bergantung. aku hilang punca. tak tahu dengan siapa harus aku mengadu. rasa seperti aku keseorangan di sini.

aku benci perasaan itu. hilang tumpuanku tika mentelaah. aku hanya sekadar menatap setiap patah perkataan yang tertulis dalam buku nota ku. hakikatnya, 80% masa terbuang dengan hanya termenung.

di waktu itu, kak pain cuba untuk membantu. maaf! aku tak mampu menerimanya. biarkan aku dengan duniaku...jangan risau, aku masih waras.

ALHAMDULILLAH... akhirnya perasaan itu pergi jua... dan aku yakin, perasaan itu pasti akan menjengah lagi!


p/s: it's hard to rely on other but thnx.hope u can understand...sorry to bother

p/s: stadi week yg xberkesan...camner nieyh???? waaaaaaaa


---x---