Sunday, July 27, 2008

THOSE WORDS...

ASSALAMUALAIKUM...

hmmm...susah nak luahkan segala2nya pada seseorang. walaupun aku tahu, keadaan aku makin tenat. tapi aku tak berupaya.

mungkin itu punca utama aku seperti tak berperasaan. macam kata2 teman ku, "ko tu tader perasaan", "eh, tak cayer lak. ko da ader prasaan balik". aduh... bom dah turun.

aku tak pernah terasa dengan kata2 guraun mereka. cuma kadang2 kata2 mereka buat aku berfikir sejenak. kadang2 aku terluka, tapi aku buat tak hirau. aku tanam jauh2 moga tak kelihatan.

namun kebelakangan ini, aku terganggu. tiba2 aku kecik hati dengan kata2 mereka. aku tak kisah dengan apa yang mereka kata. cuma kata2 itu kadang2 berbunyi realiti. membuat aku rasa aku seorang yang teruk.

pun begitu, aku hanya mampu tersenyum. tak mengapalah. memori ini juga yang akan aku kenang. tapi ingat, itu tak bermakna mereka boleh berkata2 sesuka hati. setiap orang punya perasaan. persepsi mereka takkan sama.

dan untuk itu, respect them for who they are.


p/s: letih dibuli. dok kener buli jer..kadang2 sdey gak.hmmm...

---x---

Saturday, July 12, 2008

IT'S YOUR CHOICE

ASSALAMUALAIKUM...

bukan senangkan nak maafkan orang? terutama bila kita berharap setinggi gunung dan kemudian jawapan yang kita terima sangat menghampakan. aku tahu, rasanya sakit.

macam2 berlaku semesta lepas. aku bertemu dengan seseorang, bergembira, berkawan, bekerja, bergaduh, macam2. yang gembira itu jadi kenangan, dan yang pahit aku simpan jadi pedoman.

terus terang aku katakan, sekarang aku ada "perang" dengan seseorang. seseorang yang dulunya pernah menjadi teman rapatku, tempat aku mencari teman gelak ketawa bilamana aku kebosanan. mengapa ber"perang" ? huhu.. biarlah rahsia. hehe

aku mahu kata putus. mengapa dia dingin dan mengapa semakin jauh. tapi aku letih mencari jalan untuk mencari jawapan itu. maaf! aku putus asa dalam mencari tali yang terlepas dari tanganku.

mungkin penyelesaian yang aku ambil adalah yang paling tak rasional, tapi itu keputusanku. sukar untuk mencari kata kemaafan dalam hati ini. tapi dalam waktu itu, aku pelajari sesuatu.

seorang teman pernah berkata "kau tak boleh hidup dalam masa lampau". aku cuba lepaskan, tapi kenangan itulah yang menemani aku.

semudah penyelesaian ialah melepaskannya pergi. dan aku belajar untuk melepaskan segala2nya. memulakan setiap hari dengan semangat baru. sukar untuk melupakan segala2nya, tapi sekurang2nya aku berusaha.

aku tahu, mungkin teman ku ini akan membaca coretan ini. maaf jika aku yang bersalah. maaf kiranya aku ada menyakitkan hatimu.

aku faham kadang2 sukar untuk memaafkan seseorang. tapi sebenarnya, TIDAK adalah ego kita yang berkata2. selagi kita simpan dendam dan tak maafkan sesuatu kesilapan, kita sendiri yang akan terbelenggu dengan perkara tu. so, open your window and set yourself free. it's time to fly.


p/s: still, it hurts when the memories play

---x---

Friday, July 11, 2008

4A2, ONCE UPON A TIME...

ASSALAMUALAIKUM.....

Photobucket
4A2; once upon a time...

tengah2 bukak photobucket, tiba2 mata berkacamata ni terpandang poster ni. hasil kerja kira2 3 tahun yang lalu.saja2 nak share dengan korang. teringat pulak kat diorang. masa bersama, suka dan duka.huhu...


p/s: nk camera gak...huhu~~

---x---

Wednesday, July 2, 2008

ROCK N ROLL

ASSALAMUALAIKUM...

"semua lagu dier lagu sakit kepala..."

amboi... seronok benar akak ni mengomen koleksi lagu2 aku. benar, sesetengahnya dalam kategori rock dan mungkin juga metal. tapi aku punya alasan sendiri.

barangkali bagi sesetengah mereka beranggapan musik metal ini hanya akan merosakkan peribadi anak2 muda. yang aku maksudkan bukan BLACK METAL, tapi metal. lagu berunsurkan rock tapi lebih keras.

lagu2 nyanyian nightwish semestinya berunsurkan metal. tapi alunan lagu nya tak sekeras lagu metal yang biasa kita dengar. lagu fireflight bertajuk unbreakable sebenarnya punya nilai tersendiri. bukan lagu metal semata2. ader bisikan semangat terselit dalam lagu ini.

secara peribadinya, lagu2 metal ini memang berunsurkan emosi2 negatif. marah, dendam, kecewa, tekanan dan berbagai lagi. bagi aku, emosi negatif ini dapat disalurkan melalui lagu2 metal ini. mungkin juga mampu mengurangkan tekanan.

benar, ini hanya pandangan ku. tapi mereka yang tidak mendengar akan sentiasa menilai dengan pandangan mereka. nilai lagu bukan hanya pada nadanya, malah juga pada liriknya...


p/s: musik bukan sekadar musik.dengannya aku mencari semangat dan meluahkan perasaan...

p/s: now i know, i'm just another girl next door. but the thing is, it's sad because i get to know the truth from other person. coward...huh

---x---