Friday, August 7, 2009

JANJI YANG PASTI

ASSALAMUALAIKUM...

masa kat rumah pak sedara aku baru2 ni, aku tertengok cerita CSI. episod sara sidle diculik oleh pembunuh misteri dan semua yang terlibat bertungkus lumus cuba mencari lokasi sara berada.

dalam episod ni, ada satu babak yang paling aku ingat. babak di mana nick teringat perbualan dia dengan sara selepas baru je diselamatkan daripada satu penculikan. babak di mana sara berkata "when its your time, its your time." time itu merujuk kepada mati.

apa yang cuba dikatakan oleh sara ialah jika sudah sampai ajal, kita takkan dapat lari atau bersembunyi. ironinya, Islam mengajar kita perkara yang sama. hakikat ajal yang takkan dilewat2kan atau dipercepatkan. hakikat yang ajal maut sudah ditakdirkan semenjak kita menjengah ke dunia.

mungkin ajaran mereka juga menekankan perkara yang sama. tetapi aku sebagai seorang beragama Islam telah diingatkan tentang soal mati oleh sebuah kisah terbitan mereka beragama lain. terbit rasa keinsafan. sesungguhnya manusia itu sentiasa alpa, harus saling memberi peringatan.

semoga entry ini mampu memberi sedikit peringatan kepada yang membaca. ajal itu pasti. Allah telah berjanji bahawa Dia tidak akan melewatkan atau mempercepatkan saat roh terpisah dengan jasad.

Daripada Ibnu Umar r.a. : Seorang Sahabat dari Ansar berdiri dan bertanya kepada Rasulullah: “Ya Nabi Allah, siapakah manusia yang paling pintar dan siapa pula yang paling cerdas otaknya?”

Rasuluilah s.a.w. lalu menjawab: “Yang paling cerdas dan yang paling pintar ialah orang yang paling banyak mengingat-ingati mati, dan yang paling banyak sedia bekal untuk menghadapi mati. Mereka itulah sebenarnya orang-orang yang pintar sekali. Mereka telah membolot kemuliaan dunia serta ketinggian darjat di akhirat.

(Hadis Riwayat at-Tabarani)



p/s: pesanan juga untuk diri sendiri...

---x---

2 comments:

thasilah said...

salam nuzul..
sangat suka ngan entry ni..
memberi peringatan kepada manusia yang sering lupa dan leka..

Kematian itu tidak dapat dipercepatkan atau dilambatkan walau sesaat, walaupun dengan bantuan alat-alat pernafasan tercanggih, antibiotik terkuat dan kepakaran terhebat manusia. Itulah sakit yang tiada ubatnya, yang dikatakan oleh Rasulullah saw.

“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasakan mati.” (Surah Ali-Imran:ayat 185)

jadi,jom kita berjuang habis-habisan,gunakan segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita sbg tanda syukur kita kepadaNya.

carilah redhaNya dalam hayat kita yang terlalu pendek ni.

p/s: tq nuzul 4 this post..ternanti-nanti saat bila mungkin kita kan bersua.. :)

nuZoul said...

huhuh..thnx.
just peringatan untuk dr sndr n sumer org.
insyaAllah ader jodoh jumper la kiter.huhu...