hujung minggu lepas aku sempat tengok satu muvi. ToothFairy. lakonan The Rock sebagai seorang ahli sukan yang hilang harapan. jalan ceritanya menarik. mengajar kita untuk tidak tunduk kepada kegagalan dan terus berusaha untuk mencapai kejayaan.
secara tidak langsung aku kaitankan dengan kehidupan aku. dalam hidup ni, tak mungkin kita akan sentiasa teguh berdiri. pasti ada masa kita akan jatuh. and believe me, i've felt defeated a thousand time. dan aku tak nafikan kadang-kadang aku rasa mahu berputus asa.
tapi masa adalah satu ubat yang menakjubkan. bila masa berlalu, hati pandai menyembuhkan badannya sendiri. mungkin kerana dia tahu betapa pentingnya peranannya dalam hidup seseorang. benar, bila ada luka, pasti ada parut. dan percayalah, parut itu tak pernah hilang.
masalahnya, manusia ni kadang-kadang buta. bila dikecewakan perasaan hampa menguasai diri. mungkin perasaan itu yang menutup jalan untuk hati sembuh. mungkin juga perasaan dendam atau dengki.
one of the things i learn in my life is to let go. ada banyak pengalaman pahit dalam hidup kita. bila tersedar dengan perkara tu, aku jadi murung. susah hati. tak apa. ambil masa untuk bersedih. tapi jangan biarkan kesedihan tu menguasai diri.
kadang-kadang kita perlu untuk merasa sedih supaya kita lebih menghargai apa yang ada di sekeliling kita. juga untuk mendekatkan diri kepada-Nya.
life sucks. let it be. people hate it. so don't suck yourself.
p/s: just keep believing in your dream...
---x---
No comments:
Post a Comment