Monday, April 26, 2010

simptom TTS

ingin tereasa bebas seperti burung

Assalamualaikum...

masih dalam usaha memulihkan diri dari simplikasi TTS. parah teramat. duduk kat bilik tengok movie terasa ada yang kurang. nak buat asaimen pun tak ada mood. tunggu mood jawabnya last minute lah...


matahari terbit di lumut; mencari ketenangan di sebalik kedamaian.

masih juga dalam usaha mencari ketenangan dalam hati. susahnya nak capai ketenangan tu. tapi rasa2nya sekarang lebih baik dari dulu. syukur.

2 3 minggu ni memang gila. asyik keluar dan balik lewat. mungkin benar kata seorang teman, "culture shock" selepas show bangsawan. haha. betul juga. yerlah, kalau dah hari2 keluar pergi trening petang dan malam, mana tak nya. kalau tak buat kerja pun mesti duduk bersama dan berborak.

tak dapat bayangkan bagaimana hidup ber'intern' nanti.

oh ya, semoga semakin tenang bila semakin hampir dengan Nya. :)


p/s: penat di hati siapa yang tahu

Monday, April 19, 2010

Tenang dalam Kacau

Assalamualaikum...

pagi esok ada interview. mungkin sebab company besar, so rata2 cakap pergilah interview ni. tapikan, hati aku bukan di situ. rasa berat nak pilih intern kat kl. rasanya esok aku akan melalut aja. melalut tanpa topik. nasiblah...

kalau nak cerita soal hati ni, mungkin susah sikit. tak tahu lah kenapa, 2 3 hari ni emosi tak tentu hala. kepala otak menggila tak tentu pasal. hasilnya, sesi vocal training 3 malam berturut-turut, main air terjun dan sungai, dan terus ke KL. itu pun aktiviti terhenti sebab nak ke KL. kalau tak, ada sesi ke 4 vocal training. cemburu jugak kat mereka yang meneruskan aktiviti gila hari sabtu. tapi tak apa lah. ada hikmahnya.

pelik tak pelik hati aku nih, boleh pulak tengah2 vocal training, tiba2 terasa sangat sayu. itulah sebabnya sesi ke 3 semacam lagi best dari sesi2 lain. pilih lagu2 mencabar vocal. kemudian menjerit sepuas hati.

dan bila terlepas sesi ke 4, kecewa lah jugak. bila fikir2 balik, bagus jugak. mungkin hati aku ni tak tenang sebab sudah makin jauh dengan Nya. hmmm...

sekali sekala mesti diserang perasaan ni. perasaan yang sangat tak seronok. terasa penat dan letih. hilang semangat untuk meneruskan perjalanan. rentak irama langkah yang disusun semakin tak teratur. dada terasa sempit untuk bernafas. otak serabut. untuk terasa segar jauh sekali.

aku keluar dengan alasan nak lepaskan tension. tipulah. keluarlah seribu kali pun, vocal training sampai tak ada suara, keadaan aku macam tu juga. tak berubah. tak tenang dan perlu direhatkan. aku perlukan masa untuk diri sendiri. perlu untuk mencari kembali semangat dan tujuan hidup.

aku perlukan dia. perlukan tempat berteduh melepaskan lelah.
aku perlukan Dia. untuk ke jalan yang benar.


p/s: stood tall, took everything that came in my way, ate it up and spit it out...

Monday, April 5, 2010

teruskan!

Assalamualaikum...

dah dalam 2 minggu kelas mula selepas cuti pertengahan semesta. dalam sibuk masih ada masa berjalan-jalan. sempat pergi jalan2 di pantai teluk batik di waktu malam dan bermandi air terjun dalam seminggu cuti tu.

baru2 ni boleh pula berjaga malam dan melihat matahari terbit di lumut. seronok. tapi tulah, balik utp kenalah balik kepada tanggungjawab. jawabnya meter stress naik balik. kepala otak berserabut. tidur pun macam tak tidur.

2 3 minggu ni memang penat. penat sangat. tak tipu. kalau tak percaya tanyalah budak tts. hari2 buat props dan set. bukannya tak suka, benci jauh sekali. benda2 ni aku suka buat. cuma masa untuk melepak dan masa untuk diri sendiri dah berkurang. mungkin dah tak ada.

bila tak pernah cerita pasal kepenatan tuh buat aku makin penat. jadi bila ada masa enjoy aku enjoy. bila boleh ketawa, aku ketawa sungguh2. biar hilang sikit stres tu.

tak apa. teruskan usaha.
pulun habis-habisan.

owh ya, datanglah show bangsawan pertama tts.
"Tuah Hang Jebat"



p/s: hmmm... anie, aku pon nak jugak satuuu... :(

---x---