Monday, April 5, 2010

teruskan!

Assalamualaikum...

dah dalam 2 minggu kelas mula selepas cuti pertengahan semesta. dalam sibuk masih ada masa berjalan-jalan. sempat pergi jalan2 di pantai teluk batik di waktu malam dan bermandi air terjun dalam seminggu cuti tu.

baru2 ni boleh pula berjaga malam dan melihat matahari terbit di lumut. seronok. tapi tulah, balik utp kenalah balik kepada tanggungjawab. jawabnya meter stress naik balik. kepala otak berserabut. tidur pun macam tak tidur.

2 3 minggu ni memang penat. penat sangat. tak tipu. kalau tak percaya tanyalah budak tts. hari2 buat props dan set. bukannya tak suka, benci jauh sekali. benda2 ni aku suka buat. cuma masa untuk melepak dan masa untuk diri sendiri dah berkurang. mungkin dah tak ada.

bila tak pernah cerita pasal kepenatan tuh buat aku makin penat. jadi bila ada masa enjoy aku enjoy. bila boleh ketawa, aku ketawa sungguh2. biar hilang sikit stres tu.

tak apa. teruskan usaha.
pulun habis-habisan.

owh ya, datanglah show bangsawan pertama tts.
"Tuah Hang Jebat"



p/s: hmmm... anie, aku pon nak jugak satuuu... :(

---x---

2 comments:

Anonymous said...

wow,hebatnye tlibat ngan teater. aktor ke?
wawww...sgt amazed

nuZoul said...

hoho...
bkn aktor. management shj...
jager props n costumesssss
best tp penat woooo~~~
huhu