Assalamualaikum...
pagi esok ada interview. mungkin sebab company besar, so rata2 cakap pergilah interview ni. tapikan, hati aku bukan di situ. rasa berat nak pilih intern kat kl. rasanya esok aku akan melalut aja. melalut tanpa topik. nasiblah...
kalau nak cerita soal hati ni, mungkin susah sikit. tak tahu lah kenapa, 2 3 hari ni emosi tak tentu hala. kepala otak menggila tak tentu pasal. hasilnya, sesi vocal training 3 malam berturut-turut, main air terjun dan sungai, dan terus ke KL. itu pun aktiviti terhenti sebab nak ke KL. kalau tak, ada sesi ke 4 vocal training. cemburu jugak kat mereka yang meneruskan aktiviti gila hari sabtu. tapi tak apa lah. ada hikmahnya.
pelik tak pelik hati aku nih, boleh pulak tengah2 vocal training, tiba2 terasa sangat sayu. itulah sebabnya sesi ke 3 semacam lagi best dari sesi2 lain. pilih lagu2 mencabar vocal. kemudian menjerit sepuas hati.
dan bila terlepas sesi ke 4, kecewa lah jugak. bila fikir2 balik, bagus jugak. mungkin hati aku ni tak tenang sebab sudah makin jauh dengan Nya. hmmm...
sekali sekala mesti diserang perasaan ni. perasaan yang sangat tak seronok. terasa penat dan letih. hilang semangat untuk meneruskan perjalanan. rentak irama langkah yang disusun semakin tak teratur. dada terasa sempit untuk bernafas. otak serabut. untuk terasa segar jauh sekali.
aku keluar dengan alasan nak lepaskan tension. tipulah. keluarlah seribu kali pun, vocal training sampai tak ada suara, keadaan aku macam tu juga. tak berubah. tak tenang dan perlu direhatkan. aku perlukan masa untuk diri sendiri. perlu untuk mencari kembali semangat dan tujuan hidup.
aku perlukan dia. perlukan tempat berteduh melepaskan lelah.
aku perlukan Dia. untuk ke jalan yang benar.
p/s: stood tall, took everything that came in my way, ate it up and spit it out...
4 comments:
all da best. aku pun kadang2 rasa murung mcm haram. tapi sbnrnya kita prlukan masa utk diri sendiri :)
huhu..thnx.haru lah jugak interview td.
i guess i need more time for myself :|
wah jo pon teringin nak msuk kelas vokal jgk... tp sokmo ada mcm2 kije btambah,
kul x terserlahlah kehebatan vokal tu
hahaha...
cariklah masa.ader jer. maner tau kot2 sumer terpikat dgr vocal jo..
huhu ;P
Post a Comment