Sunday, May 16, 2010

BK jap!

Assalamualaikum...

hari ni hari terakhir minggu belajar. tapi semalam boleh pulak meluang masa berlepak di Burger King bersama kanak2 tts.


yang turut hadir; amar, keril, hisyam, haf, farah, fatinah, daos. aku dan syi ade kat blakang. hehe...

seminggu ni emosi terganggu, hati tak tenang. jadinya tak berapa nak stadi. eh, bukan tak berapa. tapi memang tak stadi. hari khamis lepas pun boleh terlepas ke taiping. mak sedara aku pesan "jawab elok2 final". kalau lah dia tahu aku tak belajar...


ko buat per tu kat rambut amar keril... si hisyam ni lak sebok jer ngan mesej...haih

aku ikut diorang ni pergi bk bukan per, seronok tengok telatah diorang. makan2 sambil borak2. sedikit sebanyak terubat jugak hati.

ciom sket! ekekeke

ok, esok subjek subjek pertama, WTA atau Well Test Analysis. aku sedar itu permulaan final. dah tak boleh main2. kene fokus belajar.

last but not least,aku dan syi... :P

mungkin terlambat aku bangun dari rebah. tapi aku terima segalanya.ada hikmah di sebalik apa yang terjadi.

"i'll stand still. take everything one by one, work it inside out and leave it to God. i just need to believe that things will be ok."


p/s: tenangkan hati ku. moga semua berjalan lancar...

Thursday, May 13, 2010

TERIMA KASIH!!!

Assalamualaikum...

sekarang sedang stadi week. dah masuk hari khamis tapi itu lah, tak sentuh lagi buku. bila nak mula? entah lah.


bersama kanak2 TTS sewaktu menonton teater bangsawan laksamana cheng ho.

semester ke lima pon dah nak habis. nanti mula intern pula. hmmm.. cepatnya masa berlalu.

tuya, hisyam dan aku, berjalan2 di sekitar batu gajah. (acap di belakang gambar. hehe)

tahun ketiga ni memang mencabar. semester paling penat, penuh suka duka, gelak tawa, kenangan manis dan pahit. semester yang diwarna dengan warna2 pelangi, meski pun ada kala redup dengan awan hitam.

posing ala2 buat cover album lepas celeb birthday..agaga

aku tak nafikan, semester lain pun tak ada kurangnya. tapi semester ini paling ceria, paling sibuk, paling sedih, paling serabut. 1 000 dalam 1. dan kenangan terindah pastinya bersama TTS, keluarga paling aku rapat.

krew produksi bangsawan tuah hang jebat.

tak pernah aku begitu terikat dengan orang2 di sekeliling aku melainkan TTS. satu komiti yang sukar dipisahkan. hubugan sesama sendiri begitu utuh, tiada sempadan senior junior. yang tengah foundation pun selamba aje bergurau senda dengan yang bakal grad. kadang2 aku rasa bangga melihat silaturahim itu. kerana rapatnya kami tak kenal usia, asalkan mahu bergaul pasti lama kelamaan rapat juga.

tak luper juge The TITANS. the best ever! :)

kenangan bermandi manda, buat kerja bersama2, melepak di tepi pantai, saat bermain UNO sampai 2 jam sebab nak tunggu bottom 2, waktu2 menonton movie bersama, semuanya akan aku simpan. buat bekalan masa depan, terutama masa praktikal nanti.

kanak2 yang turut bergeletek di genting.. ekekeke

one of my fav pic time kat genting. dah pernah upload dulu. tapi nk letak jugak. hehe ;P

oh, tak lupa juga kepada teman satu course. banyak juga aktiviti aku tertinggal dengan korang. tapi setakat yang aku ikut, aku cuba untuk enjoy sepuas hati. waktu ke genting highland itu lah yang paling aku enjoy. dengan surprise birthday celebration aku yang tak menjadi. haha... celebration paling havoc. 21 tahun pada 21 april. kalau lah sekarang ni tahun 2021, mesti lagi cun. hehe...

kanak2 yang menjayakan celebration birthday yang tak baper surprise. hehe

rase2 kenal tak gambar ni? induction dak2 PE time 2nd year. huhu

celebration paling sweet masa aku foundation. kene prank dengan seorang teman (siap nangis2 lagi) dan akhir skali jumpa di cafe. di sana semua nyanyikan lagu happy birthday. hatta yang tak ada kene mengena sekalipun.

dalang2 di sebalik prank birthday time foundation.thnx guyz!!!

ini baru tahun ketiga. tinggal setahun setengah lagi. cepat betul masa berlalu. terima kasih kepada yang berkongsi memori suka duka.

terima kasih kepada yang sanggup mendengar luahan rasa hati.

terima kasih kepada yang sudi diganggu dan dikacau sewaktu aku bosan menghitung detik.

terima kasih, terima kasih dan terima kasih. kenangan ini akan aku simpan sampai bila2.


i'll be missing you guys. seriously i will...

terima kasih juga kerana mencorakkan ruang itu.


p/s: even if u dont know, i'll keep it with me...