Assalamualaikum...
sekarang sedang stadi week. dah masuk hari khamis tapi itu lah, tak sentuh lagi buku. bila nak mula? entah lah.
semester ke lima pon dah nak habis. nanti mula intern pula. hmmm.. cepatnya masa berlalu.
tahun ketiga ni memang mencabar. semester paling penat, penuh suka duka, gelak tawa, kenangan manis dan pahit. semester yang diwarna dengan warna2 pelangi, meski pun ada kala redup dengan awan hitam.
aku tak nafikan, semester lain pun tak ada kurangnya. tapi semester ini paling ceria, paling sibuk, paling sedih, paling serabut. 1 000 dalam 1. dan kenangan terindah pastinya bersama TTS, keluarga paling aku rapat.
tak pernah aku begitu terikat dengan orang2 di sekeliling aku melainkan TTS. satu komiti yang sukar dipisahkan. hubugan sesama sendiri begitu utuh, tiada sempadan senior junior. yang tengah foundation pun selamba aje bergurau senda dengan yang bakal grad. kadang2 aku rasa bangga melihat silaturahim itu. kerana rapatnya kami tak kenal usia, asalkan mahu bergaul pasti lama kelamaan rapat juga.
kenangan bermandi manda, buat kerja bersama2, melepak di tepi pantai, saat bermain UNO sampai 2 jam sebab nak tunggu bottom 2, waktu2 menonton movie bersama, semuanya akan aku simpan. buat bekalan masa depan, terutama masa praktikal nanti.
oh, tak lupa juga kepada teman satu course. banyak juga aktiviti aku tertinggal dengan korang. tapi setakat yang aku ikut, aku cuba untuk enjoy sepuas hati. waktu ke genting highland itu lah yang paling aku enjoy. dengan surprise birthday celebration aku yang tak menjadi. haha... celebration paling havoc. 21 tahun pada 21 april. kalau lah sekarang ni tahun 2021, mesti lagi cun. hehe...
celebration paling sweet masa aku foundation. kene prank dengan seorang teman (siap nangis2 lagi) dan akhir skali jumpa di cafe. di sana semua nyanyikan lagu happy birthday. hatta yang tak ada kene mengena sekalipun.
ini baru tahun ketiga. tinggal setahun setengah lagi. cepat betul masa berlalu. terima kasih kepada yang berkongsi memori suka duka.
terima kasih kepada yang sanggup mendengar luahan rasa hati.
terima kasih kepada yang sudi diganggu dan dikacau sewaktu aku bosan menghitung detik.
terima kasih, terima kasih dan terima kasih. kenangan ini akan aku simpan sampai bila2.
terima kasih juga kerana mencorakkan ruang itu.
p/s: even if u dont know, i'll keep it with me...
2 comments:
ingat2 prank tu. syahdu sungguh. huuu~
maseh terbayang time lari laju2 dr poket d ker usm. time sikejor si devina sbb nk leset icing tp akhirnye kene ngan syima jugek~~~
n time mase sumer nyanyi beramai~~~
heeeeeeee T_______________T
Post a Comment