Wednesday, October 27, 2010

CUACA FORD [week 21, day 3]

Assalamualaikum...

ok, baru habis training. siapa yang bagi training?
ehem2... aku la! haha

minggu ni SV aku dah alocate untuk aku present ReO. bak kata SV aku presentation/training. kalau ikot aku, slash banyak kali training tu. huhu. yer la, cuak kot. dah tak biasa lagi dengan software tu, nak kene present. lepas tu, aku pulak macam blur2 bila nak present. aish... payah betul. nasib baiklah CY dan kak Aida ada, dioranglah yang banyak tolong aku.

walaupun presentation aku ni aku rase sangatlah teruk, tapi at the same time, lepas dah habis rasa puas hati dan seronok. yang paling penting, aku enjoy, in which aku pun tak paham kenapa. haha. again, thanks Iain for the oppurtunity you gave me. even kalau aku failed present, at least i was exposed to this sort of situation. thank you so much! thanks jugak kat Cy, kak Aida and Cynthia. banyak yang aku belajar dari diorang ni walaupun aku yang bagi training.

dah, cukup psl training. last weekend, aku, Uyun, Amad, Hex, Sean, Irsyad bersama tuan pengetua Zaki turun genting. eh, naik genting. terbaik! aku naik space shot 2 kali, cockscrew 2 kali. juga naik kapal yang dulu tak seram langsung, tapi kali ni naik terasa gerun dan cuak. haha. nice!!!

sebab aku nak sangat bear kat genting tuh, atas jasa Zaki menilik itik2 kejam yang licik dapat lah sekor. walaupun biasa aje saiznya, tapi puas hati dapat bear. ngeeee~~~

on the way turun genting ada problem sikit dengan kereta, so stop tepi jalan. tengah2 tunggu cool down, tiba2 aku dapat idea bodoh. buat pose everytime bas lalu tempat tu. sekali Sean keluar dengan gaya otromen dia. hah, ambik kau! haha


dah selamat turun, berhenti magrib dan terus ke pusat latihan menyanyi. buat apa? karok pasti! haha. dah lah kat genting dah jerit ni nk karok lagi. tapi layan saja lah. lepas tu aku teringat pasal masalah rumah tangga, so mood down sikit. hishk, kacau aje. da habis karok, nak pergi makan. lapar!

mungkin rezeki kitorang (walaupun orang tu kata duk menempek aje) dapat berBBQ kat rumah Sean sebab abang beliau buat BBQ malam tu and tak habis. so kitorang lah tukang habis. sudahnya, lepak kat luar rumah dengan tikar dan langit cerah, sampai awal pagi. pukul berapa? biarlah rahsia~~~ haha

pengalaman naik space shot terbaik! second time naik lagi scary berbanding yang first round atas sebab pemandangan dia, cantik! tapi scary... huuu~~~

thanks guys for the moment, thanks for the memory~~ :)



Irsyad, Sean, Zaki, Amad, Hex, Aku dan Uyun. baru lepas naik flying coaster. best!

satu catatan dalam hidup untuk kenangan sepanjang masa.

p/s: intern yang penuh suka dukaaa. huuuu. cepatlah habis eh. sabar n tabah!

p/s: sok beday bapak aku. hepi besday pa!

Thursday, October 21, 2010

CUACA FORD [week 20, day 4] UTP lagi~~~

Assalamualaikum...

haaaa, last week aku balik UTP lagi. tengok kanak2 TTS grad.

hang out with TTSiansss and i had a wonderful and interesting weekend. dapat tengok sunset di teluk senangin, karok habis-habisan dan makan di shabu2. yang tak bole blah, aku, Fatinah dan Acap sempat karok sambil main buai di tepi pantai. layan jer la. tapi seronok!

sempat jugak letak gambar sunset. hehe....

splendid!!!

pastu, aku dengan tak ada kerjanya telah membuang masa membuat sesuatu untuk diorang yang dah grade tu. on behave on TTS, please accept this simple wishes from us :)

specially made for them; on behave of TTS. 100% handmade :)

aku pun personally wish korang sumer, happy graaaaaaaaaaaad, jugak kepada senior2 lain yang aku kenal dan diorang pon kenal aku. huhu

congratzzzzzzzzz ya guys!

p/s: simpan leklok ye! itu bukan sekadar hadiah tau... :)

Tuesday, October 12, 2010

CUACA FORD [week 19, day 2]

Assalamualaikum...

haaaa.... sekarang dah minggu yang ke-19 internship. tak sabar nak tunggu minggu ker 32. cepat la habis intern yer...

lepas balik dari Jakarta memang tak ada masa nak update blog. tak sempat nak letak poster bundle show TTS kat KL. balik dari Jakarta terus pergi UTP. sampai di airport jam 10.45 malam, naik train pergi KL Central pastu ambil LRT Putra balik wangsa maju, ada lah dalam jam 12 sampai rumah. lepak2 kejap kol 2.30 pagi baru tidur. lepas tu pukul 4.00 pagi bangun siap2 bertolak pergi UTP tumpang Parcel dan Din.

wiken tu ada workshop untuk fesi2. basically nak train dak2 TTS so kalau ada workshop takde lah kalam kabut nak cari fesi dan at least, semua dah tahu apa yang nak kene buat. lepas tu petangnya ada open house Dr Shark. tapi kecewa teramat sangat, dalam kol 12 lebih tu aku diserang sakit perut. lunch pun paksa diri. sebab tak larat sangat, aku tidur kat masjid kejap lepas zuhur. sedar2 dah pukul 4. nasib baik diorang tak bertolak lagi pergi rumah Doc.

segan sebab 1st time pergi rumah orang tapi diri sendiri yang sakit. sampai sana kak Ad mintakkan minyak panas/balm dari mak cik Habsah, wife Doc. da sapu ok la sikit, tapi sakit balik. terharu bila Doc dan wife dia carikan aku ubat untuk sakit perut tu. mula2 ingatkan angin, so dapatlah ubat angin. makan tu kejap jer hilang, tapi lepas tu sakit balik. bertambah2 rasa bersalah dan segan bila mak cik Habsah buatkan aku air teh halia. tapi aku tak sempat nak habiskan... haruuuuuu!!!!

dah time tu diorang semua tengah shooting. sampai lah satu masa aku cari spot, terus tidur. sedar2 orang nak balik dah. kene paksa pergi klinik lagi. adeiyh... menyusahkan orang je. bila aku selidik balik, rasa nya sakit perut tu adalah gastrik. haishk... aku da kene gastrik rupernya.

wiken lepas pulak ada bundle show TTS di KL. hari sabtu tu turun Times Square lepak2 dengan Usop dan Acap (oh, tahniah kat Usop sebab da bertunang hari ahad lepas). sempat lah tengok cerita Magika. huhu. lepas tu terus pergi Taman Budaya, tengok run diorang dan tolong mana2 patut. aku dan Zai jadi front of house. Acap pun ada tolong sikit2.

penat memang penat. tapi seronok dapat hang out dengan diorang. tempat bergelak ketawa, menghilangkan tension.

satu je slack. i was supposed to enjoy my time last weekend but i didn't enjoy it that much. i was thinking about something else whenever i was alone. tu yang tengok Bedah sampai feeling lebih2. haih, apsal laa boleh jadi macam tu...

anyhow, weekend ni balik UTP lagi. kanak2 TTS yang nak grad; kak Ad, Zai, Din, Usop, Am, Helhal, Nuar, Izzi, Pojan. tu jer kot. kalau ada tertinggal ingatkan yer! Happy graduation day guys. cepat2 lah kawin, boleh kitorang merasa nasik minyak free. hehe :P


p/s: kepada encik fakrullah aka pak wong aka fakuk, hepi besday! hehe. jangan marah aku letak name glamer ko. bukan senang tau! hehe

p/s: wont let it go, but i'm just sooo tired. **sigh~~

Friday, October 1, 2010

CUACA FORD [week17; day5]

Assalamualaikum...

last day in Jakarta. 3.55 am in the morning. sejam lewat compared to jam Malaysia.

hari ni ada presentation lagi. Endra ni saje je. even the last day pun ada kerja. hari ni aktiviti penuh. kena keluar awal pagi, pergi ofis ambil Endra lepas tu terus ke ofis client. +- traffic jam, solat jumaat aku rasa mungkin sampai ofis dalam pukul 2. pukul 3 terus g airport.

huh, tak sabar nak balik.
tapi sayang nak tinggal.

semua aku akan ingat. building Talavera yang cantik, hotel Kristal yang mewah, Pak Saiman driver yang baik, Endra dan Imron engineer yang bersusah payah ajar aku pasal software.
terima kasih untuk semuanya.

terima kasih untuk Iain Paton untuk peluang ni.

terima kasih!

see you guys in Malaysia! ;)


p/s: might have screwed up even before i can start it. dem, hate it

p/s: am i wrong?