Saturday, July 12, 2008

IT'S YOUR CHOICE

ASSALAMUALAIKUM...

bukan senangkan nak maafkan orang? terutama bila kita berharap setinggi gunung dan kemudian jawapan yang kita terima sangat menghampakan. aku tahu, rasanya sakit.

macam2 berlaku semesta lepas. aku bertemu dengan seseorang, bergembira, berkawan, bekerja, bergaduh, macam2. yang gembira itu jadi kenangan, dan yang pahit aku simpan jadi pedoman.

terus terang aku katakan, sekarang aku ada "perang" dengan seseorang. seseorang yang dulunya pernah menjadi teman rapatku, tempat aku mencari teman gelak ketawa bilamana aku kebosanan. mengapa ber"perang" ? huhu.. biarlah rahsia. hehe

aku mahu kata putus. mengapa dia dingin dan mengapa semakin jauh. tapi aku letih mencari jalan untuk mencari jawapan itu. maaf! aku putus asa dalam mencari tali yang terlepas dari tanganku.

mungkin penyelesaian yang aku ambil adalah yang paling tak rasional, tapi itu keputusanku. sukar untuk mencari kata kemaafan dalam hati ini. tapi dalam waktu itu, aku pelajari sesuatu.

seorang teman pernah berkata "kau tak boleh hidup dalam masa lampau". aku cuba lepaskan, tapi kenangan itulah yang menemani aku.

semudah penyelesaian ialah melepaskannya pergi. dan aku belajar untuk melepaskan segala2nya. memulakan setiap hari dengan semangat baru. sukar untuk melupakan segala2nya, tapi sekurang2nya aku berusaha.

aku tahu, mungkin teman ku ini akan membaca coretan ini. maaf jika aku yang bersalah. maaf kiranya aku ada menyakitkan hatimu.

aku faham kadang2 sukar untuk memaafkan seseorang. tapi sebenarnya, TIDAK adalah ego kita yang berkata2. selagi kita simpan dendam dan tak maafkan sesuatu kesilapan, kita sendiri yang akan terbelenggu dengan perkara tu. so, open your window and set yourself free. it's time to fly.


p/s: still, it hurts when the memories play

---x---

3 comments:

Anonymous said...

aku terasa.. haha =)

beLLe said...

adakh itu pic najat??

nuZoul said...

yup..btol2..you tell me there's a positive side about it. now, it's not that hard to be positive, isn't it?

and yes, i could never forget it.never...