Sunday, November 21, 2010

CUACA FORD [week 24, day 7] main2 air di Gambang, borong air laut di Paka!

Assalamualaikum...

minggu lepas sempat menjejakkan kaki ke Gambang Water Park. its girls' time!

Gambang Water Park; dari jauh nampak ikan pirana nganga tadah air. haha

bertolak pagi kira pukul 9.45 ke Gambang. exit Maran dan terus ikut signboard ke Gambang Water Park. water park terbesar dengar kata. boleh lah, besar la jugak. terbesar kat mana? huhu. lupa dah. sila guna bantuan En Gugel. hehe...

seronok main air. walaupun hujan renyai2. huhu. ada 6 jenis slide. semua kitorang naik. best! yang ala2 racing tu paling best! rasa macam terbang. haha. udah la tinggi slidenya. sebelum tu kene daki tangga tinggi. penat naik tinggi tapi turun slide tak sampai 60 saat. somehow it's worth it. yang penting enjoy!

lepas tu pergi kat kawasan ombak. huh, penat nak tarik pelampung ke bahagian tengah. ombak pulak besar2. sesak dengan ramai orang lagi. bila dah sampai tengah cepat2 naik pelampung. tempat paling dalam 1.5 meter. tapi biasalah, orang pendek la katakan. 1.2 meter pon dah gelabah. haha

muka ceria lepas main air. hehe

dah habis main air, aku pergi makan. steamboat siap! dah kenyang2, pergi jenguk kakak aku kat Beserah. main2 dengan anak buah kejap, terus cabut ke Mesra Mall. tujuan? Karok!!!!! haha. semua pun main jerit sesuka hati. lepaskan tension. yeah~~~

makan steamboat kat johnys!!!

balik rumah, tidur! penat seharian berjalan. :)

Syima, Ai dan Ima dengan tabah pergi kerja esok paginya. tengah hari tu pergi Mesra Mall lunch di Secret Receipy. lepas tu Ai dan Ima terus masuk kerja. komited laa katakan. hehe. kitorang yang lain pergi rumah kakak ipar aku jap. saja menjenguk. dah lama tak jumpa. nak tunggu lain kali macam susah pulak. so ambillah kesempatan yang ada tu...

next destination? pantai Paka! tujuan? borong air pantai untuk cik Nela dan Uyun buat eksperimen. jauh kot import ait laut dari Paka. haha. aku dan Uyun sempat la main air laut kejap sebab nak ambil air laut tu. yang lain jadi manager, tengok lulus tak hasil kerja kitorang sambil ambil gambar. hehe

hasil borongan air laut. ;P

dah puas hati dengan bekalan air laut, terus balik. sampai dalam pukul 9 kot. esoknya nak kene pergi kerja. malas betul!

wiken ni? oh, berehat goyang kaki di rumah. edit gambar minggu2 lepas dan upload kat photobucket. hehe

dah2. balik sume! esok nak keje...

next activity? entah la...

just wait and see... :)


p/s: same cm dulu?

Tuesday, November 16, 2010

CUACA FORD [week 24, day 2] y = mx + c; y = gila, m = solo2 di rumah semasa public holiday, x = takde aktiviti nak buat, c = bosan yang amat.

Assalamualaikum...

esok raya haji. KL cuti sehari je. selamat hari raya korban ye rakan2...

rumet da balik johor. housemate nanti nak balik Ampang. sorang lagi lah minggu ni. cuti deepavali pun sama. adui... bosan lah macam ni duk rumah sorang2...

duk ofis pun bosan. nasib baik ada kak Aida, boleh teman dia dan main2 dengan dia. kalau boleh jadik macam kartun bawah ni pun ok jugak.


hidup rasa makin bosan. cepatlah habis intern ni. lagi 2 bulan. cepatlah! nak balik rumah tolong paper yang patut. tanak fikir pasal benda2 lain. nak hidup dengan tenang. tanak terlibat dengan konflik luaran mahupun dalaman.

huh, bosan dan teramat bosan. mungkin aku jer yang bosan? kecewa tak dapat balik rumah. tak ada rezeki agaknya. cepatlah intern cepat habis. nak balik rumah jugak macam orang lain jenguk parents diorang. lalala~~~



and uh, i'm losing my head over everything. dah lama tak gila nih. haha


p/s: tidor sepanjang hari esok?

Friday, November 12, 2010

CUACA FORD [week 23, day 4] bunga dan kumbang, siang dan malam, cantik dan hodoh!

Assalamualaikum...

siapa dan apa? mengapa dan bagaimana? bila dan di mana? tanya diri sendiri dan tak pernah berjawab. mungkin sudah untuk yang berpunya. mungkin juga belum walaupun sudah berpunya. kenapa dan mengapa? tepuk dada tanya selera.

subjek yang sangat subjektif. yakin tapi akhirnya terputus. tapi bukan semua. ada yang "happy ending". ada juga "happy ending" gaya Avril Lavinge. tapi soalnya kenapa kita perlukannya? kenapa kita mencari bila yang pasti ada di depan mata? buta ker? buta hati? hati dah mati, kosong?

tamak mungkin. sunyi pun mungkin. mungkin jugak dua-duanya sekali. yang ada kadang kala masih mencari. yang tak ada pusing kepala, ligat lagi mencari. yang dah jumpa senyum lebar, takkan lepas sampai bila-bila. kadang-kadang yang dah ada malas nak jaga. tercicir kat tengah jalan. bila dah hilang meraba-raba cari kat mana tercicir. meraung sedih merayu nak balik. tapi ada jugak yang lega. mungkin jugak satu beban sebab itu bukan kemahuan sendiri.

kadang kala bila ada rasa terikat. terkongkong, tak dapat nak apa-apa.

yang dah ada tu ada sebab tak kuat ke? habis tu yang tak ada kuat sangat? tak jugak. habis tu yang kuat tu takkan ada ke? tapi yang kuat tuh kuat sangat ke? ke pura-pura kuat? atau yang lemah pura-pura lemah tapi sebenarnya kuat?

ada yang gembira dan lebih gembira bila sendiri. ada yang gembira dan lebih gembira bila ada. ada yang sedih dan lebih sedih bila sendiri. ada yang sedih dan lebih sedih bila ada. ada yang keliru dengan apa yang ada dan apa yang tidak.

yang kumbang tu ada bunga
yang siang tu ada malam
yang pendek ada panjang
yang cantik ada hodoh
yang perempuan ada laki-laki

sudah dijadikan begitu. takkan lari ke mana kalau ditolak atau disimpan erat. kalau sudah jodoh, terlerai pun takkan lepas.

cinta hakiki jugak jangan lupa!


p/s: malas nak pikir, malas nak layan!

Thursday, November 4, 2010

CUACA FORD [week 22, day 4]

Assalamualaikum...

semalam dapat berita, intern July 2010 dah dipendekkan kepada 14 Disember yang asalnya 14 Januari. first time dengar rasa sangat gembira tapi lepas tu dapat tahu dari SIIU yang itu silap taip. ok, frust kejap.

hmmm... semalam juga antara hari2 yang tak best.
semalam rasa kecewa menggunung.
semalam rasa pedih yang tak tertanggung.
semalam puncak segala rasa keliru.
semalam juga mahu berhenti dan pulang ke sarang.
semalam aku tewas.

yep, setiap yang berdiri akan baring. yang berlari akan merangkak, yang kuat akan lemah, yang hidup pasti mati. dan semalam adalah hari aku jatuh. oh, aku dah lama jatuh. tapi semalam sampai ke dasar, akhirnya.

kalau nak cakap betul2, aku memang dah tawar hati nak teruskan intern. aku tak tipu! tak tahu mana semangat aku hilang. putus harapan. mungkin sebab aku penat menjadi dewasa, penat bila fikir pasal masalah2 yang tak pernah berhenti menyapa. penat genggam segala tak lepas. penat kemam tapi tak kunyah. bagi aku, pendam sendiri lagi senang dari bercerita. itu lah masalah aku.

tapi semalam hari aku lepas semua. aku terjah member dan cerita apa berlaku. terima kasih sebab aku dah curi masa korang. dapat kata semangat. walaupun yang aku cerita tu tak sampai separuh, tapi aku lega. lega sebab aku dapat bagi tahu rasa kecewa aku. bukan senang untuk aku luah tapi sebab dah tak tahan, korang2 lah jadi mangsa. :P

dah beberapa bulan aku rasa macam dah tak kenal diri sendiri. aku rasa aku bukan aku. rasa macam dah lupa siapa aku dan macam mana gaya aku. macam amnesia pun ada. haha. tapi dengan bangganya sekarang aku dah recover dari sakit hati. :) it's time to get back up.

oh, semalam jugak aku rasa tenang.
semalam aku termenung tanpa beban.
semalam bahu rasa ringan.
semalam otak pun jelas.

dan hari ni aku kembali bernafas dan senyum riang.
oh, hati rasa riang!


p/s: tak sabar nak g derma darah. hopefully lepaslah kali... hehe

p/s: if i knew i have that friends, i would have convince myself i dont need anything else. :)

Monday, November 1, 2010

CUACA FORD [week 22, day 1]

Assalamualaikum...

pernah tengok ANTM? America's Next Top Model. ala, yang si Tyra Banks punya realiti show tu...

haaaa. perasan tak kalau setiap season tu mesti ada episod yang modelnya hilang semangat nak terus stay kat situ? ada kan? paling senang nak observe bila model tu tanak berusaha walaupun keputusan akhir tak semestinya dia kalah. mengaku kalah sebelum mula bertanding. macam tu lah lebih kurang.

kadang2 kita pun akan berada di tempat yang sama. bukan bermaksud mahu mengaku kalah atau berputus asa, apatah lagi melepaskan cita impian. mungkin mereka hilang semangat, hilang tujuan hidup dan motivasi maka tidak ada sebab untuk mereka berusaha lebih kerana itu tidak memberi kepuasan. mungkin mereka telah berubah menjadi seperti anak2 patung, jasad di situ tetapi segala perilaku diatur oleh orang lain. tidak mampu dan tidak akan bergerak.

bila hilang motivasi nak hidup pun susah. yang di mata hanya negatif, buta dengan yang baik dan celik dengan yang buruk. hilang tujuan dan hanyut ikut arus. mungkin tiba di satu saat semua di depan mata hilang nilainya, dan hati sudah keliru apa itu rasa gembira atau sedih, marah atau kecewa. bila hati kelu dan kaku maka tidak ada lagi semangat untuk meneruskan langkah.

mungkin mudah untuk kita menghakimi mereka kerana tidak pernah berada di berada tempat itu. mungkin juga kita yang tertipu dengan akal waras menidakkan kaku hati.

mungkin kita yang terleka dengan keceriaan yang menutup gersang hati.

mungkin kita yang terbeban dengan berat tanggungjawab yang meringankan sakit hati.

mungkin segala-galanya mungkin.

mungkin juga tidak.

mungkin...

mungkinkah aku yang berada di situ?


p/s: need to stop. need a grip. need a rest.