Assalamualaikum...
pernah tengok ANTM? America's Next Top Model. ala, yang si Tyra Banks punya realiti show tu...
haaaa. perasan tak kalau setiap season tu mesti ada episod yang modelnya hilang semangat nak terus stay kat situ? ada kan? paling senang nak observe bila model tu tanak berusaha walaupun keputusan akhir tak semestinya dia kalah. mengaku kalah sebelum mula bertanding. macam tu lah lebih kurang.
kadang2 kita pun akan berada di tempat yang sama. bukan bermaksud mahu mengaku kalah atau berputus asa, apatah lagi melepaskan cita impian. mungkin mereka hilang semangat, hilang tujuan hidup dan motivasi maka tidak ada sebab untuk mereka berusaha lebih kerana itu tidak memberi kepuasan. mungkin mereka telah berubah menjadi seperti anak2 patung, jasad di situ tetapi segala perilaku diatur oleh orang lain. tidak mampu dan tidak akan bergerak.
bila hilang motivasi nak hidup pun susah. yang di mata hanya negatif, buta dengan yang baik dan celik dengan yang buruk. hilang tujuan dan hanyut ikut arus. mungkin tiba di satu saat semua di depan mata hilang nilainya, dan hati sudah keliru apa itu rasa gembira atau sedih, marah atau kecewa. bila hati kelu dan kaku maka tidak ada lagi semangat untuk meneruskan langkah.
mungkin mudah untuk kita menghakimi mereka kerana tidak pernah berada di berada tempat itu. mungkin juga kita yang tertipu dengan akal waras menidakkan kaku hati.
mungkin kita yang terleka dengan keceriaan yang menutup gersang hati.
mungkin kita yang terbeban dengan berat tanggungjawab yang meringankan sakit hati.
mungkin segala-galanya mungkin.
mungkin juga tidak.
mungkin...
mungkinkah aku yang berada di situ?
p/s: need to stop. need a grip. need a rest.
No comments:
Post a Comment