Thursday, November 4, 2010

CUACA FORD [week 22, day 4]

Assalamualaikum...

semalam dapat berita, intern July 2010 dah dipendekkan kepada 14 Disember yang asalnya 14 Januari. first time dengar rasa sangat gembira tapi lepas tu dapat tahu dari SIIU yang itu silap taip. ok, frust kejap.

hmmm... semalam juga antara hari2 yang tak best.
semalam rasa kecewa menggunung.
semalam rasa pedih yang tak tertanggung.
semalam puncak segala rasa keliru.
semalam juga mahu berhenti dan pulang ke sarang.
semalam aku tewas.

yep, setiap yang berdiri akan baring. yang berlari akan merangkak, yang kuat akan lemah, yang hidup pasti mati. dan semalam adalah hari aku jatuh. oh, aku dah lama jatuh. tapi semalam sampai ke dasar, akhirnya.

kalau nak cakap betul2, aku memang dah tawar hati nak teruskan intern. aku tak tipu! tak tahu mana semangat aku hilang. putus harapan. mungkin sebab aku penat menjadi dewasa, penat bila fikir pasal masalah2 yang tak pernah berhenti menyapa. penat genggam segala tak lepas. penat kemam tapi tak kunyah. bagi aku, pendam sendiri lagi senang dari bercerita. itu lah masalah aku.

tapi semalam hari aku lepas semua. aku terjah member dan cerita apa berlaku. terima kasih sebab aku dah curi masa korang. dapat kata semangat. walaupun yang aku cerita tu tak sampai separuh, tapi aku lega. lega sebab aku dapat bagi tahu rasa kecewa aku. bukan senang untuk aku luah tapi sebab dah tak tahan, korang2 lah jadi mangsa. :P

dah beberapa bulan aku rasa macam dah tak kenal diri sendiri. aku rasa aku bukan aku. rasa macam dah lupa siapa aku dan macam mana gaya aku. macam amnesia pun ada. haha. tapi dengan bangganya sekarang aku dah recover dari sakit hati. :) it's time to get back up.

oh, semalam jugak aku rasa tenang.
semalam aku termenung tanpa beban.
semalam bahu rasa ringan.
semalam otak pun jelas.

dan hari ni aku kembali bernafas dan senyum riang.
oh, hati rasa riang!


p/s: tak sabar nak g derma darah. hopefully lepaslah kali... hehe

p/s: if i knew i have that friends, i would have convince myself i dont need anything else. :)

No comments: