Assalamualikum...
huh, lame dah tak update. tup tup dah nak habih intern.
latest activities? melancong ke i-city dan hiking gunung nuang. hehe. last weekend, bersama syakir, acap ngan tuya dengan pimpinan adik syakir yang otai gunung, syam. hehe.
okeh, malam sabtu bergerak ke KL Sentral dan terus ke Shah Alam. yang tak best kene jadi penunggu setia selama setengah jam tanpa khabar berita. ishk3... lepas tu jemput acap dan terus ke i-city. dah nampak semua lampu2 tu mula dah excited. tak sabar nak round satu i-city sambil shoot gambar. hehe
tengah2 round tu sempat jugak jenguk game yang ada macam kat fun fair tu. tuah acap agaknya, dapat pancing itik dan dapat lah seekor ayam. haha. kitorang yang lain ni memang menghabiskan duit. dah puas round i-city isi perut kat mcd pulak. lama tak jamah mcd nih. mengidam agaknya kot...
esoknya, bangun dalam pukul 6.50 pagi bersiap dengan cepat dan bungkus segala makanan dan pakaian dan terus bergerak menjemput encik sapek al-tantuya. eh, tuya jer kot. haha. dan teruslah menuju ke destinasi GUNUNG NUANG!!!!
perjalanan naik atas sepatutnya ambil masa dalam 2 jam 3o minit untuk pro2 hiker. macam adik syakir kita tulah yer. tapi dengan bangganya kitorang sampai kurang dari 2 jam di destinasi. hehe. dah la tak prepare apa2 untuk hike, kasut pun kasut pinjam. naik bukan main penat nak angkat kaki. tapi sampai lagi awal dari yang dijangka. wah!!!! kami hebat! haha
dah sampai kat tempat air terjun, rasa tak sabar nak berendam. air terjun yang sangat sejuk! rendam kaki 5 minit pun kaki dah rasa beku. huhu. tapi best. sebab dapat shoot gambar dengan banyak! weeee~~~~ :)
lunch? nasi putih dengan kari! haha. tulah bekalan makanan yang di bawak skali naik atas. siap dengan beberapa ketul ayam goreng dan ikan masin. hehe. tengah best layan nasi tiba2 ada beberapa rama2 atau kupu2 terbang jenguk kitorang berkelah. cantik pulak tu. kecewa sebab tak dapat nak snap gambar kupu2 tu. haih... xde rezki la agaknya.
dah habis makan, kemas barang dan sambung berendam. tadi berendam separuh badan jer sebab khusyuk ambil gambar. tudung tak basah, kepala tak rasa lagi sejuk air terjun gunung nuang. so lepas makan, terus berendam sampai la balik.
otw turun tu pulak jumpa abang2 dari putrajaya. dari kementerian pengajian tinggi yer bang? hehe, agaknya lah. ada enam orang semuanya. tapi tak tanya pulak nama diorang. takpe lah, janji muka femes dapat keluar blog kan? haha. takpe, takde hal bro. bisa di atur!
dah ready nak gerak ke kolam air panas, lambailah kat abang2 tu dengan penuh semangat bahawa itu adalah kali terakhir untuk jumpa diorang. tapi rupanya2 kitorang dinner di tempat yang sama. huhu. so sebelum bergerak balik sempatlah snap gambar diorang untuk kali terakhir. dan conferm tu kali terakhir kami berjumpa. kalau panjang jodoh, jumpe lagi kan? ;)
lepas tu cepat2 pergi usha tiket balik acap. nak balik kuantan malam tu jugak. dapatlah tiket pukul 11.00 malam. sementara tunggu waktu berlepas acap, aktiviti seterusnya ialah karok! hehe. tapi agak keciwa sebab karok lagu the climb dengan keadaan sakit tekak. tak dapat tarik macam biasa. haha
splendid weekend! tapi lepas tu penat teramat sangat dan kaki mula lah rasa sakit. jalan pun macam orang cacat. kata makcik tu "macam orang tua dah". haha. biar tua di angka tapi muda di hati. :)
berharap untuk another opportunity untuk hiking. dan untuk menghabiskan masa dengan gembira!
gambar-gambar terlalu besar untuk dimasukkan sekali dengan post ni. usha di photobucket yerk! tq!
p/s: oh, hari terakhir untuk intern. gembira dan sedih. huhu
2 comments:
terima kasih la adik..? apa nama adik ni ye. kami pun x tanya nama adik ni. Belajar la rajin2 ye.
- Abg KPT -
tq bang! nama? tu kat profile ade.nuzoul bang. hehe
tq2. ada lg setahun. doakan kami yer!
Post a Comment