Assalamualaikum...
alhamdulillah, semalam selamat pindah rumah.
pukul 5 aje terus keluar pejabat dan ke klcc. cepat2 naik lrt dan jalan sepantas mungkin dari lrt wangsa maju ke rumah. sampai kat rumah barulah perasan mesej abang aku tanya pukul 6 ni dah ready ke?
ingatkan isha tak balik lagi. rupa2nya dah ada kat rumah sana. oh, selamatlah aku. dalam tunggu abang aku datang tu sempatlah aku kemas barang2 lain dan buang sampah. tapi abang tak sampai lagi. masa tu penat dah terasa. mata dah layu. kepala dah berat. buka tv dan baring kejap kat ruang tamu.
bila abang dah sampai cepat2lah isi barang dalam kereta dan pindahkan kat rumah baru. lupakan penat dan mula bekerja. condition rumah ok. better dari yang sebelum. ada perabut tapi tak ada mesin basuh dan almari. tak apa, dah biasa basuh tangan. baju2 tu pandai2 lah susun. hendak seribu daya, tak hendak seribu dalihkan?
kalau ikutkan badan memang tak mengemas pun malam tadi. penat, penat dan PENAT! tapi kalau dah mula tu memang susah sikit nak berhenti. tup2 aku sorang je yang dah siap kemas ( riak sikit ni :P ). dah mandi makan subway sambil tengok tv. dah habis makan baring jap. ingat nak tutup mata kejap je. skali tertidur. bila aku buka mata tengok semua dah masuk bilik. aku pun ke spot aku dan tidur lepas tutup semua lampu.
dengan jayanya aku pindah, maka sesi memanaskan badan dipendekkan selama 5 minit sahaja. seronok juga. bolehlah keluar lewat sikit. tapi rasanya aku akan kekalkan rentak lama. bangun awal dan sampai awal di pejabat. sempatlah aku buat beberapa perkara sebelum mula bekerja.
oh ya. tadi dalam lrt memang tersangat sesak. paling sesak pernah aku alami. rasanya aku dah sampai awal di stesen lrt tu. tapi agaknya semua nak gerak awal itu yang penuh macam sardin. eh, sardin dalam tin pun kalahlah!
pelik juga dengan diri sendiri. rasa macam dah cukup tidur. tapi pagi2 yang segar ni boleh pulak terasa berat kepala. rasa nak tidur lagi. adui, payah ni.
mungkinkah virus mayat hidup orang bekerja dah sampai?
p/s: kalau rajin kacaulah aku tru msj. takut tertidor dlm trening!
No comments:
Post a Comment