Monday, March 31, 2008

M . O . F

ASSALAMUALAIKUM...

hari baru bermula lagi. dan pastinya, kelas berjalan seperti biasa.

hujung minggu lalu aku ke pangkor, buat kali kedua untuk program MedTECH Outdoor Fiesta @ MOF. kali ini, the titans turut serta meluangkan masa.

seronok. jungle trekking, satu kewajipan. dan pastinya dalam keadaan tanah yang basah, si pacat2 kelaparan sudah sedia menanti ingin menjamu selera. aku dan anis tenang2 saja sedangkan yang lain sudah kepoh, menjerit tatkala si pacat nakal muncul di depan mata.

kami di belakang menggeleng kepala sahaja. selesai jungle trekking, masing2 membuka kasut, mana tahu jika ada pacat yang ikut balik. rata2 ramai yang menderma darah. aku juga. yang mengejutkan aku, ada 6 bekas gigitan pacat, satu masih melekat. malam itu, kaki aku kebas. mungkin kerana sesi menderma darah tak rasmi petang itu.

kemudiannya snorkeling, satu pengalaman baru. seronok melihat ikan2 berenang di depan mata . malangnya, air di dasar laut keruh. dan kadang kala, sampah sarap bak kata teman ku "spesies baru" benar2 mengganggu pandangan mata.

malang tak berbau. ramai antara kami yang tercedera akibat batu2 tajam di dasar laut. aku juga tak terkecuali. dan yang terakhir sekali berkayak, yang pastinya satu cabaran. dari pulau giam ke pulau pangkor mengambil masa lebih kurang 15-20 minit perjalanan terus tanpa melencong. meletihkan, tapi juga menyeronokkan.

sampai di pantai, kami sekali lagi berendam mandi laut. bukan selalu aku merasa mandi laut meski pun rumah ku hanya 5 minit dari pantai. apatah lagi bila bersama rakan2 senior yang "gila2" yang menceriakan lagi suasana.

petang semalam kami pulang ke utp. letih, tetapi kerja2 tertunggak harus disiapkan juga. bersama2 tugas baru di bahu. semuanya cabaran, dengan 2 test menanti di hadapan...


p/s: bekas2 gigitan pacat yg sgt gatal!!! argh!!!!

p/s: tahniah kat korg yg dpt utp host...jelez aku...huhu

p/s: MT '08,EMS '08,n MOF '08. sumer aku sapu bersih...MedTECH kener kasik appreciation nieyh...hahaha

---x---

Friday, March 28, 2008

I'M LOST

ASSALAMUALAIKUM...

malam tadi selepas meeting aku berehat sebentar. ingin melapangkan minda dan jiwa. aku mahu berseorangan. menikmati keindahan malam, sunyi dan tenang.

tiba2 seorang wanita pakistan menyapa aku. ramah orangnya. kami berbual sejenak. kami berkongsi pendapat tentang hidup. hidup di perantauan jauh dari keluarga.

tiada yang istimewa. hanya perbualan kosong mengisi masa terluang. pun begitu, perbualan itu benar2 mengusik jiwa ku.

"you are looking for some peace, it seems that you are alone. don't you believe in friendship?"

aku terkesima bila diaju soalan begitu. terkesima kerana waktu itu fikiran aku benar2 kosong.

"yeah, i do believe in friendship. it just that i'm not used to share my problems with them"

i need time, looking for that missing pieces...

benar. aku percaya. cuma sewaktu aku membesar, aku dibiarkan untuk mengharungi hidup aku sendiri. aku diajarkan untuk bangun sendiri apabila jatuh. dan mungkin kerana itu, mama dan papa lebih mempercayai aku berbanding adik beradik ku yang lain.

semuanya memberi satu persepsi. aku tak mahu bergantungan dengan sesiapa. kerana bergantung itu menunjukkan aku lemah. menunjukkan aku perlu kepada keluargaku bila hidup ku berombak. dan sesungguhnya, aku tak mahu mereka risau terhadap ku.

bila aku membesar dalam suasana begitu, maka bila di luar, aku selesa bermanja dengan rakan2. pun begitu, mereka yang dekat denganku tetap terasa biasnya. maaf!

dan kesunyian? ya, memang aku kesunyian. sunyi bukan kerana aku mengasingkan diri daripada yang lain. tapi sunyi itu hadir dengan sendiri. kerana itu aku selesa meriuhkan keadaan bila bersama teman2 yang lain. biar aku lupa akan rasa sunyi itu.

aku katakan kepada wanita itu "sometimes, you need a break from who you are with. well, that goes to me, not them. but though, i know i need to open the door first if i want them to open up for me". malangnya, aku masih belum mampu membuka pintu itu seluas yang boleh...

maaf!


p/s: looking for that missing pieces. it's hard cause you're looking for something that you never know what it is...

p/s: haih.......

---x---

Wednesday, March 19, 2008

NO, THANKS!!!

ASSALAMUALAIKUM...

Attention To All

for those who know when my birthday is, please keep it for yourself. you are strictly prohibited to held a party or any celebration in conjunction of my birthday.

for those who doesn't know, sadly, you don't have to know. but if you wish to know, please ask me personally.

your co-operation is highly appreciated. thank you


p/s: just not feeling like celebrating my own birthday...

p/s: bunyik cam prasan kan????lantak laa....


---x---

Saturday, March 15, 2008

CUTI...

ASSALAMUALAIKUM...

seminggu cuti pertengahan sem akan berakhir tak lama lagi. rancangan asal untuk berkampung di kampung lima utp tiba2 dirombak. kebetulan ayah sedara aku mahu pulang ke terengganu.

semestinya, aku tidak melepaskan peluang untuk balik "percuma". hehe... rezeki tak baik ditolak. lagi pun, perbualan terakhir aku menerusi telefon dengan mama meninggalkan kesan yang dalam. aku tak sangka mama mahu aku pulang, meski pun atas urusan lain.

ditambah pula dengan kata2 MS LAILI, pensyarah introduction to materials science and engineering, "balik laa... kesian mak awak...". aduh! semuanya membuatkan aku serba salah.

dan bila peluang di depan mata... lega rasanya bila aku dapat juga bercuti di rumah. gembira yang teramat. mereka, teman2 ku menggelengkan kepala sahaja melihat gelagat aku. pasti, di kepala mereka, aku gembira dapat pulang kerana aku homesick.

bukan!!!
bukan kerana aku homesick. tapi kerana aku dapat memenuhi hajat mama. biar pun urusan itu tergendala juga. hahaha...

dan akhirnya, aku berada di sini lagi. medan perjuangan yang bekal mencorak peribadi ku, membina kekuatan dan menjalin pertalian.


haih...
malangnya, assignment banyak yang tak disentuh. menjerit2 meminta disiapkan...


p/s: seronok lepak ngan korang... thnx guys!!! :D

p/s: anie shopping sakan kat ganuuuuu....dasaaaaaaaaaaaaaat bangat dong!!!


---x---

Saturday, March 8, 2008

HAPPY BIRTHDAY!!!

ASSALAMUALAIKUM...

08/03/08...
nak tau hari hari apa?
hari ni birthday orang tu...

siapa?
hmmm....
dialah...sahabatku...
sahabat yang mengajar aku erti persahabatan
sahabat yang tak pernah putus mencari harapan dalam persahabatan

sahabat yang sering saja membuat aku cemburu
cemburu kerna dia punya teman2
yang begitu kasih terhadapnya
cemburu akan kekurangan hidupku

maaf!
kiranya aku pernah melukakan hatimu
aku tak pernah pandai menjadi sahabat yang baik
maaf atas kekurangan itu
aku bangga punya sahabat seperti kamu
tapi aku tak pernah bangga
menjadi teman rapatmu
maaf sekali lagi!

kita dua insan yang berbeza
mungkin ibarat bumi dan langit
tapi itu bukan penghalang
moga ulang tahun ke 19 ini
menjadi titik tolak dalam sejarah hidupmu
membawa erti, kebahagiaan dan kejayaan

moga persahabatan ini teguh menghadapi renjau kehidupan
moga hidupmu dirahmati-Nya
moga kamu menjadi seperti berlian
kilauannya bukan semata-mata kilauan palsu
juga punya jati yang teguh
dan untuk itu, sahabatku
selamat ulang tahun kelahiran...



p/s: lmbt wish...haih....soooooooooooooooorryyyyyyyyy

---x---

Wednesday, March 5, 2008

DA NAK CUTI....

ASSALAMUALAIKUM...

semesta kali ini sudah berada di pertengahan jalan. cuti pertengahan semesta akan tiba beberapa hari saja lagi. yang lain sudah sibuk berkemas mahu pulang ke rumah.

ada yang sudah lama "sampai" ke kampung meskipun jasad masih di sini. bahang bumi tronoh yang membara bersama memori2 yang dikongsi. ada yang pahit, ada juga yang manis.

semesta ini aku tak sesibuk semesta2 yang lepas. semesta ini juga aku punya teman sebilik yang memberi peluang untuk aku belajar membuka ruang untuk mereka disekelilingku.

semesta ini aku berpeluang merasa mandi air terjun bumi perak. ulu cepor, tempatnya meriah, sesak dengan seisi keluarga yang datang meluangkan masa lapang.


ULU CEPOR; meriah dengan telatah kanak2 yang seronok bermain air

MT '08; batch jan '07 yang menjadi peserta, juga muka2 yang menjadi teman di kala aku bosan

dan kemudian aku menyertai MEDIA TUOR '08 yang dianjurkan oleh MEDTECH ( Media & Technology Club ). tak lupa juga EMS @ Event Management Seminar. jika sewaktu tahun asasi semesta 1 aku diberi tugas menjadi MC, kali ini aku bertugas sebagai USHER.

EMS '08; barisan MC2 dan USHER2 berjaya bersama SHUK ( head of CnP )

semesta ini baru sampai di pertangahan. moga aku dan rakan2 seperjuangan yang lain selamat sampai di penghujung semesta ini dengan beribu memori indah...


p/s: ambil yang jernih, buang yang keruh!

p/s: maaf ma! malas nak balik....

---x---