Friday, March 28, 2008

I'M LOST

ASSALAMUALAIKUM...

malam tadi selepas meeting aku berehat sebentar. ingin melapangkan minda dan jiwa. aku mahu berseorangan. menikmati keindahan malam, sunyi dan tenang.

tiba2 seorang wanita pakistan menyapa aku. ramah orangnya. kami berbual sejenak. kami berkongsi pendapat tentang hidup. hidup di perantauan jauh dari keluarga.

tiada yang istimewa. hanya perbualan kosong mengisi masa terluang. pun begitu, perbualan itu benar2 mengusik jiwa ku.

"you are looking for some peace, it seems that you are alone. don't you believe in friendship?"

aku terkesima bila diaju soalan begitu. terkesima kerana waktu itu fikiran aku benar2 kosong.

"yeah, i do believe in friendship. it just that i'm not used to share my problems with them"

i need time, looking for that missing pieces...

benar. aku percaya. cuma sewaktu aku membesar, aku dibiarkan untuk mengharungi hidup aku sendiri. aku diajarkan untuk bangun sendiri apabila jatuh. dan mungkin kerana itu, mama dan papa lebih mempercayai aku berbanding adik beradik ku yang lain.

semuanya memberi satu persepsi. aku tak mahu bergantungan dengan sesiapa. kerana bergantung itu menunjukkan aku lemah. menunjukkan aku perlu kepada keluargaku bila hidup ku berombak. dan sesungguhnya, aku tak mahu mereka risau terhadap ku.

bila aku membesar dalam suasana begitu, maka bila di luar, aku selesa bermanja dengan rakan2. pun begitu, mereka yang dekat denganku tetap terasa biasnya. maaf!

dan kesunyian? ya, memang aku kesunyian. sunyi bukan kerana aku mengasingkan diri daripada yang lain. tapi sunyi itu hadir dengan sendiri. kerana itu aku selesa meriuhkan keadaan bila bersama teman2 yang lain. biar aku lupa akan rasa sunyi itu.

aku katakan kepada wanita itu "sometimes, you need a break from who you are with. well, that goes to me, not them. but though, i know i need to open the door first if i want them to open up for me". malangnya, aku masih belum mampu membuka pintu itu seluas yang boleh...

maaf!


p/s: looking for that missing pieces. it's hard cause you're looking for something that you never know what it is...

p/s: haih.......

---x---

No comments: