Monday, March 31, 2008

M . O . F

ASSALAMUALAIKUM...

hari baru bermula lagi. dan pastinya, kelas berjalan seperti biasa.

hujung minggu lalu aku ke pangkor, buat kali kedua untuk program MedTECH Outdoor Fiesta @ MOF. kali ini, the titans turut serta meluangkan masa.

seronok. jungle trekking, satu kewajipan. dan pastinya dalam keadaan tanah yang basah, si pacat2 kelaparan sudah sedia menanti ingin menjamu selera. aku dan anis tenang2 saja sedangkan yang lain sudah kepoh, menjerit tatkala si pacat nakal muncul di depan mata.

kami di belakang menggeleng kepala sahaja. selesai jungle trekking, masing2 membuka kasut, mana tahu jika ada pacat yang ikut balik. rata2 ramai yang menderma darah. aku juga. yang mengejutkan aku, ada 6 bekas gigitan pacat, satu masih melekat. malam itu, kaki aku kebas. mungkin kerana sesi menderma darah tak rasmi petang itu.

kemudiannya snorkeling, satu pengalaman baru. seronok melihat ikan2 berenang di depan mata . malangnya, air di dasar laut keruh. dan kadang kala, sampah sarap bak kata teman ku "spesies baru" benar2 mengganggu pandangan mata.

malang tak berbau. ramai antara kami yang tercedera akibat batu2 tajam di dasar laut. aku juga tak terkecuali. dan yang terakhir sekali berkayak, yang pastinya satu cabaran. dari pulau giam ke pulau pangkor mengambil masa lebih kurang 15-20 minit perjalanan terus tanpa melencong. meletihkan, tapi juga menyeronokkan.

sampai di pantai, kami sekali lagi berendam mandi laut. bukan selalu aku merasa mandi laut meski pun rumah ku hanya 5 minit dari pantai. apatah lagi bila bersama rakan2 senior yang "gila2" yang menceriakan lagi suasana.

petang semalam kami pulang ke utp. letih, tetapi kerja2 tertunggak harus disiapkan juga. bersama2 tugas baru di bahu. semuanya cabaran, dengan 2 test menanti di hadapan...


p/s: bekas2 gigitan pacat yg sgt gatal!!! argh!!!!

p/s: tahniah kat korg yg dpt utp host...jelez aku...huhu

p/s: MT '08,EMS '08,n MOF '08. sumer aku sapu bersih...MedTECH kener kasik appreciation nieyh...hahaha

---x---

No comments: