Tuesday, June 29, 2010

CUACA FORD [week4; day2] a cup of love?

Assalamualaikum...

readers, i need your help. let me ask you a question, what's there in love? hey, it's just a thought.

well i guess there will be answers like a lot to nothing. some say love is about loving all those people around you, take care of them and just share your life through thick and thin. some just say that love is hate, there's nothing worth putting yourself at stake just in the name of love.

what am i asking is about the love of boys and girls. they say it's the puppy love when you just experimenting it in your teenage time. but remember, not all are ridiculous and stupid as it sounds. ask around and you'll find out that there are some incredible and amazing true love stories started from puppy love though i can't really tell you about it.

questions to ask; what differentiate a true love from a puppy love? what makes you know that the person in front of you now is the person you've been waiting for? how do you know that he/she is meant to be with you? what makes it worth to give up everything and grab that love you are dreaming about? what makes it so unbelievable and undeniable that no words can ever describe it? how come it seems so easy for others yet so hard to another?

it's the questions of someone who never experience a good love, i know that. but i can't say i never experience it before neither has the experience of a puppy love, what's more to say about the true love. i've been wondering from the start until today what is it all about and just how exactly it feels. i'm a loner, yes i admit it.

growing up in my own world, solving things by my own and always depend on myself takes me far from my family. i always thought that i grew up much faster than my age and i believe there are a lot more like me outside there. and yes, i am looking for more in my life and demand that extra points especially when it comes to attention, love and affection in which i grew up lacking of it all.

i believe there are no satisfying answers for all my questions. it's a very subjective question with thousands of answers and how odd that there are no right or wrong answers. i always hope for an easy life through this love story but as far as i concerned, it has never been easy. am i craving for it? maybe. but i always tell myself i'll always be ok even if i have to do it alone for the rest of my life.

you can say you like love, hate love, miss love or misunderstood love. answer me if you want to for what i know love is the simplest yet the most complicated thing you can ever knew.



p/s: it comes and goes...

Monday, June 28, 2010

CUACA FORD [week4; day1]

Assalamualaikum...

hari ni rekod paling awal sampai ofis! dalam tujuh suku gitu. wah! bangganya saya. hehe :)

aniway, semalam sampai aje rumah terus tukar baju dan tidur! tak tahulah kenapa tapi terasa sangat penat. mungkin sebab tak tidur dalam perjalanan. yerlah, nak tidur tapi mak aku mesti bising kalu tahu aku tidur aje dalam perjalanan. mak aku dah bagi warning siap!

sempat jumpa dengan anak buah paling kecik, umurnya 2 tahun setengah. tapi badan kalah dengan umur, beratnya dalam 14-15 kg. nak dukung pun penat! sempat main2 kejap dengan dia. comel sangat. kalaulah boleh main sehari dua dengan dia. dah lama sangat tak main2 dengan dia. rindu pun ada kadang2.

alhamdulillah juga ayah aku nampak semakin sembuh. hopefully lepas ni ayah aku dapat buat apa yang dia nak buat tanpa halangan. papa, cepat sembuh ya! :D

sekarang baru terasa kerja takde lah seronok sangat. nak minta cuti lama pun susah! baru faham kenapa orang bekerja susah nak balik rumah macam pak sedara aku, akak aku dan abang2 aku.

aku harap bila dah betul2 kerja nanti, aku takkan lupa untuk balik rumah dan jaga mama dan papa. Amin~~~


p/s: i'll left that to Him, i'll be me and stop looking for it.

Friday, June 25, 2010

CUACA FORD; balik lagi~~

Assalamualaikum...

hari ni berkereta ke kerja. terujalah juga. dan hari ni juga akan balik ke terengganu. hehe... gembiranya rasa hati.

dalam gembira tu ada juga rasa risau. rumah sewa baru tak cari lagi, haiwan peliharaan aku terpaksa aku serahkan kepada rummet setia untuk dijaga. maaflah ya rummet, terpaksa menyusahkan kau lagi.

abang aku nak balik rumah wiken ni sebab nak jenguk ayah. so aku pun ikut sekali alang2 dah balik dengan kereta. paling kurang, jimat kos makan hujung minggu. duduk kat KL ni kene lah berjimat cermat kan?

tak sabar tunggu petang ni. nak cabut balik terengganu. hehe ;)


p/s: terbangun lewat tapi nasib baik sempat siap on time. heh~~

Thursday, June 24, 2010

CUACA FORD; sardin lrt

Assalamualaikum...

hmmm... hari ni lewat sikit daripada biasa. ada sedikit rasa tak puas hati dengan diri sendiri. yerlah, nak bangun pagi tadi pun rasa malas.

masa dalam lrt tadi, kat stesen jeletek rasanya, sorang budak lelaki masuk kot celah kanan aku, sorang laki masuk kot celah kiri aku. serentak pulak tuh. aku terkedu jap. nk pusing kiri ker kanan. last2 dua2 tolak aku ke belakang. nasib baiklah aku duk galas beg. jadilah kusyen bagi halang aku tindih sesaper.

teringat lak aku masa naik lrt skali tu. aku diri betul2 depan pintu. memang obvious dah penuh. sampailah kat satu stesen ni. ada sorang perempuan, mulut kumat kamit cakap something. aku ada dengar sikit. macam "cepat2. aku nk cepat sampai". kurang lebih camtulah.

pastu punyalah tegar dia ni nak jugak masuk. gigihnya dia, sampai tolak semua orang kat dalam lrt tu. tak kira lah muat ke tak, janji dia dapat masuk. aduh akak... kok ye pon nk cepat toksah lah tolak sampai macam tu. kitorang dah masuk dulu, hormatlah sikit. bagi masa kitorang masuk dalam bagi ruang. ni tak. gi rempuh je. ingat kitorang pin bowling ke per? sakit tau.

itulah, nak cepat pun beringatlah. bukan dia sorang aje nak cepat. yang lain pun sama. dah tau nak cepat, keluarlah awal. hormatlah sikit orang lain. lrt tu bukannya untuk dia sorang je.

ingat, nak orang hormat kita kenelah hormat orang lain dulu.



p/s: hari2 sengsorang jer kat umah.. bosan kot!

Wednesday, June 23, 2010

CUACA FORD; santapan jalanan

Assalamualaikum...

sekitar jam 6.50 pagi penjaja di tepi jalan dah siap sedia menjual sarapan. restoran cina pun dah ada yang buka. mamak pun kalau tak silap dah buka.

kagum tengok mereka gigih mencari duit makan minum untuk sara hidup keluarga. bangun paling kurang mesti seawal 5.00 pagi. tapi aku yakin, mesti jauh lebih awal dari itu. santapan ulitan mimpi pun mungkin tak sempat. itulah lumrah peniaga, harus bersedia 5 tapak lebih awal untuk persediaan barang2 jualan. laku atau tidak, perkara kedua. yang penting usaha!

bukan senang untuk senang kan? setiap kesenangan yang datang pasti ada harga tersendiri. makin besar ganjaran makin besarlah pengorbanannya. lazimnya kita pandang ganjaran, bukan usaha. nak kaya tapi tak nak berusaha. nak senang tapi malas nak bekerja. mungkin di situ silap kita. mungkin pegangan agama juga yang kurang. yalah, berusaha dulu, baru bertawakal.

bagi aku, usaha itu penting. usaha dulu sedaya upaya. ganjaran yang kita dapat insyaAllah setimpal dengan usaha yang kita curahkan. manisnya kejayaan kerana usaha, berharganya usaha kerana kejayaan. benar bukan?


p/s: entah cmner bole buat bahse skema.... huhu. layan jer la

Tuesday, June 22, 2010

CUACA FORD; everyday sickness

Assalamualaikum...

hari ni sampai ofis macam semalam gak, macam hari nak ke UTP. 7.30 pagi. huhu... rasanya hari2 berikutnya macam ni juga lah. tak apa. mungkin setengah orang suka sampai tepat pada waktunya. tapi aku lebih suka sampai awal. biar aku yang menunggu, jangan ditunggu.

hari2 pergi kerja naik lrt. yang jadi juadah santapan mata di pagi hari adalah muka2 mengantuk yang masih rindukan katil dan bantal di rumah. rasa macam nak tergelak pun ada. tapi hakikatnya, bila hari2 menjalani rutin yang sama minda kita jadi lesu.

aku bersyukur sebab hari2 kalu nk cepat mesti keluar awal2 pagi. seawal 6.50 pagi meski pun sampai di pejabat pukul 7.30. dan sebelum naik lrt mesti jalan dengan hayunan pantas selama 15 minit. cukup lah rasanya untuk memanaskan badan sebelum memulakan hari baru di pejabat.

dan kalau dalam perjalanan pulang, yang menjadi santapan aku adalah muka2 mengantuk yang penat dan rindukan belaian mesra katil dan sentuhan lembut bantal. memang aku tak nafikan rutin hari2 memang bosan dan lama2 badan jadi lesu, tak bermaya.

aku kira wajar bagi mereka untuk mencari satu rentak yang mampu menaikkan semula semangat mereka. pagi2 hari dah tunjuk muka mengantuk, macam mana nak naikkan prestasi diri?

memang payah untuk menjadi di luar kebiasaan. walau bagaimanapun, kita harus mencuba untuk mencari satu kunci kepada rasa tenang dan bahagia. tak salahkan kalau pagi2 senyum manis dan berwajah tenang? kita harus "hidup" untuk hidup. memang dah macam mayat hidup. jasad di situ tapi hati dan akal fikirannya bukan di situ.

mungkin senang untuk berbicara tapi sukar sekali untuk melaksanakannya. aku juga tak nafikan mungkin perkara yang sama akan berlaku pada aku. pun begitu, aku berharap agar aku tak hilang punca dan terus cuba untuk bersemangat.

buat masa sekarang, ayuh terus bersemangat memulakan hari baru!


p/s: stay cool. i'm waiting

Friday, June 11, 2010

CUACA FORD; guys, i'm coming!

Assalamualaikum...

haaaa.... hari ni rekod! hari paling awal sampai kat ofis. belom 7.30 da sampai. haha... eh, ni bukan semangat nk kerja tau! ni semangat nak balik utp. kihkihkih...

next week aku cuti intern seminggu. Alhamdulillah bos aku, Dr Iain Paton aprove request cuti aku. ni semua gara2 TTS, buat show time cuti.

malam tadi lak, boleh tengah2 duk basuh baju aku menyanyi (memang selalu buat pun) dengan hati yang girang. haha... ni sebab aku semangat nak balik. tak sabar nak jumpa kanak2 rebina TTS. ekekekeke...

semalam diorang semua gi outing. kencang tentatif diorang. sedih la jugak tak dapat ikut. but you know, success come with a price; hardwork and sacrifice. tak dapat involve sangat dengan aktiviti member time intern ni. so that's the price i have to pay. :)

anyhow, tak sabar tunggu petang karang. habis safe start induction, lepak2 jap, shoot ke ktm.
wiiiii~~~ ;)


p/s: sonok men2 ngan software. dah mcm men gem. haha