Wednesday, June 23, 2010

CUACA FORD; santapan jalanan

Assalamualaikum...

sekitar jam 6.50 pagi penjaja di tepi jalan dah siap sedia menjual sarapan. restoran cina pun dah ada yang buka. mamak pun kalau tak silap dah buka.

kagum tengok mereka gigih mencari duit makan minum untuk sara hidup keluarga. bangun paling kurang mesti seawal 5.00 pagi. tapi aku yakin, mesti jauh lebih awal dari itu. santapan ulitan mimpi pun mungkin tak sempat. itulah lumrah peniaga, harus bersedia 5 tapak lebih awal untuk persediaan barang2 jualan. laku atau tidak, perkara kedua. yang penting usaha!

bukan senang untuk senang kan? setiap kesenangan yang datang pasti ada harga tersendiri. makin besar ganjaran makin besarlah pengorbanannya. lazimnya kita pandang ganjaran, bukan usaha. nak kaya tapi tak nak berusaha. nak senang tapi malas nak bekerja. mungkin di situ silap kita. mungkin pegangan agama juga yang kurang. yalah, berusaha dulu, baru bertawakal.

bagi aku, usaha itu penting. usaha dulu sedaya upaya. ganjaran yang kita dapat insyaAllah setimpal dengan usaha yang kita curahkan. manisnya kejayaan kerana usaha, berharganya usaha kerana kejayaan. benar bukan?


p/s: entah cmner bole buat bahse skema.... huhu. layan jer la

No comments: