Assalamualaikum...
entri kali tak lain tak bukan untuk menyuruh korang mengusha gambar-gambar kat genting.
tak banyak pun. sebab aku sempat ambil daripada Arif dan Dian aje. sekeping gambar daripada phone Wan Pai dan beberapa daripada phone aku sendiri. yang aku upload tu semua dah diedit.
kalau berpeluang aku nak kumpul semua gambar yang ada dan edit mana yang aku suka. insyaAllah.
Genting Trip '09, PEJAN07
oh ya. kalau rajin komen la sekali ya!selamat mengusha~~~
hehe
:)p/s: jom tgk payung siti fatimah jom!---x---
Assalamualaikum...
hehe. baru balik dari genting. mengantuklah juga. tapi semangat nak bercerita pasal trip ni. paper last aku hari rabu. bunyi aja 3 paper. tapi jawapan apalah aku goreng. tensionlah juga. ditambah dengan tension sebelum final paper, lagilah tak sabar nak pergi genting. nak lepas semua tension.
dalam perjalanan aku dah plan nak fikir semua benda-benda yang meyumbang kepada tension aku; hatta yang aku rasa masa 1st year pun, sambil naik thrill ride yang ada kat genting. supaya aku boleh menjerit sekuat hati dan lepaskan semua sekali. tapi senang cerita objektif aku ialah nak menghilangkan suara dengan menjerit sekuat hati. hehe~~
dalam kereta kabel. kene marah dengan devina sebab berdiri dalam kereta kabel. lalalala~~~
sampai kat genting rasa kecewa sebab kebanyakan ride ditutup. 1st game aku main, Pirate Ship. jerit main-main sebab tak thrill mana pun. 2nd game, Bumper Car. seronok walaupun ditarget sebagai subjek untuk dilanggar. hehe. 3rd game, Rock Climbing. oh, tengok je. tak jadi sebab ramai orang tengah tunggu turn.
kanak-kanak riang masa main Fying Jumbo. haha 4th game, 4D animation. seronok sebab thrill. tapi tak cukup thrill untuk menjerit. 5th game; Pirate Train. rumah hantu yang hampeh. jerit sebab tak puas hati takde sebab nak jerit. 6th game, Flying Jumbo. saja-saja naik sebab nak membuang masa. 7th game; Cyclone. jerit! sekuat hati. yes. 8th game; Corkscrew. jerit lagi! sekuat hati lagi! double yes. yeah~~
awal-awal tu ingatkan dah tak tercapai objektif aku. di saat-saat akhir, dapat juga naik ride. dapat aku menjerit sekuat hati. tapi sedikit terkilan sebab tak dapat penuhkan top 5 thrill ride diorang. terutamanya Spaceshot. objektif aku agak tercapai. kurangnya sebab aku tak sempat nak menjerit sambil membuang tension memori yang menyakitkan hati. huhu.
permandangan masa perjalanan balik. dalam perjalanan balik aku asyik teringat masa kitorang melepak-lepak kat genting tadi. asyik tersengih-sengih dan tersenyum-senyum sorang-sorang. nasib baik Devina yang duduk sebelah aku tak perasan. hehe. dalam masa yang sama, aku terfikir satu perkara. aku suka buat sesuatu yang mencabar macam main Corkscrew. jadi, kenapa aku tak ambil semua masalah dalam hidup aku sebagai cabaran? selalunya aku tak nak ada masalah dalam hidup. biar senang tak payah susah hati nak fikir masalah. rasanya sekarang masanya aku ubah persepesi tu. sikit-sikit. insyaAllah.
dengan sesi menjerit tu aku berharap aku boleh teruskan hidup dengan permulaan baru. a fresh start. tak bermaksud aku nak lupakan semua benda tu. cuma meneruskan perjalanan hidup tanpa terganggu dengan masa lampau. tanpa terikat dengan benda tu atau berdendam dengan orang.
sebahagian yang melepak bersama aku. makan sweet potato terasa sangat sedap memandangkan cuaca SANGATLAH sejuuuuk. terima kasih kepada yang melepak dengan aku tadi. serius seronok. harap-harap boleh lagi lepak macam tu dengan korang. dan semestinya, aku nak pergi lagi genting atau theme park yang lain. nak cuba semua thrill game.
terima kasih juga di atas pertalian itu. if i were to give you guys up, i'll be crying to myself.
dan aku masih tersenyum. selebar senyuman orang utan ni. p/s: a fresh start about everything. tp maybe pintu tu xberubah.p/s: aku akan ingat sampai bile2. :)---x---
Assalamualaikum...Fruit Basket; cerita manusia bertukar menjadi haiwan. 2 hari aku berehat. berhenti daripada stadi. semalam dah mula balik. tapi dalam stadi tu ada juga masa tengok anime. walaupun memang dah tengok, aku tak kisah. sebab daripada bosan tak tahu nak buat apa, ok juga aku layan anime ni.roommate aku cakap anime ni jiwang. tapi aku rasa biasa aja. mungkin jiwa aku ni jiwa jiwang. haha. aku pun tak tahu.
dalam anime ni, watak heroinnya sangatlah berfikiran positif. biasalah, heroin. semua nak yang baik-baik. cantik, baik hati. macam-macam lagi. tapi realiti... susah nak cari orang macam tu. manusia. takkan ada yang sempurna. tapi kesempurnaan itulah yang selalu dikejar. mungkin watak dalam sesebuah jalan cerita itu adalah watak sempurna imaginasi yang membuat skrip. mungkin kerana manusia itu tidak sempurna maka kesempurnaan itu diletak kepada watak tersebut. mungkin ya mungkin tidak.
tapi apa pun, watak setiap manusia itu unik. tiada yang sama. mungkin ada yang mirip tapi takkan 100% sama. jadi daripada sibuk nak jadi orang lain,lebih baik jadi diri sendiri. lebih tulen dan yang penting, tak ada duanya.p/s: tak sabar nak habis paper. last paper,esok, 2.30 pm. battle terakhir. pulun habis2an. hiyaaaaaaak!!!!p/s: nk tgk citer payung siti fatimah. nti aku bg pendapat aku psl citer tu. hmmm---x---
Assalamualaikum...
selamat pagi semua. aku baru bangun dari tidur pukul 1.30 pagi tadi. bukan apa, padah semalam tidur hanya 2 jam.
bangun dari tidur mata terus menghadap laptop. baca emel. "Foto-foto Terindah dan Paling Spektakuler dari seluruh dunia".
ada 13 gambar semuanya.wah! cantik. semuanya memberi peluang mata menjamu keindahan landskap. ada 2 yang benar-benar mencuri perhatian aku.benteng Chittogarh, India. macam satu kerajaan dalam fairytale. hehe... Teluk Navagio, Zakynthos, Yunani. cantik! macam tajuk emelnya, memang cukup spektakuler. cantik. memukau. kalaulah aku mampu, mahu saja aku ke sana. menikmati waktu lapang dengan tenang. semoga mampu aku sampai ke sana. mahu menjadi saksi kepada keindahannya.p/s: break kejap b4 memulun stadi lg. chaiyoooook!!!!---x---
Assalamualaikum...
petang tadi sedang khusyuk stadi tiba-tiba hujan. bila mata menjengah ke luar tingkap baru tahu, oh, hujan rupanya. mana taknya, telinga disumbat earphone, pasang lagu dengan volume 29.pandangan di luar tingkap menghala ke bawah.
hujan yang turun sedikit sebanyak memberi ketenangan. biarpun disertakan dengan kilat dan guruh namun kesejukan yang dibawa ada memberi suasana nyaman. aku berhenti seketika menikmati keindahan alam.
aku perhatikan rintik-rintik hujan. satu persatu. betullah apa yang Sudirman melodikan, hujan yang turun bagaikan mutiara. turun macam air pili yang dibuka. hakikatnya setiap satu turun dalam bentuk titisan, ada yang dalam gumpalan sfera yang besar. kalau disinari cahaya pasti kilauannya memukau hati. cantik.
aku perhatikan lagi. laju betul arus hujan dari atas atap menyiram bumi. bila mata mengikut arus itu baru jelas bahawa air hujan itu tidak seperti air pili. ia jatuh berasingan. tidak bersambungan antara satu sama lain. cuma setiap titis itu jatuh mengikut laluan masing-masing. bagai satu laluan titik-titik hujan yang kompleks. cantik dan mengasyikkan.
pelik juga ya. mata kasar nampak macam air pili. bila diikut, baru jelas titik-titiknya. otak aku pun mulalah mencari alasan. alasan saintifik. keluarlah konsep graviti dan berat. cepat-cepat aku lupakan. keindahan sebigini akan hilang bila difikirkan alasannya. kadang-kadang bila kita dibiarkan tertanya-tanya mengapa, keindahannya lebih terserlah. sesetengah soalan dijadikan untuk tidak dijawab. kata orang putihlah. tapi ada juga benarnya.pandangan di luar tingkap menghadap hutan.
aku alih pandangan ke arah hutan. mata aku menangkap pohon tinggi berbunga oren. cantik. keindahan alam lebih terserlah bila hujan. dan bagi aku suasana dan keindahan itu memberi ketenangan. sambil merehatkan minda, sambil melihat alam.
cukuplah tu. sambung kembali kepada subjek telaah aku tadi. esok bakal berperang pen dan idea. tapi nak tidur dulu. nanti bangun balik sambung stadi. kuatkan semangat, tambahkan usaha.p/s: mari pulun stadi!!!! yeah~~~---x---
Assalamualaikum...
pagi tadi aku dah siapkan kad untuk budak-budak TTS yang nak grad. saja-saja membuang masa memandangkan aku tiada mood untuk stadi. orang pertama aku hadiahkan ialah Helhal. reaksinya; terharu. huhu. aku tersenyum.
100% buatan tangan khas untuk Din, Nuar, Pojan, Helhal, Izzie, Kak Ad dan Zye. ;P dan kemudian aku bagi kat Pojan. reaksi; terharu. aku tersenyum lagi. orang ketiga, Din. reaksi; terima kasih. tersenyum lagi. tiba-tiba si Haf tegur aku di gtalk, minta kad juga. dan aku tersenyum lagi.
oh ya, aku hadiahkan kepada mereka yang belum menerima.
terima kasih kepada senior-senior TTS dan ahlinya yang lain. hakikatnya korang adalah tempat aku lari dari dunia aku, masalah dan segala perkara yang menyerabutkan kepala aku. terima kasih kerana memberi peluang aku bergelak tawa dengan tenang.
reaksi-reaksi mereka sedikit sebanyak mengubat kekecewaan di hati. sakit peritnya hanya Tuhan yang tahu. terima kasih kepada mereka yang sudi mendengar luahan aku. terutama yang mendengar sebentar tadi. pertama kali aku bercerita dengan penuh perasaan. semuanya disembur tanpa had beban. mungkin kerana terlalu sarat. atau mungkin sudah sampai had maksima beban stres.
syukur sekarang hati berasa lebih baik. aku perlu bersedia untuk final yang akan datang. kepada semua, selamat mentelaah. kepada yang nak grad, selamat ber"grad" ya.p/s: tq so much syakir n tasya. tapi sori gak sbb korg jadik mangsa~~.p/s: muktamad. pintu itu sudah tertutup.---x---
Assalamualaikum...
aku ni baru sahaja lepas test. entah apa la yang aku jawab tadi aku pun tak tahu. nasib baik MCQ aja. kalau subjektif, mahunya aku menjerit sekuat hati. ya lah. mana nak korek jawapan kalau dah stadi pun selang2 tengok muvi.
dan sekarang ni, aku sedang mengira detik. detik "kanak-kanak" TTS bertolak ke teluk batik dan detik miting event aku bermula. saat ini sebetulnya aku sedang bersiap-siap untuk bersama mereka. maka petang ini dapatlah aku bermain air laut dan makan kek hari jadi si Esah.
tapi kerana tanggungjawab di sini lebih berat, terpaksalah aku mengalah. mahu saja aku tinggalkan miting itu. siapa mahu bermiting sedangkan dia berpeluang untuk berseronok di pantai. paling tidak dapat juga aku tenangkan fikiran dan lupakan masalah-masalah aku dengan telatah dan gelak tawa mereka.
sedih tak dapat bersama mereka. aku mahu habiskan masa bersama mereka. aku mahu tenang bergelak tawa dengan mereka. hmmmmp/s: slamat bermaen air dan makan kek~~~ jangan lupe aku kat sini.... :(p/s: siesly, malas da nak layan diorg.sori!---x---
Assalamualaikum...
apa khabar semua? harap2 sihatlah semuanya ya! macam mana dengan hari minggu anda? seronok berehat di bilik? atau letih meluang masa makan angin di ipoh? atau sibuk menyiapkan semua assignment dan lab report? sibuk study?
hehe... walau apa pun aktiviti anda di hujung minggu, moga2 waktu itu di isi dengan aktiviti bermanfaat dan sihat dari segi mental dan fizikal. untuk pengetahuan anda, Theater Workshop telah diadakan di S.M.K Raja Permaisuri Bainun.
dan untuk kali 4 dalam bulan sepuluh ini, hari di hujung minggu berlalu tanpa tidur berlebihan. minggu pertama, kedua dan ketiga terisi dengan tour theater TTS. minggu ke empat dengan EDX di pertengahan minggu dan yang terakhir, Thearter Workshop menjengah dan menyambut hujung minggu pertama bulan november.
workshop ini diadakan bersempena English Camp di sekolah tersebut. pelajar yang menyertainya adalah dari kalangan tingkatan 1 dan 3. satu perkara melucukan yang mana faci2 terlibat gemuruh apabila sampai ke destinasi kerana setiap seorang daripada kami bakal membimbing 15-20 orang pelajar.
2 hari melayan karenah adik2 sangat meletihkan. dan aku sebenarnya sampai di utp kira2 sejam yang lalu. penat dan mengantuk. pun begitu, aku juga terhibur melihat telatah mereka. untuk seketika,aku lupa segala masalah dan kadang2 terasa rindu waktu di bangku sekolah dulu.GROUP 7; adik2 form 1 dan form 3 di bawah bimbingan aku. tiba2 terasa sedih memandangkan ini saat terakhir kami bersama.
pesanan aku buat mereka:
"terima kasih kepada adik2 yang meluangkan masa dengan akak. maaf kiranya bimbingan akak tak sehebat faci2 yang lain. maaf juga kiranya ada yang terguris dengan kata2 atau sikap akak. akak berdoa agar kejayaan sentiasa di tangan adik2".~~p/s: tetiber kluar ayat skema. haha... korang layan jer la..p/s: moga2 tak akan sama sekali terikat dengan dia... hmmm---x---