Monday, November 2, 2009

Theater Workshop

Assalamualaikum...

apa khabar semua? harap2 sihatlah semuanya ya! macam mana dengan hari minggu anda? seronok berehat di bilik? atau letih meluang masa makan angin di ipoh? atau sibuk menyiapkan semua assignment dan lab report? sibuk study?

hehe... walau apa pun aktiviti anda di hujung minggu, moga2 waktu itu di isi dengan aktiviti bermanfaat dan sihat dari segi mental dan fizikal. untuk pengetahuan anda, Theater Workshop telah diadakan di S.M.K Raja Permaisuri Bainun.

dan untuk kali 4 dalam bulan sepuluh ini, hari di hujung minggu berlalu tanpa tidur berlebihan. minggu pertama, kedua dan ketiga terisi dengan tour theater TTS. minggu ke empat dengan EDX di pertengahan minggu dan yang terakhir, Thearter Workshop menjengah dan menyambut hujung minggu pertama bulan november.

workshop ini diadakan bersempena English Camp di sekolah tersebut. pelajar yang menyertainya adalah dari kalangan tingkatan 1 dan 3. satu perkara melucukan yang mana faci2 terlibat gemuruh apabila sampai ke destinasi kerana setiap seorang daripada kami bakal membimbing 15-20 orang pelajar.

2 hari melayan karenah adik2 sangat meletihkan. dan aku sebenarnya sampai di utp kira2 sejam yang lalu. penat dan mengantuk. pun begitu, aku juga terhibur melihat telatah mereka. untuk seketika,aku lupa segala masalah dan kadang2 terasa rindu waktu di bangku sekolah dulu.



GROUP 7; adik2 form 1 dan form 3 di bawah bimbingan aku. tiba2 terasa sedih memandangkan ini saat terakhir kami bersama.

pesanan aku buat mereka:

"terima kasih kepada adik2 yang meluangkan masa dengan akak. maaf kiranya bimbingan akak tak sehebat faci2 yang lain. maaf juga kiranya ada yang terguris dengan kata2 atau sikap akak. akak berdoa agar kejayaan sentiasa di tangan adik2".~~


p/s: tetiber kluar ayat skema. haha... korang layan jer la..

p/s: moga2 tak akan sama sekali terikat dengan dia... hmmm

---x---

5 comments:

-J- said...

akak seyh~~~
haha...

nuZoul said...

of course..diorg baru form 1. paling tua form 3...

Half said...

rasa kelakar plak mengelarkan diri abang..

tp best.. hmm..

Akin Muhammad said...

kalau aku panggil ko abang, half? haha

nuZoul said...

motip usop nk paggil haf abang???