petang tadi sedang khusyuk stadi tiba-tiba hujan. bila mata menjengah ke luar tingkap baru tahu, oh, hujan rupanya. mana taknya, telinga disumbat earphone, pasang lagu dengan volume 29.
hujan yang turun sedikit sebanyak memberi ketenangan. biarpun disertakan dengan kilat dan guruh namun kesejukan yang dibawa ada memberi suasana nyaman. aku berhenti seketika menikmati keindahan alam.
aku perhatikan rintik-rintik hujan. satu persatu. betullah apa yang Sudirman melodikan, hujan yang turun bagaikan mutiara. turun macam air pili yang dibuka. hakikatnya setiap satu turun dalam bentuk titisan, ada yang dalam gumpalan sfera yang besar. kalau disinari cahaya pasti kilauannya memukau hati. cantik.
aku perhatikan lagi. laju betul arus hujan dari atas atap menyiram bumi. bila mata mengikut arus itu baru jelas bahawa air hujan itu tidak seperti air pili. ia jatuh berasingan. tidak bersambungan antara satu sama lain. cuma setiap titis itu jatuh mengikut laluan masing-masing. bagai satu laluan titik-titik hujan yang kompleks. cantik dan mengasyikkan.
pelik juga ya. mata kasar nampak macam air pili. bila diikut, baru jelas titik-titiknya. otak aku pun mulalah mencari alasan. alasan saintifik. keluarlah konsep graviti dan berat. cepat-cepat aku lupakan. keindahan sebigini akan hilang bila difikirkan alasannya. kadang-kadang bila kita dibiarkan tertanya-tanya mengapa, keindahannya lebih terserlah. sesetengah soalan dijadikan untuk tidak dijawab. kata orang putihlah. tapi ada juga benarnya.
aku alih pandangan ke arah hutan. mata aku menangkap pohon tinggi berbunga oren. cantik. keindahan alam lebih terserlah bila hujan. dan bagi aku suasana dan keindahan itu memberi ketenangan. sambil merehatkan minda, sambil melihat alam.
cukuplah tu. sambung kembali kepada subjek telaah aku tadi. esok bakal berperang pen dan idea. tapi nak tidur dulu. nanti bangun balik sambung stadi. kuatkan semangat, tambahkan usaha.
p/s: mari pulun stadi!!!! yeah~~~
---x---
No comments:
Post a Comment