Tuesday, November 17, 2009

Watak

Assalamualaikum...

Fruit Basket; cerita manusia bertukar menjadi haiwan.

2 hari aku berehat. berhenti daripada stadi. semalam dah mula balik. tapi dalam stadi tu ada juga masa tengok anime. walaupun memang dah tengok, aku tak kisah. sebab daripada bosan tak tahu nak buat apa, ok juga aku layan anime ni.

roommate aku cakap anime ni jiwang. tapi aku rasa biasa aja. mungkin jiwa aku ni jiwa jiwang. haha. aku pun tak tahu.

dalam anime ni, watak heroinnya sangatlah berfikiran positif. biasalah, heroin. semua nak yang baik-baik. cantik, baik hati. macam-macam lagi. tapi realiti... susah nak cari orang macam tu. manusia. takkan ada yang sempurna. tapi kesempurnaan itulah yang selalu dikejar. mungkin watak dalam sesebuah jalan cerita itu adalah watak sempurna imaginasi yang membuat skrip. mungkin kerana manusia itu tidak sempurna maka kesempurnaan itu diletak kepada watak tersebut. mungkin ya mungkin tidak.

tapi apa pun, watak setiap manusia itu unik. tiada yang sama. mungkin ada yang mirip tapi takkan 100% sama. jadi daripada sibuk nak jadi orang lain,lebih baik jadi diri sendiri. lebih tulen dan yang penting, tak ada duanya.



p/s: tak sabar nak habis paper. last paper,esok, 2.30 pm. battle terakhir. pulun habis2an. hiyaaaaaaak!!!!

p/s: nk tgk citer payung siti fatimah. nti aku bg pendapat aku psl citer tu. hmmm

---x---

2 comments:

Anonymous said...

oh..sgt minat kartun eh

nuZoul said...

huhu...
setakat layan memenuhi masa je..
tapi sonok gak kekadang tuh. hehe