aku ni baru sahaja lepas test. entah apa la yang aku jawab tadi aku pun tak tahu. nasib baik MCQ aja. kalau subjektif, mahunya aku menjerit sekuat hati. ya lah. mana nak korek jawapan kalau dah stadi pun selang2 tengok muvi.
dan sekarang ni, aku sedang mengira detik. detik "kanak-kanak" TTS bertolak ke teluk batik dan detik miting event aku bermula. saat ini sebetulnya aku sedang bersiap-siap untuk bersama mereka. maka petang ini dapatlah aku bermain air laut dan makan kek hari jadi si Esah.
tapi kerana tanggungjawab di sini lebih berat, terpaksalah aku mengalah. mahu saja aku tinggalkan miting itu. siapa mahu bermiting sedangkan dia berpeluang untuk berseronok di pantai. paling tidak dapat juga aku tenangkan fikiran dan lupakan masalah-masalah aku dengan telatah dan gelak tawa mereka.
sedih tak dapat bersama mereka. aku mahu habiskan masa bersama mereka. aku mahu tenang bergelak tawa dengan mereka. hmmmm
p/s: slamat bermaen air dan makan kek~~~ jangan lupe aku kat sini.... :(
p/s: siesly, malas da nak layan diorg.sori!
---x---
No comments:
Post a Comment