Thursday, May 13, 2010

TERIMA KASIH!!!

Assalamualaikum...

sekarang sedang stadi week. dah masuk hari khamis tapi itu lah, tak sentuh lagi buku. bila nak mula? entah lah.


bersama kanak2 TTS sewaktu menonton teater bangsawan laksamana cheng ho.

semester ke lima pon dah nak habis. nanti mula intern pula. hmmm.. cepatnya masa berlalu.

tuya, hisyam dan aku, berjalan2 di sekitar batu gajah. (acap di belakang gambar. hehe)

tahun ketiga ni memang mencabar. semester paling penat, penuh suka duka, gelak tawa, kenangan manis dan pahit. semester yang diwarna dengan warna2 pelangi, meski pun ada kala redup dengan awan hitam.

posing ala2 buat cover album lepas celeb birthday..agaga

aku tak nafikan, semester lain pun tak ada kurangnya. tapi semester ini paling ceria, paling sibuk, paling sedih, paling serabut. 1 000 dalam 1. dan kenangan terindah pastinya bersama TTS, keluarga paling aku rapat.

krew produksi bangsawan tuah hang jebat.

tak pernah aku begitu terikat dengan orang2 di sekeliling aku melainkan TTS. satu komiti yang sukar dipisahkan. hubugan sesama sendiri begitu utuh, tiada sempadan senior junior. yang tengah foundation pun selamba aje bergurau senda dengan yang bakal grad. kadang2 aku rasa bangga melihat silaturahim itu. kerana rapatnya kami tak kenal usia, asalkan mahu bergaul pasti lama kelamaan rapat juga.

tak luper juge The TITANS. the best ever! :)

kenangan bermandi manda, buat kerja bersama2, melepak di tepi pantai, saat bermain UNO sampai 2 jam sebab nak tunggu bottom 2, waktu2 menonton movie bersama, semuanya akan aku simpan. buat bekalan masa depan, terutama masa praktikal nanti.

kanak2 yang turut bergeletek di genting.. ekekeke

one of my fav pic time kat genting. dah pernah upload dulu. tapi nk letak jugak. hehe ;P

oh, tak lupa juga kepada teman satu course. banyak juga aktiviti aku tertinggal dengan korang. tapi setakat yang aku ikut, aku cuba untuk enjoy sepuas hati. waktu ke genting highland itu lah yang paling aku enjoy. dengan surprise birthday celebration aku yang tak menjadi. haha... celebration paling havoc. 21 tahun pada 21 april. kalau lah sekarang ni tahun 2021, mesti lagi cun. hehe...

kanak2 yang menjayakan celebration birthday yang tak baper surprise. hehe

rase2 kenal tak gambar ni? induction dak2 PE time 2nd year. huhu

celebration paling sweet masa aku foundation. kene prank dengan seorang teman (siap nangis2 lagi) dan akhir skali jumpa di cafe. di sana semua nyanyikan lagu happy birthday. hatta yang tak ada kene mengena sekalipun.

dalang2 di sebalik prank birthday time foundation.thnx guyz!!!

ini baru tahun ketiga. tinggal setahun setengah lagi. cepat betul masa berlalu. terima kasih kepada yang berkongsi memori suka duka.

terima kasih kepada yang sanggup mendengar luahan rasa hati.

terima kasih kepada yang sudi diganggu dan dikacau sewaktu aku bosan menghitung detik.

terima kasih, terima kasih dan terima kasih. kenangan ini akan aku simpan sampai bila2.


i'll be missing you guys. seriously i will...

terima kasih juga kerana mencorakkan ruang itu.


p/s: even if u dont know, i'll keep it with me...

Monday, April 26, 2010

simptom TTS

ingin tereasa bebas seperti burung

Assalamualaikum...

masih dalam usaha memulihkan diri dari simplikasi TTS. parah teramat. duduk kat bilik tengok movie terasa ada yang kurang. nak buat asaimen pun tak ada mood. tunggu mood jawabnya last minute lah...


matahari terbit di lumut; mencari ketenangan di sebalik kedamaian.

masih juga dalam usaha mencari ketenangan dalam hati. susahnya nak capai ketenangan tu. tapi rasa2nya sekarang lebih baik dari dulu. syukur.

2 3 minggu ni memang gila. asyik keluar dan balik lewat. mungkin benar kata seorang teman, "culture shock" selepas show bangsawan. haha. betul juga. yerlah, kalau dah hari2 keluar pergi trening petang dan malam, mana tak nya. kalau tak buat kerja pun mesti duduk bersama dan berborak.

tak dapat bayangkan bagaimana hidup ber'intern' nanti.

oh ya, semoga semakin tenang bila semakin hampir dengan Nya. :)


p/s: penat di hati siapa yang tahu

Monday, April 19, 2010

Tenang dalam Kacau

Assalamualaikum...

pagi esok ada interview. mungkin sebab company besar, so rata2 cakap pergilah interview ni. tapikan, hati aku bukan di situ. rasa berat nak pilih intern kat kl. rasanya esok aku akan melalut aja. melalut tanpa topik. nasiblah...

kalau nak cerita soal hati ni, mungkin susah sikit. tak tahu lah kenapa, 2 3 hari ni emosi tak tentu hala. kepala otak menggila tak tentu pasal. hasilnya, sesi vocal training 3 malam berturut-turut, main air terjun dan sungai, dan terus ke KL. itu pun aktiviti terhenti sebab nak ke KL. kalau tak, ada sesi ke 4 vocal training. cemburu jugak kat mereka yang meneruskan aktiviti gila hari sabtu. tapi tak apa lah. ada hikmahnya.

pelik tak pelik hati aku nih, boleh pulak tengah2 vocal training, tiba2 terasa sangat sayu. itulah sebabnya sesi ke 3 semacam lagi best dari sesi2 lain. pilih lagu2 mencabar vocal. kemudian menjerit sepuas hati.

dan bila terlepas sesi ke 4, kecewa lah jugak. bila fikir2 balik, bagus jugak. mungkin hati aku ni tak tenang sebab sudah makin jauh dengan Nya. hmmm...

sekali sekala mesti diserang perasaan ni. perasaan yang sangat tak seronok. terasa penat dan letih. hilang semangat untuk meneruskan perjalanan. rentak irama langkah yang disusun semakin tak teratur. dada terasa sempit untuk bernafas. otak serabut. untuk terasa segar jauh sekali.

aku keluar dengan alasan nak lepaskan tension. tipulah. keluarlah seribu kali pun, vocal training sampai tak ada suara, keadaan aku macam tu juga. tak berubah. tak tenang dan perlu direhatkan. aku perlukan masa untuk diri sendiri. perlu untuk mencari kembali semangat dan tujuan hidup.

aku perlukan dia. perlukan tempat berteduh melepaskan lelah.
aku perlukan Dia. untuk ke jalan yang benar.


p/s: stood tall, took everything that came in my way, ate it up and spit it out...

Monday, April 5, 2010

teruskan!

Assalamualaikum...

dah dalam 2 minggu kelas mula selepas cuti pertengahan semesta. dalam sibuk masih ada masa berjalan-jalan. sempat pergi jalan2 di pantai teluk batik di waktu malam dan bermandi air terjun dalam seminggu cuti tu.

baru2 ni boleh pula berjaga malam dan melihat matahari terbit di lumut. seronok. tapi tulah, balik utp kenalah balik kepada tanggungjawab. jawabnya meter stress naik balik. kepala otak berserabut. tidur pun macam tak tidur.

2 3 minggu ni memang penat. penat sangat. tak tipu. kalau tak percaya tanyalah budak tts. hari2 buat props dan set. bukannya tak suka, benci jauh sekali. benda2 ni aku suka buat. cuma masa untuk melepak dan masa untuk diri sendiri dah berkurang. mungkin dah tak ada.

bila tak pernah cerita pasal kepenatan tuh buat aku makin penat. jadi bila ada masa enjoy aku enjoy. bila boleh ketawa, aku ketawa sungguh2. biar hilang sikit stres tu.

tak apa. teruskan usaha.
pulun habis-habisan.

owh ya, datanglah show bangsawan pertama tts.
"Tuah Hang Jebat"



p/s: hmmm... anie, aku pon nak jugak satuuu... :(

---x---

Sunday, March 14, 2010

Payung Siti Fatimah

Assalamualaikum...

okeh, sebelum ni aku pernah cakap nak tulis pasal payung siti fatimah. haaaa... baru sekarang nak tulis. huhu

Payung Siti Fatimah

bagi yang tak tahu cerita ni pasal apa, ceritanya secara ringkas ialah pasal seorang isteri yang mengizinkan suaminya kahwin lagi satu. selebihnya, selidik sendiri la yer.

masa aku foundation dulu, kak naqibah aku, kak rudi pernah cakap, "insyaAllah, akak boleh terima poligami". kawan aku sorang ni terkejut, tanya kenapa sanggup terima poligami? aku pulak senyap aje.

bagi aku poligami tu tak salah, selagi tuntutan agama, syarat2nya dipenuhi. memang susah nak terima ada madu, berkongsi kasih seorang suami. tapi tak mustahilkan, untuk 2 orang isteri atau lebih hidup bersama?

meskipun aku cakap poligami tu tak salah, aku tak sokong jugak kalau ada orang nak kahwin lebih. yang bakal terluka mungkin lebih ramai dari yang kita jangka. hati orang, lain ragamnya. tapi kalau dah cukup syarat, tak ada sebab untuk aku bantah. kadang2 perkara macam ni terserah kepada kita. baik kita fikir pasal benda tu, baiklah dia. buruk kita fikir, buruklah dia.

kalau perkara yang sama berlaku pada aku, aku sendiri tak boleh janji yang aku boleh terima dengan tenang. mungkin mengamuk satu rumah baru boleh tenang. mungkin juga menangis sampai bengkak biji mata. yang boleh aku janjikan, aku akan cuba sedaya upaya terima dengan tenang. terima atau tidak, terserah pada waktu itu.

ada satu quote aku baca kat blog orang. komen pasal cerita payung siti fatimah jugak. bergetar hati aku bila baca quote ni. katanya

"itulah. sekarang ni susah nak cari orang yang sayang Allah lebih dari segala2nya."

tepuk dada, tanya iman.



p/s: aper yang berlaku adalah yang terbaik untuk kita. sekalipun itu adalah satu kesilapan.

---x---

Friday, March 12, 2010

through my eyes

Assalamualaikum...

lama rasanya tak berblog. sibuk? sibuk lah jugak. walaupun bukannya sibuk sebab hal study. huhu. sampaikan ada member tegur, 2 3 minggu ni tengok status macam tension jer. haha. memang tension pun.

anyway, sekarang ni budak2 UTP tengah bercuti mid sem. tapi aku tak balik. stay kat UTP jer. kononya sayang sangat kat UTP. haha

bila aku cakap aku tak balik, rata2 semua terkejut dan cakap, "kenapa tak balik?". ada reaksi yang buat aku sedih. bukan sedih sebab tak balik. tapi sedih sebab diorang cakap pada point of view diorang. lain orang lain kisahnya.

aku ni lain sikit dari yang lain. jarang homesick. senang kata i'm not a family person. but still, i treasure and appreciate them. its just that i have my own story in my family.

like a quote i took from someone with my own words, kadang2 kita lupa yang orang lain tak melalui jalan yang sama untuk sampai ke tahap yang sama. sesetengah dari kita melalui jalan yang mudah, sesetengah yang lain mungkin tersungkur beribu kali sebelum mampu sampai ke tahap yang sama.

so guys please, don't see me through your eyes.


p/s: leave everything for Him to decide.

---x---

Tuesday, February 2, 2010

Inspirasi Pari-pari Gigi

Assalamualaikum...

Tooth Fairy

hujung minggu lepas aku sempat tengok satu muvi. ToothFairy. lakonan The Rock sebagai seorang ahli sukan yang hilang harapan. jalan ceritanya menarik. mengajar kita untuk tidak tunduk kepada kegagalan dan terus berusaha untuk mencapai kejayaan.

secara tidak langsung aku kaitankan dengan kehidupan aku. dalam hidup ni, tak mungkin kita akan sentiasa teguh berdiri. pasti ada masa kita akan jatuh. and believe me, i've felt defeated a thousand time. dan aku tak nafikan kadang-kadang aku rasa mahu berputus asa.

tapi masa adalah satu ubat yang menakjubkan. bila masa berlalu, hati pandai menyembuhkan badannya sendiri. mungkin kerana dia tahu betapa pentingnya peranannya dalam hidup seseorang. benar, bila ada luka, pasti ada parut. dan percayalah, parut itu tak pernah hilang.

masalahnya, manusia ni kadang-kadang buta. bila dikecewakan perasaan hampa menguasai diri. mungkin perasaan itu yang menutup jalan untuk hati sembuh. mungkin juga perasaan dendam atau dengki.

one of the things i learn in my life is to let go. ada banyak pengalaman pahit dalam hidup kita. bila tersedar dengan perkara tu, aku jadi murung. susah hati. tak apa. ambil masa untuk bersedih. tapi jangan biarkan kesedihan tu menguasai diri.

kadang-kadang kita perlu untuk merasa sedih supaya kita lebih menghargai apa yang ada di sekeliling kita. juga untuk mendekatkan diri kepada-Nya.


life sucks. let it be. people hate it. so don't suck yourself.


p/s: just keep believing in your dream...

---x---

Monday, January 25, 2010

JUST ME

Assalamualaikum...

mula-mula sekali aku nak minta maaf. sebab i'm at the very unstable state for a moment. ada konflik dengan diri sendiri.

aku tahu aku ni emo. selalu aje ada masalah ngan diri sendiri. tapi sebab utama ialah aku suka pendam. tak tahulah kenapa susah sangat nak buka mulut dan luahkan.

tadi masa kelas Introduction To Management, Ap Ir Aziz ada sebut, "don't do it for your parents, family or your country. just do it for yourself". ayat ini mencetus kegusaran.

sebelum balik utp, aku sempat tengok satu episod program Oprah. tengah bincang pasal menopause. apa kaitan dia dengan Ap Ir Aziz? kisahnya wanita selalunya mengutamakan orang lain sebelum diri dia sendiri. you give to others so much but you forget to give for yourself. dan bila menopause berlaku, wanita-wanita ini mengalami perubahan emosi. cepat merah, murung. kata Oprah, badan kita mula memberi signal.

adalah sorang doktor yang juga tetamu dalam Oprah Winfrey Show, menulis sebuah buku berkenaan menopause ada cakap. ini adalah masa untuk menumpukan perhatian kepada diri sendiri. kalau pun anak-anak sedikit terabai tak apa. janji diri sendiri sembuh dan ceria seperti dulu. it's time to give for yourself.

aku rasa aku selalu buat something untuk orang lain. dan jarang untuk jumpa orang yang sanggup buat perkara yang sama untuk aku. kepala aku jadi serabut. banyak benda aku buat bukan untuk diri sendiri. satu konflik yang sepatutnya aku alami 20 tahun lagi, aku dah terasa sekarang. dah tua sangat kot kepala otak aku ni...

aku mahu berubah. untuk berubah perlukan keberanian dan kekuatan. untuk itu aku perlukan alasan yang kukuh. aku masih gagal menjumpai diri sendiri. gagal meletakkan diri sendiri di tempat teratas.

why i have to change? because i deserve it.
tired of everything. tired of abandoning myself.

no more others, just me.



p/s: crashing at the bottom of the ocean...

---x---

Saturday, January 23, 2010

PENING!

Assalamualaikum...

bila cuti semesta bermula, internet pun tak ada. nasib badanlah. duduk kat rumah sepanjang cuti banyak buat aku berfikir.

hal family, member, diri sendiri. semuanya bercampur. bila semua dah bercampur tapi tak disuarakan, maka tension pun bermula... haishk. duduk kat rumah goyang kaki pun boleh tension ka???

there are just too many things in life that you cannot aspect. banyak sangat yang aku fikir dan banyak pengalaman yang mengguris hati. kalau ditimbang berat bersih hati aku ni, agaknya tinggal 1/10 aje kot.

dan bila dah terfikir pasal semua benda, hati aku ni bertambah risau. aduh... tak tenang hati! kalau ikutkan nak aje aku buat tak heran. tapi kita tak boleh lari dari masalah, kan? yang aku mampu buat ialah terima kerisauan aku dan berdoa supaya Allah memberi ketenangan.

takpe. hidup ini ialah kain putih. masalah jiwa dan raga ni adalah warna-warna. dan cara kita respon kepada masalah tu akan mencorakkan kain tu. macam pernah dengar jer kan...hehe

doakan semoga hati aku diberi ketenangan yer! amin....



p/s: maybe it's a wake up call for me

---x---

Tuesday, November 24, 2009

Album Genting Trip '09, PEJAN07

Assalamualaikum...

entri kali tak lain tak bukan untuk menyuruh korang mengusha gambar-gambar kat genting.

tak banyak pun. sebab aku sempat ambil daripada Arif dan Dian aje. sekeping gambar daripada phone Wan Pai dan beberapa daripada phone aku sendiri. yang aku upload tu semua dah diedit.

kalau berpeluang aku nak kumpul semua gambar yang ada dan edit mana yang aku suka. insyaAllah.

Genting Trip '09, PEJAN07

oh ya. kalau rajin komen la sekali ya!
selamat mengusha~~~
hehe
:)



p/s: jom tgk payung siti fatimah jom!

---x---