Monday, October 10, 2011

i never told you what i should have said, i never told you i just held it in

Assalamualaikum...

marah dan kecewa jadi mainan. suka atau tidak bukan pilihan.

terikat dengan yang lepas. bukan tak nak lepas. mungkin dah jadi igauan. yang ada pun susah nak percaya. susah betul kalau perasaan lebih daripada orang lain.

tak nak lepas. betul. sayang mungkin bertambah. curiga juga. nak percaya tapi yang dapat tak membantu. makin keliru dan mungkin akan meletup kedua-duanya nanti.

nak cerita pun susah. kat siapa? alih-alih diri sendiri jugak.

mampu tak aku bertahan?

-insyaAllah-


p/s: please let me know

Saturday, September 10, 2011

pak gad yang kata aku ni macam mak cik gangster lah yang ganti tempat dia. alhamdullilah, terima kasih.

Assalamualaikum...

semalam bermula. angkat pen dan mula menggoreng. hari ni kali kedua. hanya mampu buat yang termampu. kalau boleh buat semua bukan manusia, tapi tuhan namanya.

selalunya kalau dah bermula memang akan bagi tahu dia. tapi maaf, kali ni aku tak mampu. meski pun aku perlukan redha dan doa suci dari nya. maaf.

maaf juga kerana yang bermain di otak adalah aura-aura hitam. perasaan negatif mungkin terbangkit dan aku makin keliru. tak tahu apa yang aku rasa. mungkin aku menafikan yang di depan mata.

tapi alhamdulillah, semalam hati aku tenang. hari ni mungkin sedikit celaru. tak apa, masih ada masa dan teman yang untuk ceraikan yang berserabut tu.

tak sangka, orang yang aku menyumpah satu masa dulu adalah orang yang menenangkan hati kecil. jadi tempat aku berceloteh walau untuk seketika. terima kasih pakcik! harus pakcik tahu, pakcik berjasa besar. hehe

duhai otak, berhenti berfikir dan terima seadanya. lepaskan yang dulu, mula yang baru.


p/s: takut kalau itu berulang.

Tuesday, September 6, 2011

S . A . Y . A

Assalamualaikum...

selamat hari raya semua. harap belum terlewat. maaf zahir batin. kalau kalau ada terkasar bahasa.

maaf sebab raya kali ni agak suram untuk aku. waktu tidur memang dah lari. meski pun rumah bising riuh rendah dengan gelak tawa anak anak buah, kadang terasing.

makin lama aku fikir, makin jauh jadinya. bila tersedar diri sendiri jadi mangsa. sedar kenapa aku adalah aku hari ni. sebab musabab yang membentuk aku hari ni.

lebih kenal diri. meski pun bukan yang baik. mengingatkan aku kenapa aku tak nak peka dengan diri sendiri. kenapa dan mengapa aku berdiri di tempat aku sekarang. rasa susah pulak jadi diri sendiri.

hari ni mengeluh. esok mencari kekuatan dan lusa cuba lagi berdiri.

letih, tapi ak lebih kenal diri sendiri. barangkali hikmahnya bakal dicium esok. insyaAllah.


p/s: memahami yang tersirat, mengingati yang silam, mengenal yang di depan mata. maaf, saya perlu berehat.

Sunday, June 5, 2011

sorry

Assalamualaikum...

yes, I arrived at my brother's campus earlier than my own, and I don't regret it. never.

yes, I put my education behind, perhaps because I don't like studying. or perhaps because I want to have so called holiday with my family. you can choose one, I won't mind.

yes, I skipped few classes and got myself into trouble.
yes, I was told I was wrong.
and yes, I admit I was.

but I don't regret it. I'm not sorry for myself. not for being told I was wrong or because my lecturer told me I shouldn't skip the class because it is my job to make sure I was there.

I'm sorry for myself because I was told what I chose to do was wrong. that helping my family was wrong. yes I did enjoy the trip. but it wasn't just about the trip.

I'm sorry because I can't really tell which one is the right thing to do. I'm sorry that I was confused with who I needed to be with. when I was there I often felt I'm not supposed to be there.

I'm sorry because I don't feel like I was doing the right thing and all the blame come back to me. I'm sorry because there are no right things for me to do.

I'm sorry, dear me.

Tuesday, May 17, 2011

EON-NA; kamera lomo pertama aku, bole bawak masuk dalam air! seronok main snap entah paper, tapi banyak jugak rosak sebab gelap. mentah lagi!

Assalamualaikum...

got my new lomo cam few days ago. bila entah, aku pon dah tak ingat dah. dah beli filem siap2, so boleh terus snap! weeeeeee~~~

dah cuci filem semua tu, usha la sekeping2 gambar2 yang aku snap. hmmm...ada yang cantik! ada yang REJECT! hampeh, gambar gelap sebab tak cukup cahaya. terlupa yang filem tu untuk outdoor yang mane sufficient light are available. haha, my mistakes!

anyway, kat bawah ni ada la sikit2 gambar yang aku rasa ok. nak tengok lagi sila usha FB. thanks!









p/s: c&c are most welcome :)

Saturday, May 14, 2011

kalau dia senang, tak semestinya aku susah. dan kalau aku susah, tak semestinya dia yang senang.

Assalamualaikum...

waktu mula-mula berkemas nak masuk UTP dulu rasanya buat dalam keadaan tergesa-gesa. dapat tahu layak masuk agak lewat dan keputusan nak masuk memang tak perlu dijangka sebab memang dah target nak masuk UTP.

sekarang cuti semestar aku balik rumah, mak yang pening nak fikir bawa itu ini untuk si bongsu. seingat aku waktu aku nak masuk UTP dulu takde lah sampai macam tu. persiap yang mudah saja.

hmmmm... yerlah, betul ada sedikit cemburu. barangkali kerana rasa kurang perhatian. waktu keputusan diumumkan pun dia dapat lebih. haih, parah juga ni.

membesar dengan kepala otak fikir kene selesaikan semua dengan usaha sendiri, jangan susahkan orang lain. mungkin  di situ hilang rasa kebergantungan dengan mak. lepas tu kalau mak tanya dah siap ke belum, ok ke tidak, jawapan semua OK!

dah tua-tua macam ni baru rasa cemburu. agaknya apa jadi kalau umur cecah angka 50? haha


p/s: memang dah slalu kene pon. kalu ngan member abaikan aje, tp kalau macam ni simpan aje lah nmpknyer. hmmmm

Tuesday, May 3, 2011

if you like nature, you dont have to go far. we often see but not look. stop seeing and start looking. you'll be amaze of what you have just near by

Assalamualaikum...

sejak dulu aku memang sukakan alam semula jadi. hijau itu mendamaikan. tenang riak air itu membawa seribu erti ketenangan. meski pun bising kicau burung dan deruan air, riuh rendah itu membangkitkan satu perasaan nyaman dan tenang.

dan sesungguhnya kalau kat utp ni kita sebenarnya dekat dengan alam semula jadi. ada tasik mahupun tasik buatan, penuh dengan hidupan lain. satu hari aku jalan jalan kat tasik sambil bawa si Bujang, bersedia untuk menembak!

ini hasilnya. semoga keindahan yang aku rasa, korang dapat rasa :)






terima kasih!


p/s: bismillahirahmanirahim, mari mula stadi :p

Monday, May 2, 2011

bersyukur kerana masih bernafas. bersyukur diberi peluang merasa pedihnya hidup dan bahagianya senyuman. syukran ya Rab!

Assalamualaikum...

"seeing is deceiving, dreaming is believing
its ok not to be ok
sometimes it hard to follow your heart
but tears dont mean you're losing, everybody's bruising
just be true with who you are"

who you are
-Jessie J-

I never thought I would be very happy being celebrated for it. the first time I felt the ease from all. and yes, one of the best thing I had. thanks for wishing me, I'll be wishing you the same. :)

with things happening around me, things change. even myself. no doubt. one thing for sure, I dont think love as it was before. trust me, I dont even think that I'm actually will be in that position.

I'd like to live for my family, work hard for my dreams, laugh like a child, cry like a baby and fly like an eagle. I'll go with the flow as long as it's in my path. I'll accept the good and bad, cherish the joy along the way.

after all, I cant be greed and ask for more, can I?

 
p/s: dont go over there, i'll lose a friend.

Thursday, April 14, 2011

jangan datang lagi. ingat saja sudah cukup pedih. pergi jauh dan jangan pernah datang lagi.

Assalamualaikum...

pukul 1.30 pagi, bukak cerita pasal intern lagi. memang bukan cerita favorite tapi nak buat macam mana, dah jadi satu coretan yang tak boleh padam.

lepas habis intern, tak ada semangat nak buat kerja. kerja TTS pun, secara jujur. apa-apa kerja lah! hanya ada semangat untuk melepak bersama rakan2 tercinta. dan aku benci kalau rase ditinggalkan. malang sungguh semesta ni kalau aku yang ajak mesti kene reject. sedih betul. macam putus cinta pulak.

and yes, i'm losing the sense of enjoying things i'm doing. sedih untuk diri sendiri, sebab yang aku fikir adalah perfection, perfection dan perfection. last skali rasa sedih sebab tak perfect. haih, miss my oldself.

i've said once, intern has drained all good things in me. takde lah semua, but those value who makes me enjoyable dah hilang. aku cuma boleh enjoy bila melepak, bila buat sesuatu dengan tujuan nak main-main. but never in work. kalau masuk bab kerja, serious, serious and SERIOUS!

past is the past. i got it. tapi macam paku yang dah dipakukan atas kayu, kesan paku tu takkan hilang bila kita cabut paku tu. and trust me, i'm trying hard not to remember back those hard times. 

it hit me hard, really hard bila ayie tanya "enjoy tak?" waktu mahkamah lorong dulu. rasa tersentap sebab aku lupa value tu. there's no satisfaction if you dont enjoy what you are doing. and it's a big lost for me.

rasa kosong walaupun dah cuba push diri sendiri untuk buat yang terbaik. i'm holding back. kosong. betul-betul kosong!   

i hate myself for that. i really miss my old mischievousness sloppy girl i was once. i miss her.
and yes, i blame you for it.

"and dont you know im not your ghost anymore
you lost the love i loved the most
i learn to live half a life and now you want me want more time
dont come back for me, dont come back at all"


Jar of Hearts
-Christina Perri-

p/s: aku tahu sapa aku, so i wont be hoping, at least you wont know

Monday, April 4, 2011

tembak di luar jendela

 Assalamualaikum...


sekian terima kasih!

Sunday, March 27, 2011

just how many time i've been in that situation. frustrating. but this time, i'll let it go first. thank you for the good times. wish you were here. -brownie-

Assalamualaikum...

26 mac 2009, aku turun KL tengok LAT The Muzikal. and yes i'm enjoying myself. snap2 gambar. tapi tak banyak sangat pun. ada lah sikit2

and last but not least, aku dapat teguran dari seseorang. lama aku tunggu. katanya sori, it's all just a big misunderstanding. yer la, bila aku memang selalu jadi mangsa salah faham.

if only you understand apa yang dah jadi, apa yang aku rasa, dan siapa aku, you would not be able to see what kind of marks you've left me with. it wasn't anything to you i guess, but i have to live with it for the rest of my life. feeling stupid just by looking at you.

sampai bilik tengok2 dah longlai. baring tak bergerak. this is must be the feeling my sister once felt. but i can promise it was worse than this. aku mintak maaf, tak sempat nak buat apa2 tidur je terus. pagi pun bangun lewat. maybe to keep it close to me just a little bit longer.

dan ada orang ajak keluar than cancel even went out before telling me it's cancel. nasib baiklah aku memang tak percaya ngan ajakan beliau sebab selalu kene cancel.

frustrating, really.


p/s: i hope u have a good time with me, close ur eyes and rest all u want. love u always.

Monday, March 21, 2011

oh bulan, yang melayan diri ku lagi pabila air mata membasahi pipi. dan lagu-lagu di radio seolah-olah memerli aku pabila kau bersama yang lain

Assalamualaikum...

2 3 malam ni adalah malam dipanggil "supermoon" (kot) sebab bulan nampak besar di langit oleh kerana jaraknya adalah yang paling dekat dengan bumi. malangnya, kalau kat malaysia ni, tak nampaklah kebulatan dan kebesaran bulan tersebut.

dan tadi pada jam 6.30 (agaknya lah) aku terpandang ke luar jendela dan terperasan langit yang cerah dan awan2 di langit yang cantik. apa lagi, snaplah! :)



p/s: buat asemenlah!

tell me because i'm a friend. ask me because i'm your friend.

Assalamualaikum...

aku macam burung, mungkin aku adalah burung. nak terbang bebas, nak tengok dan teliti dunia. tanak terbang di tempat yang sama. nak mengisi yang kosong. nak berkongsi manisnya madu.

i'm a keeper. i keep things close to me.

when something happen and my emotions and thoughts are at stake, i often keep it silence and go crazy. its easier before to be a little bit insane but its getting harder these days. if i get the chance, i'll laugh at smalls things, even if it aint funny. i do things people usually dont. and i specifically, dont follow the rules.

i know things will get better. semua orang tau. and so i dont need those words when i'm dealing with it cause i know that. i dont need the answers of the equations, i hate it when people trying to brake in. i just need to know that there's someone outside, who is willing to stay even when its raining.

sometimes you are wondering what should you do, are you doing enough. guess what, you dont have to.

i may never say this but thanks for all the moments. if you'd know, it helped me getting back on track. and i could promise you, you dont know how much you have done for me.

yes, i'm a keeper. i keep things close to me.


p/s: sinonim dengan sendiri.

Wednesday, March 16, 2011

si siput

Assalamualaikum...



baru balik dari photoshoot JERIT! untuk nametag. sampai kat tangga v5 tu tiba2 jumper si siput atas tangga. pelik jugak lah macam mane siput nih boleh sampai situ. but anyhow, sebab camera dah di tangan, apa lagi, terus lah snap beberapa keping gambar. =)

selebihnya boleh usha kat FB. 3 keping je pun. haha. klik gambar yer!
trimas


p/s: nak g tgk hot air balloooooon~~~

Wednesday, March 9, 2011

i am confident but i still have my moment. i'm not supermodel i still eat mcdonald. baby, thats just me.

Assalamualaikum...

"your the least needy women i've ever met. that's awesome. i mean no guys gonna who's your daddy to Robbin Scherbatsky, you're your own daddy, and that is what makes you the most amazing, strong, independent woman i've ever bang"

-Barney Stinson-
How I Met Your Mother, Season 6, Episode 6

kalau korang peminat setia series ni, mesti pernah dengarkan dialog ni... believe it or not, to a woman like robin, that is one of the sweet things a guy can say.

cikgu aku dulu pernah cakap, nak jadi perempuan ni susah. kenapa? 1st kene tahan period pain, which for some girls sangat teruk sampai tak boleh bangun katil. 2nd kene tahan morning sickness for pregnant woman, i dont know how tapi tu la dier cakap. and 3rd, labor pain.

on top of that, if you put your situation under a woman shoe, and by saying you i meant the boys, imagine if you have to feel the period pain while doing the test, or while sitting in the class hoping it will finish soon.

why are we being emo sometimes? or let me say, the whole time? it's the hormone things. i dont get it too sometimes. and yeah, i do get this mood swing once in a while. but here's the catch, i only get emo with these selected few people. some i know why, some not. haha

anyway the point is, for a woman to be strong perhaps stronger than a men can be, takes a lot of breakdowns. people dont get strong just like that. and let me say this, a women is meant to be weak, so for one to be strong, its just out of courage and hopes. once you have a breakdown, you will take time to get back up on your feet.

i dont know if its true or not, but this type of women might probably will get less attention from the opposite sex and so less opportunity for dates. correct me if i'm being wrong. should i say, every action its consequences. there are price to pay.

so, the next time you found yourself a strong independant woman, dont try to break her down just because she hold herself from you. there are probably lot of things she hide it inside, lock it up not to be seen by others.

instead, embrace her. soften her heart with love.

"who said i cant wear my converse with my dress
well baby thats just me
who i cant be single and have to go out and mingle
baby thats not me"

La La Land
-Demi Lavato-


p/s: i have my guard up high, i've ignore in once. didnt turn out good. i broke my wall just to get myself broken. and it builds my wall higher than before.

Saturday, January 29, 2011

you're your worst enemy. when you get tried to get on your feet, remember that you deserve to own your life. you'll decide what you'll get in the end.

Assalamualaikum...

eight days to live. 127 hours. the bucket list. conviction

muvi2 kat atas ni sumer adalah cerita tentang hidup. looking for the meaning in life and don't give up.

life is not just as it. susah nak terangkan macam mana hidup ni bukan sekadar hidup. mungkin orang yang tak pernah rase kosongnya hati tak akan faham orang yang sentiasa mencari. dan yang dicari tu bukan sesuatu yang pasti. macam angin. kewujudannya boleh dirasa tapi tak berupa. kehadirannya kadang2 menyamankan, kadang2 membawa bencana.

eight days to live dan 127 hours. jangan putus asa walau apa pun yang jadi. terperangkap sorang diri. kagum dengan semangat hidup yang ada. "don't ever give up on your family, your friends. most importantly, don't give up on yourself", Joe Spring.

the bucket list. mencari makna hidup dengan sisa hidup yang ada. tentang 2 pesakit barah yang tak pernah kenal sesama sendiri tapi jadi sahabat baik sebelum mati. "i hope it doens't sound selfish of me but the last months of his life were the best months of mine.", Edward Perriman Cole. "even now, i can't claim to understand the measure of a life. but i can tell you this: i know that when he died, his eyes were closed and his heart was opened.", Carter Chambers.

conviction. keep on believing and fight for the justice. betty anne sacrificed her life, went into law school, became an attorney just to help her innocent brother. how she kept on believing that her brother was wrongly convicted is something amazing.

oh, eight days to live, conviction dan 127 hours berdasarkan kisah benar. which makes it even more amazing.

faith, sacrifice and never give up. easy said than done right?

if you were on their shoes and you're breaking down, just remember. don't give up on yourself. don't give up on the people you love and the people who love you. simply because they don't deserve that. and so do you. if you die, you'll die trying.


p/s: need to take control of my life. i deserve that.

Wednesday, January 26, 2011

percaya atau tidak, itu hak masing-masing. yang penting, teruskan dan jangan salahkan sesiapa untuk sesuatu yang tak pasti.

Assalamualaikum...

5oo days of summer. pernah dengar? kalau pernah bagus. kalau tak, sila tanya encik gugel. hehe

bak kata penceritanya, it's not about a love story. it's a story about a girl and a boy. haha. cerita pasal seorang lelaki (Tom) yang percayakan cinta pandang pertama bertemu dengan seorang wanita (Summer) yang tak percayakan cinta pandang pertama. haaaa. apa jadi lepas tu? tengok sendiri. ahaks!

oh, ada beberapa quote yang aku suka dari muvi ni.

“21 years, she’s the light that guides me home. Yes, that is one of our cards... No, someone else wrote it. Doesn’t make it less true”

“I think technically the girl of my dream would probably have like a really bodacious rack, you know. Maybe different hair. Probably should be a little more on to sports but truthfully, Robin’s better than the girl of my dream. She’s real.”

bagi aku, quote ni sweet. dan tak salah kalau aku cakap, kalau gf/wife diorang dengar, cair punya lah. tapi ayat2 tu biasa aje kan? perlu ke nak buat ayat cantik, ada iramalah apalah, ishk macam nak bersastera pulakkan.

nope, it doesn't have to be. yang penting, it comes from your heart, full of love and sincerity. betul?


and right before the movie ended, this is what Summer said to Tom.

“I was sitting in the Deli and reading Dorian Gray and a guy came up to me, asked me about it and now he’s my husband. So what if i’ve gone to the movies? What if I had gone somewhere else for lunch? What if I got there 10 minutes later? It was meant to be. And I just kept thinking, Tom was right. It just wasn’t me that you were right about.”

i guess what i'm trying to say is there's no right or wrong in love. if you believe in love, keep on believing. nobody can prove you wrong. and if you don't, don't tell the others not to believe the same way you do because it's not yours to decide. when the time comes, you'll know.

oh, do i trust love?

its hard to say.


p/s: first day lecture pon dah kene buat keje. baru ingat nak rileks2....hmmm

Thursday, January 20, 2011

tanpa kata selamat, tanpa bukti fizikal. yang dibawa adalah tanda tanya. dan yang diyakinkan sentiasa di bawah paras minima.

Assalamualaikum...

rehat seminggu lepas habis intern. Alhamdulillah, final report pun dah setel. tinggal nak dibukukan dengan hard cover aje.

perasaan habis intern? kalau beberape bulan yang lepas, mestilah jawapan aku sangat seronok! tapi sekarang lain pulak jadinya. sedih? gembira? entah, aku pun tak tahu.

tapi yang pasti, intern aku memang penuh cabaran. bukan aku sorang, ada jugak yang lain. dan bukan semua enjoy internkan? ada yang seronok tanak habis intern. ada yang tak sabar nak habis intern. dan ramai yang lega lepas final presentation.

malangnya, aku tak ada apa-apa perasaan. gembira ke, sedih ke, marah ke...

kalau cakap pasal intern mesti ingat kat 3 perkara. sv, rumah sewa dan family. intern, intern... pelik betullah. apa dah jadi dengan intern aku sebenarnya?

bila kat rumah ni, rasa lapang sikit. sebab yang buat tertanya ada depan mata. kalau nak tolong senang. ada masalah ke apa ke. puas hati sebab boleh masuk campur. kalau tak mengelamun sampai ke UK pun tak sudah.

esok malam naik bas ke KL. esoknya tengah hari pergi UTP insyaAllah. bila fikir-fikir, aku dan mak aku ada persamaan, yerlah kata anak beranak. kadang-kadang kitorang tak ada jalan untuk selesaikan masalah depan mata. tapi teruskan aje. sebab nanti, mesti ada jalan untuk setiap masalah. kita cuma perlu bersabar dan teruskan perjalanan.

teringat time pergi jakarta sengsorang. dalam hati, takut teramat! pergi duta indonesia kat KL pun dah cuak semacam, inikan tempat orang. dah la first time. jujurnya, aku takut yang teramat. tuhan je lah yang tahu betapa cuaknya hati aku. tapi buat-buat berani depan orang terutamanya mak sendiri sebab tanak dia risau. banyak benda aku tak tahu nak buat, nak pergi mana.

but i convinced myself, " i'll make it. i'll be ok. i'll find my way. "

and i'll keep doing that at least until i know i'm home.


p/s: 500gb of extra memory and 6 fererro rocher. i'll hold it close. tnx :)

Friday, January 14, 2011

CUACA FORD [week 32,day 5] hari terakhir update blog sebagai trainee di cuaca ford ^____^

Assalamualikum...

huh, lame dah tak update. tup tup dah nak habih intern.

latest activities? melancong ke i-city dan hiking gunung nuang. hehe. last weekend, bersama syakir, acap ngan tuya dengan pimpinan adik syakir yang otai gunung, syam. hehe.

okeh, malam sabtu bergerak ke KL Sentral dan terus ke Shah Alam. yang tak best kene jadi penunggu setia selama setengah jam tanpa khabar berita. ishk3... lepas tu jemput acap dan terus ke i-city. dah nampak semua lampu2 tu mula dah excited. tak sabar nak round satu i-city sambil shoot gambar. hehe

tengah2 round tu sempat jugak jenguk game yang ada macam kat fun fair tu. tuah acap agaknya, dapat pancing itik dan dapat lah seekor ayam. haha. kitorang yang lain ni memang menghabiskan duit. dah puas round i-city isi perut kat mcd pulak. lama tak jamah mcd nih. mengidam agaknya kot...

esoknya, bangun dalam pukul 6.50 pagi bersiap dengan cepat dan bungkus segala makanan dan pakaian dan terus bergerak menjemput encik sapek al-tantuya. eh, tuya jer kot. haha. dan teruslah menuju ke destinasi GUNUNG NUANG!!!!

perjalanan naik atas sepatutnya ambil masa dalam 2 jam 3o minit untuk pro2 hiker. macam adik syakir kita tulah yer. tapi dengan bangganya kitorang sampai kurang dari 2 jam di destinasi. hehe. dah la tak prepare apa2 untuk hike, kasut pun kasut pinjam. naik bukan main penat nak angkat kaki. tapi sampai lagi awal dari yang dijangka. wah!!!! kami hebat! haha

dah sampai kat tempat air terjun, rasa tak sabar nak berendam. air terjun yang sangat sejuk! rendam kaki 5 minit pun kaki dah rasa beku. huhu. tapi best. sebab dapat shoot gambar dengan banyak! weeee~~~~ :)

lunch? nasi putih dengan kari! haha. tulah bekalan makanan yang di bawak skali naik atas. siap dengan beberapa ketul ayam goreng dan ikan masin. hehe. tengah best layan nasi tiba2 ada beberapa rama2 atau kupu2 terbang jenguk kitorang berkelah. cantik pulak tu. kecewa sebab tak dapat nak snap gambar kupu2 tu. haih... xde rezki la agaknya.

dah habis makan, kemas barang dan sambung berendam. tadi berendam separuh badan jer sebab khusyuk ambil gambar. tudung tak basah, kepala tak rasa lagi sejuk air terjun gunung nuang. so lepas makan, terus berendam sampai la balik.

otw turun tu pulak jumpa abang2 dari putrajaya. dari kementerian pengajian tinggi yer bang? hehe, agaknya lah. ada enam orang semuanya. tapi tak tanya pulak nama diorang. takpe lah, janji muka femes dapat keluar blog kan? haha. takpe, takde hal bro. bisa di atur!

dah ready nak gerak ke kolam air panas, lambailah kat abang2 tu dengan penuh semangat bahawa itu adalah kali terakhir untuk jumpa diorang. tapi rupanya2 kitorang dinner di tempat yang sama. huhu. so sebelum bergerak balik sempatlah snap gambar diorang untuk kali terakhir. dan conferm tu kali terakhir kami berjumpa. kalau panjang jodoh, jumpe lagi kan? ;)

lepas tu cepat2 pergi usha tiket balik acap. nak balik kuantan malam tu jugak. dapatlah tiket pukul 11.00 malam. sementara tunggu waktu berlepas acap, aktiviti seterusnya ialah karok! hehe. tapi agak keciwa sebab karok lagu the climb dengan keadaan sakit tekak. tak dapat tarik macam biasa. haha

splendid weekend! tapi lepas tu penat teramat sangat dan kaki mula lah rasa sakit. jalan pun macam orang cacat. kata makcik tu "macam orang tua dah". haha. biar tua di angka tapi muda di hati. :)

berharap untuk another opportunity untuk hiking. dan untuk menghabiskan masa dengan gembira!

gambar-gambar terlalu besar untuk dimasukkan sekali dengan post ni. usha di photobucket yerk! tq!


p/s: oh, hari terakhir untuk intern. gembira dan sedih. huhu